RSS

20100812

ramadhan scene~

merindui ramadhan...
merindui hati kotor ini disucikan...
merindui dosa menggunung ini diampunkan...


Ramadhan Scene I

"esok start puasa, kan? malam ni nak terawih kat mana? masjid yarmuk, jom!"

"err..tak nak pergi tal ke? dekat sikit."

"malam ni je..rindu bacaan sheikh makmun la..malam esok kita gi tal pulak."

"okeh."

15 minit berjalan, semoga pada itu ada barakahnya. agak jauh, betul. makan masa, ye jugak. tapi pengisiannya indah. nikmatnya puas. satu juzuk dihabiskan dalam satu malam. 8 rakaat terawih dan 3 rakaat witir. doa yang menusuk hati. semoga indah permulaan ramadhan mengekori hingga ke akhirnya!

 jam 22:30.

"ni duduk kawasan mana? tunggu murakib, ye," timbalan JKKK baru dah bersuara. senyum. baru ingat nak melangkah seperti biasa. atau lebih tepat lagi menonong balik. tapi tak apa la.

semua dah gather. murakib entah yang mana satu. jalan je perlahan-lahan, dengan harapan murakib yang ditugaskan sedar dan ikut. masa sangat penting ni. ^^!

"dyorang kot."

"haa..jom la. jalan je. dyorang ikut la tu."

langkah memang pantas. fikir nak sampai rumah je. tapi sedar-sedar hanya tiga orang yang tinggal. yang lain terpisah. haisy~

fenomena biasa bila jalan berkumpulan, waktu malam dan bermurakib. masa ni la nak singgah kedai. tiada duit pun sanggup pinjam. masa ni la nak bergelak ketawa. cerita pendek jadi panjang. masa ni la nak jalan-jalan ambil angin. langkah paling sopan. hidup paling ceria. (=,=!)

part paling best, murakib yang kami sangka sedang memurakibkan kami, bukan pun sebenarnya. menghala ke arah yang sama tetapi dengan tujuan yang berbeza. terkilan. bukan sebab takut atau apa. tetapi masa terbuang menunggu benda yang tiada. sama sahaja kalau kami balik berkumpulan terus. kuantiti yang ramai sudah meyakinkan. tambahan jalan yang sememangnya cerah dan ramai orang.

honestly pada saya, cukuplah 2 murakib kekal di kanan dan kiri saya dan murakib teragung yang letaknya lebih dekat dari urat nadi saya sendiri. apatah lagi bila dalam berkumpulan. kehadiran murakib yang hanya physically seen itu hanya menyedapkan hati. it's all about mind setting. bukan ingin sombong, tapi kadang-kadang rasa perlu untuk menjaga masa sendiri dan masa dia.

"jom la kita jalan. selamat je ni, insyaAllah. kita dah ramai."

"err..tak nak murakib ke?"

akhirnya sampai ke rumah dalam keadaan selamat juga. dimurakibkan murakib bayangan. see? it's all about mind setting! ^_^

klaka lak bila ingat balik. ngehh~


Ramadhan Scene II

"pergi la dulu. nak mandi jap. masjid tal, kan?"

"okeh."

azan isyak. sambil menjawab azan, kaki melangkah menuju ke masjid tal. ah, tak sampai 5 minit pun. terfikir mereka yang berjiran dengan masjid, terutamanya pemuda. janji Allah, salah satunya yang akan mendapat naungan Allah di padang mahsyar kelak adalah pemuda yang hatinya terikat pada masjid. indahnya!

solat isyak. rakaat pertama imam baca satu ayat pertama muka surat 6. terus rukuk. hah (?). dan seterusnya untuk 8 rakaat terawih dan 3 rakaat witir. oh, patutlah.

jam 22:00.

jalan beriringan dengan seorang sahabat.

"patut la ramai yang beria-ia nak solat sini. sekejap je."

"haha. tu la. sampai syabab pun rasanya ada je yang datang solat sini."

"eh, ye ke?"

"terbaca komen sorang tu. dia ajak kawan dia solat sini. sebab cepat sikit habis."

"oh. overnya. i mean, kalau kita logik kot nak solat sini sebab dekat dengan rumah. tapi kalau syabab yang tinggal kat hijazi, datang solat sini semata-mata sebab habis cepat, over kot."

jalan lagi. seorang diri pulang ke rumah. ditemani murakib kekal kiri dan kanan. dan murakib teragung pastinya. alhamdulillah, esok hari kedua berpuasa.


Ramadhan Scene III

"Ramadhan kareem! Ramadhan kareem!"

jeritan di pagi buta yang membingitkan. ditambah dengan ketukan tin mengejutkan. 3.10 pagi. ini dah hari kedua dia mengejutkan saya. alarm clock nampaknya tak membantu. ah, semoga Allah membalas usahamu mengejutkan manusia-manusia ini bangun pagi untuk beribadah dan bersahur.


Ramadhan Scene IV

pagi saya bermula dengan exam homey. doktor janjikan soalan sahel, tetapi bagi saya tak sangat. harapan untuk score penuh dah kabur. ataupun saya yang tak cukup preparation?

lewat ke lecture bublic. julung-julung kalinya doktor menghalau kami. gara-gara tidak ramai pelajar yang menghadiri muhadharahnya. bengang barangkali. memang saya malu habis. nak menangis pun ada sebab saya selalu masuk sebelum lecture bermula. lambat kali ini hanyalah disebabkan exam homey tadi. setelah menerangkan keadaan, kami tetap duduk. menadah telinga dibebel. sabar.

rakan memberitahu doktor mengambil nama pelajar yang datang awal untuk diberikan bonus. tak tahu nama ini termasuk atau tidak. sedih sebab sangat inginkan bonus. takut dengan final exam barangkali. sabar.

terdengar rakan berbual tentang homework yang doktor bagi semalam. ada pelajar arab yang serahkan pada doktor. biasanya doktor akan bermurah hati memberikan bonus. tetapi semalam doktor tak mention apa-apa pun. tak kutip, tak cakap apa-apa. sedih lagi sebab saya buat homework tu. sabar.

kelas immune berlalu dalam keadaan saya cuba untuk fokus. hati dah kacau sepanjang pagi tadi. tapi saya cuba juga. dan seperti biasa, library menjadi tempat saya lepak selepas kelas. terus saya membuka Quran.

Quran. mungkin kerana pagi tadi saya tidak sempat menjamah ayatNya. lantas hidup menjadi tidak tenang?

sejuk mengalir dalam jiwa, saya menghabiskan 2 chapter terakhir sebelum melangkah pulang. menyelesaikan sedikit urusan, saya singgah membeli sedikit keperluan.

"eddish li kilo?"

"hai dinar wa nus."

"biddi rubu3 kilo, lau samaht."

dia dengan senang hati menimbang. tetapi bapanya tiba-tiba membebel. tentang saya yang ingin membeli rubu3 kilo. saya memandang. bukan saya tidak faham. dia dah agak muram. hilang senyumannya.


"lau samaht. a3tinii nus kilo."

bapanya terdiam. termalu mungkin. saya tersenyum nipis. ingin sahaja saya ucap Ramadhan kareem tetapi tidak terluah. usai membayar, saya lihat anaknya masih muram. rasa bersalah pula kerana saya dia bermuram. ah, dia sangat sabar!

singgah di sebuah kedai lagi, seorang pelanggan meninggikan suaranya kepada tuan kedai. erk~

ingin melangkah pergi tetapi urusan belum selesai. pelanggan itu tidak jadi membeli. pekerja itu pula mula masam gara-gara dimarahi. mujurlah dia hanya diam. hati saya hanya berdoa supaya dia ingat yang dia sedang berpuasa.

sabda junjungan SAW,

Puasa adalah perisai, maka seseorang janganlah mengerjakan rafats (perkataan yang keji) dan jangan berbuat jahil dan jika seseorang itu diperangi atau dicaci-maki, maka hendaklah dia mengatakan:

“Sesungguhnya aku sedang berpuasa”

baginda mengulangnya sebanyak dua kali.

-hadis riwayat bukhari-


ah, dia sangat sabar!


^^ ****************** ^^ ****************** ^^



يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa.

-albaqarah:183-



nota kaki 1: Ramadhan Scene I dan II itu hanya comparison terawih di sini. rasa tak sanggup lak nak compare dengan malaysia yang habiskan satu juzuk satu malam. 20 rakaat terawih. 3 rakaat witir. habis jam 22:00! (=,=!)
nota kaki 2: ramadhan memang universiti tarbiyah. semoga kita keluar dengan segulung ijazah taqwa dan mempraktikkan apa yang kita belajar sepanjang 11 bulan bekerja!
nota kaki 3: sies rindu berpuasa, bersahur, berbuka dan berterawih dengan family. dah la intan! manfaatkan lagi 28 hari berpuasa kat bumi anbiyaa' ni! T_T







Rasulullah bersabda:

"Sesiapa yang menghidupkan malam pada Ramadan kerana keimanan (kepada Allah) dan mengharapkan keredaan Allah semata-mata, maka diampunkan segala dosanya yang lalu."

-hadis riwayat muslim-


merindui saat-saat syaitan dan nafsu ditundukkan... 
merindui belaian rahmat, berkat dan maghfirah daripadaNya...
ahlein ya Ramadhan...

^frens^

 
Copyright ^(U)mbReLLa^ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .