RSS

20100522

finals countdown~

kata orang...
tawakal itu indah...
tetapi hanya setelah berusaha...



final. bumi irbid sekarang dijangkiti penyakit demam exam final. semalam Jabatan Kesetiausahaan PERMAI dah mengeluarkan pekeliling yang aktiviti-aktiviti di bawah kelolaan PERMAI akan dihentikan bagi memberi laluan kepada warga irbid untuk lebih fokus dalam study.

pelajar-pelajar yarmouk dah mula imtihan nihaie. pelajar-pelajar JUST dalam study leave. another one week untuk sumbat material yang amat banyak dalam kepala ni. tapi aim yang paling manis mesti selepas itu semua. cuti. luar jordan pastinya! ^_^

masuk musim peperiksaan ini. pelbagai ragam saya tengok. termasuk ragam diri sendiri. status-status YM dan FB dah menular rasa tension kepada mereka yang membacanya. kopi dan maggi dah jadi teman bersua. namun ada juga yang bertemankan movie. sangat selamba menamatkan cerita hangat Adamaya tatkala orang lain bermujahadah membaca. ^^!


BEGIN WITH THE END IN MIND~

mungkin buku ini dah basi. *buku motibasi~ eheh~* tapi saya suka dengan quote ini. 'begin with the end in mind'. it's the second of Seven Habits of Highly Effective People written by Stephen R. Covey. i'm currently reading this book. tapi on off on off la. sebab buku lain nak kena sentuh jugak. ngee~

according to him, kita pilih apa pengakhiran kita. situasi yang dia bawa, bayangkan kita dah meninggal dunia, if only we could know what will people say about us, what we really want them to say? kebaikankah? atau kejelekankah? and that's what we need to decide now. we begin with our own end~

tapi saya suka nak bawa kat sini. kalau saya, dalam kita berfikir pengakhiran hidup kita. saya lebih suka kalau saya tahu, apa yang Allah kata tentang kita bila kita meninggal. dan saya yakin, semua inginkan husnulkhaatimah instead of su'ulkhaatimah. but still, kita yang membuat pilihan itu.


يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ

wahai jiwa yang tenang


ارْجِعِي إِلَى رَبِّكِ رَاضِيَةً مَّرْضِيَّةً

kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhaiNya

فَادْخُلِي فِي عِبَادِي

maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaku

وَادْخُلِي جَنَّتِي

dan masuklah ke dalam syurgaKu!


-alfajr: 27-30-



inikah yang kita inginkan janji dari Allah? ataupun ini?


فَأَمَّا الَّذِينَ اسْوَدَّتْ وُجُوهُهُمْ أَكْفَرْتُم بَعْدَ إِيمَانِكُمْ فَذُوقُواْ الْعَذَابَ بِمَا كُنْتُمْ تَكْفُرُونَ


...adapun orang-orang yang berwajah hitam muram (kepada mereka dikatakan)
"mengapa kamu kafir setelah beriman? maka rasakanlah azab disebabkan kekafiran kamu itu!"

-alimran: 106-



HALUSI NIAT, KUATKAN USAHA~

oh, bahagian ini amat familiar untuk dihuraikan. tapi mungkin juga ada yang masih tidak faham tentang apa maksud niat belajar kerana Allah sebenarnya. saya tak ingin menyentuh tentang perbaharui niat belajar kerana Allah ataupun jangan belajar kerana exam. tapi saya suka nak bagi pendapat bila orang kata,

" tak kisah la markah cincai-cincai pun. aku belajar kerana Allah, bukan sebab exam."

"hmm..part ni tak masuk exam pon. tebal jugak. lusa exam tapi part lain tak baca lagi. tak pe la.baca je. kan aku belajar kerana Allah."

"erk~ esok exam. tak habis baca lagi ni. tawakal je la..zzZzzZZz.."

saya terbaca satu komen pada fb mengenai persediaan individu tersebut untuk pulang ke malaysia. lengkapkah ilmunya? ada yang memberi pendapat, kesyumulan ilmu tidak semestinya melalui exam. tapi dia jawab,

"betul, tapi salah satu kayu ukurnya adalah melalui exam."

yup! kita boleh buat pilihan, sama ada juhud kita bersedia untuk exam bagaimana. tapi kita juga perlu bijak membuat pilihan. jangan pernah terfikir, bila kita study UNTUK exam, kita study KERANA exam. it's two different things. niat kita study hanya Allah yang menilai. yang penting kita tak boleh meremehkan exam. kerana ianya kayu ukur kita. yang penting, kita bersungguh-sungguh dalam berusaha.

sabda Rasulullah saw, mafhumnya

"Allah sangat suka apabila sesorang itu melakukan sesuatu kerja dia melakukannya dengan cukup mahir dan tekun (bersungguh-sungguh)"



'AAMILIIN ITU SEIMBANG AKADEMIK DAN DAKWAH~


ramai yang terjebak dalam jenayah akademik, aktivis dakwah. *nauzubillah. tangan yang menaip lebih dekat dari mata pembaca yang membaca.* tapi saya suka nak kongsi ilmu yang saya perolehi mengenai 'aamiliin. petugas islam.

salah satu ciri-ciri 'aamiliin adalah seimbang akademik dan dakwah. sehebat mana pun akademiknya, kalau tidak diseimbangkan dengan dakwah, bukanlah dia seorang 'aamiliin. begitu juga sebaliknya.

quote ini memberi saya motivasi untuk tidak meremeh-temehkan akademik saya. sepatutnya mereka yang bergelar petugas islam tidak menjadi mangsa keadaan ini. balance itu penting supaya kita tidak menjadi fitnah kepada agama sendiri. 'aamiliin itu perlu berilmu dan berkeyakinan.



INDAHNYA TAWAKAL~

apa maksud tawakal? sejak di zaman persekolahan lagi kita disogok dengan perkataan ini. tapi sampai sekarang, benar-benar fahamkah kita erti tawakal?

tawakal itu, kita berserah diri kepada Allah dengan syarat setelah berusaha bersungguh-sungguh serta redha dengan natijah yang Allah bagi.

tapi kita lupa, selain ikhtiar jasmani, ikhtiar rohani juga penting.

biasanya, ketika musim peperiksaan sahaja pelajar-pelajar mula mencari Allah. mempergiatkan solat hajat dan qiamullail. bacaan quran dan yasin. sedangkan sebelum dan selepas itu? *tanyalah diri sendiri* ^^!

jagalah hubungan dengan Allah dan dengan manusia sepanjang masa kerana imtihan kita yang terbesar adalah selepas kehidupan dunia. itu yang paling penting. dan yakinlah keputusan apa pun yang kita perolehi, itulah yang terbaik buat kita. because He knows best! thiqah billah! ^_^



وَعَسَى أَن تَكْرَهُواْ شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ وَعَسَى أَن تُحِبُّواْ شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ وَاللّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لاَ تَعْلَمُونَ


...dan boleh jadi sesuatu yang kamu benci itu adalah yang terbaik buatmu. dan boleh jadi sesuatu yang kamu suka itu, buruk buatmu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.

-albaqarah: 216-









PENGUMUMAN


mid exam RS: 2 jun 2010
final exam RS: 6 jun 2010
final exam CVS: 10 jun 2010
final exam HLS: 15 jun 2010

~khas buat JUST08~

semoga kita dapat melangkah bersama-sama ke tahun 3~

dan semoga bilangan ini kekal, tiada pertambahan dan tiada pengurangan~

bittaufiQ! (^_^)v









psst: ni video best untuk sahabat-sahabat JUST. tiada niat untuk menakutkan kamu semua ya! (n_n)

psstt: dengan rasminya blog (U)MbReLLa DEACTIVATED untuk memberi laluan kepada final exams. mungkin sehingga saya balik dari bercuti. eheh~ ^_^

pssttt: sesiapa yang membaca, doakan kejayaan saya dan rakan-rakan ya! syukran~ =)




doakanlah yang terbaik..
walaupun bukan pada sisimu..
tapi pada sisiNya..itulah yang terbaik...

^frens^

 
Copyright ^(U)mbReLLa^ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .