RSS

20091204

skuad adha 1430~

andai kepenatan ini..
ada bayarannya..
akan ku tuntut dariMu...

alhamdulillah. sepatah perkataan yang sentiasa keluar dari mulut saya sejurus tamat program aidiladha tahun ni. semalam mesyuarat muhasabah. meneliti kembali perjalanan kerja kami untuk menjayakan aidiladha tahun ni. banyak dugaan dan cabaran namun alhamdulillah. 'ala kulli hal, semua berjaya kami tempuhi.

sukar rupanya apabila umur setahun jagung, diangkat menjadi timbalan pengarah. segan dengan kakak-kakak ajk. ya, saya yang paling muda dalam organisasi ini. apa ada pada nama timbalan pengarah. amat segan pada mereka.

ketika ditawarkan, tiada yang terlintas difikiran melainkan mahu mencuba. selama ini selalu pegang sebagai timbalan biro bahagian dewan. tapi kali ini apabila ditawarkan menjadi ajk bahagian ladang, menarik. tu yang saya rasa. lain dari yang lain.

dan memang ianya lain dari yang lain. mesyuarat mendahului beberapa kali sebelum kami, skuad ladang adha menjejakkan kaki ke tanah. turun padang. memastikan binatang-binatang itu terkorban.

27 dan 28 november, saya dan ahli skuad bertungkus lumus. waktu tidur entah ke mana. awal pagi kami turun, lewat malam kami pulang ke rumah. kerja kami, memastikan binatang-binatang korban disembelih sehinggalah dagingnya diagih. penat.

pelbagai mehnah yang kami hadapi. daging lambat sampai. masalah di ladang. timbangan yang tidak mencukupi untuk diagihkan kepada semua ahli PERMAI dan 1001 ragam. namun keringat ini yang menjadi gula memori. manis pada kenangan yang tersimpan.

saya takkan lupakan apabila Allah tunjukkan. Dia pasti permudahkan orang yang Dia ingin permudahkan. malam kedua di mana daging 3 ekor kambing dan seekor unta lambat sampai ke rumah akhawat untuk dipotong, masa itu skuad kami merangka untuk tidak tidur malam bagi memastikan daging itu siap dipotong. namun dalam kelewatan 8 jam itu, Allah permudahkan kerja kami. pemotongan daging itu hanya mengambil masa 1 jam. alhamdulillah~

saya percaya dan keyakinan itu bertambah~

program inilah yang saya rasa amat bermakna. bukan sekadar ajk yang melakukan kerja-kerja teknikal tetapi satu PERMAI. kami bekerja bersama-sama. beRsaMa-SaMa~

manisnya ukhwah ini apabila kebersamaan itu yang dipraktikkan. indahnya hidup ini apabila ikhlas itu disandarkan. sekalung penghargaan buat ahli skuad ini. saya takkan lupa sampai bila-bila. semoga Allah permudahkan kerja antum, apabila antum permudahkan kerja saudara-saudara antum~

pengarah

ahmad amirul amin bin azmi








biro program dan publisiti


muhammad mursyid bin omar




biro agihan

ahmad muhammad syamil bin shuhardi



biro persiapan tempat dan teknikal

ulya aqamah bin husamudin




biro persegaran

usamah bin baderol allam




biro tugas-tugas khas

muhammad naim bin deraman



jazaakumullahu khairan jazaa'...

lepas mesyuarat terakhir kami, ada makan-makan. lepas tu skuad kami bergambar la, apa lagi. huhu~

by the way, i'm grateful. banyak belajar dari kakak-kakak yang berpengalaman ni. segan amat segan tapi saya bersyukur. tarbiyah dari Allah itu pelbagai. grateful for the chance He gave. they help a lot. by no chance, i learnt from them.


wahai orang-orang yang beriman! jadilah kamu penolong-penolong agama Allah sebagaimana isa putra maryam berkata kepada pengikut-pengikutnya yang setia, " siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku (untuk menegakkan agama) Allah?" pengikut-pengikutnya yang setia itu berkata, "kamilah penolong-penolong agama Allah"...



-assaf: 14-


skuad adha 1430 will remain in memory~



penat yang berbayar...
dengan ganjaran yang ternyata...
tak dapat digambarkan...
walaupun dengan kata-kata...
kerana hanya hati yang merasa...

^frens^

 
Copyright ^(U)mbReLLa^ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .