RSS

20090530

saya nak jadi mereka...

bila mata memandang...
hati menginginkan...
tapi...mungkinkah...?



saya nak jadi mereka.
awak tau kenapa?


sebab bila saya pandang mereka, saya tau dosa saya banyak. dan mereka suci. buat itu ini pun tak berdosa. putih bersih. kalau mati pun pasti menuju syurga. boleh tarik ibu sekali masuk syurga...







saya nak jadi mereka.
awak tau kenapa?


sebab bila saya pandang mereka, saya tau bekalan saya sedikit dan dosa saya banyak. mereka ni dah lama hidup, ilmu pasti dah mantap, pasti banyak bekalan mereka yang menjamin ke syurga...







saya nak jadi mereka.
awak tau kenapa?



sebab mereka pemuda-pemuda islam. kudratnya tinggi. jika digunakan untuk islam, pasti dijanjikan syurga. dalam quran pun Allah state yang mereka lagi tinggi darjatnya dari wanita. dijanjikan bidadari lagi...





saya nak jadi mereka.
awak tau kenapa?



sebab mereka walaupun kufur kepada Allah, dijanjikan neraka tetapi hidayah tu milik Allah. kalau Allah bagi hidayah kat mereka, mereka suci seperti bayi yang baru lahir. dosa saya akan jadi lagi banyak dari mereka. jika mereka beramal, amal mereka lagi ikhlas dari saya sebab mereka ada kesedaran tentang islam, bukan kerana lahir mereka lahir islam...







saya nak jadi mereka.
awak tau kenapa?


sebab mereka ni serikandi-serikandi islam. walaupun sebaya, saya rasa islam mereka lagi mantap dari saya. amalan mereka lagi banyak dari saya, dan dosa saya lagi banyak dari mereka. mereka lambang kekuatan ummah. baik mereka baiklah ummah. rosak mereka rosaklah ummah. syarat mereka nak mencapai syurga senang je.

rasulullah kata kalau mereka jaga solat, berpuasa, jaga kehormatan dan taat kepada suami, masuklah dari mana-mana pintu syurga yang mereka kehendaki.







saya nak jadi mereka tapi saya sedar bukan sebab saya suka jadi mereka tetapi saya takut dengan dosa saya yang menggunung. tapi mustahil saya boleh jadi mereka, kan?


awak nak jadi mereka?
saya rasa tak perlu kita fikir nak jadi mereka. dosa yang menggunung ada bulldozer yang mampu meratakannya kembali.



bukankah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang?



اللهم اغفرلنا ذنبنا واصرافنا في امرنا

~ya Allah, ampunilah dosa-dosa kami dan perbuatan kami yang melampaui batas dalam urusan kami



jom renovate hati kita..!


adakah dosa itu ibarat lalat di hidung...
atau gunung yang menghempap...
bagi kita..?

^frens^

 
Copyright ^(U)mbReLLa^ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .