RSS

20090608

apakah manfaat yang kita dapat?

ini kehidupan...
sekali tersentak...
namun tidak kali kedua...


bismillah~

baru-baru ni saya dihentak kuat. mungkin tidak terzahir dengan lebam di badan. tidak juga terzahir dengan pendarahan. tidak juga terzahir dengan fracture pada tulang. tetapi ianya terhiris pada lubuk hati saya. mungkin pada left ventricle hati saya, membuatkan sejenak darah saya tidak dapat dipam dengan baik. internal bleeding.

saya dikutuk. pertama kali dalam hidup saya. saya dikutuk. niat saya memberi pendapat telah mendapat sambutan hangat sehingga saya dikutuk. salah sayakah? salah sayakah memberi pendapat?

perjalanan saya di alam blog ini telah tersasar. mungkin saya tidak alert dengan signboard jalan yang menunjukkan arah yang betul ketika saya meneruskan perjalanan. sehingga saya terhenti pada satu tempat yang bagi saya, it's not the right place for me.

but yet, i learnt something
. saya mula terfikir. no wonder kebanyakan blog yang saya jumpa, box untuk drop komen pasti dilakarkan dengan sesuatu. sesuatu yang mementingkan adab.

" sila cakap. kami cuba dengar. betul^_^"

"budak baik, guna bahasa baik. setuju? bagus~"

"tinggalkan ulasan anda"

"komen bernas"

"mahu komen? tinggalkan komen anda dengan penuh bijaksana supaya saya dapat membalasnya dengan bijaksana juga."

"Komen2 lah,saya mendengar..^_^"

"cuba tinggalkan kad ATM anda dan nombor pinnya sekali. terima kasih."



walaupun sesetengah daripadanya mungkin kedengaran agak kelakar, tetapi saya hormat kerana itu permintaan yang bagi saya orang yang mempunyai adab. dan semestinya bagi mereka yang meninggalkan komen, memberi komen dengan bahasa yang beradab. bukan bermaksud tidak boleh mengkritik. setiap blogger semestinya dapat menerima kritikan tapi biarlah dengan bahasa yang baik. kritikan bukan makian.



express it well or leave it blank



bagi saya tidak ada manfaatnya jika meninggalkan komen berbentuk makian. lebih-lebih lagi dalam keadaan emosi mengawal diri.

Daripada Abu Hurairah r.a.: Bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi SAW: Berikan daku wasiat.Baginda bersabda: Janganlah engkau marah. Lelaki itu mengulangi soalan itu beberapa kali.Baginda tetap bersabda: Janganlah engkau marah.

Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari.

dalam keadaan marah, bermaksud syaitan telah menguasai diri dan pada ketika itu segala tindakan kita bukanlah dalam keadaan yang waras. apakah manfaat yang kita dapat?



sifat orang yang berjaya adalah meninggalkan yang sia-sia

قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ

~sungguh beruntung orang-orang yang beriman


الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ
~iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya
وَالَّذِينَ هُمْ عَنِ اللَّغْوِ مُعْرِضُونَ

~dan orang yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang tidak berguna


-almu'minun: 1-3-



terang lagi bersuluh dalam alquran ada dinyatakan sifat-sifat orang yang berjaya. iaitu orang-orang yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang tidak berguna.

apabila kita sengaja membuat sesuatu yang tidak memberi manfaat, bukankah sudah jelas yang kita tidak akan termasuk dalam golongan mereka yang berjaya? apakah manfaat yang kita dapat?



kebenaran yang tidak tersusun akan dikalahkan oleh kebatilan yang tersusun

sejurus setelah saya meninggalkan pendapat saya, saya telah ditegur oleh beberapa orang secara direct. mungkin kurang bersetuju dengan pendapat saya dan cuba menerangkan pendapatnya tetapi dengan cara yang lebih beradab. dan saya terima pendapatnya dan juga stand for my opinion.

salah seorang daripada mereka juga melahirkan simpati kerana kutukan yang saya terima. dan kata-katanya yang saya paling ingat, "biasalah tuh. politics. can get real messy."

dia juga menasihati saya to just ignored what they said and that's exactly what i did. bagi saya tiada guna bertekak dengan mereka yang tidak berfikir panjang.

politics. can get real messy. baru saya perasan. it's all about politics. saya hairan. mereka ni bergegar-gegar mengutuk dan mencaci tapi di ruangan COMMENT dalam sebuah BLOG je pun. ini ke yang mereka kata berfikiran TAJAM?

membentuk kerajaan islam bukan semudah memaki dan mencaci. menunjukkan kebenaran melalui cara yang kreatif itu bagus tetapi mengulas dengan cara yang tidak bermoral hanya membuatkan kita lebih dipandang rendah. inginkan kerajaan yang mengikut undang-undang islam tetapi diri sendiri tidak menunjukkan akhlak yang islam bawa. logikkah?

"kebenaran yang tidak tersusun akan dikalahkan oleh kebatilan yang tersusun." ini kata-kata saidina Ali karamullahi wajhah. sekalipun mereka fikir perbuatan mereka itu hasil dari pemikiran yang tajam, still i stand for that they are wrong. caci maki bukan cara orang yang bijak. dengan memaki dan mencaci di alam maya. apakah manfaat yang kita dapat?




hormati pendapat orang lain

sepatutnya inilah yang perlu kita jaga. hak orang lain perlulah dijaga. masing-masing ada pendapat yang tersendiri. jika rasa tidak dapat menerima pendapat orang lain, tidak perlulah mengutuk dan mencaci maki. hanya menambahkan dosa sesama manusia. sedangkan dosa sesama manusialah yang susah untuk dihilangkan sekalipun dengan taubat.

Daripada Abu Zar Jundub ibn Junadah dan Abu Abdul Rahman Mu'az ibn Jabal, r.a., رضي الله عنهما daripada Rasulullah SAW, bahawa Baginda bersabda: Bertaqwalah engkau kepada Allah walaupun di mana engkau berada, dan iringilah kejahatan dengan kebaikan, nescaya ia akan menghapuskan kejahatan tersebut dan bergaullah sesama manusia dengan budi pekerti yang baik.


Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi






وَإِذْ أَخَذْنَا مِيثَاقَ بَنِي إِسْرَائِيلَ لاَ تَعْبُدُونَ إِلاَّ اللّهَ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَاناً وَذِي الْقُرْبَى وَالْيَتَامَى وَالْمَسَاكِينِ وَقُولُواْ لِلنَّاسِ حُسْناً وَأَقِيمُواْ الصَّلاَةَ وَآتُواْ الزَّكَاةَ ثُمَّ تَوَلَّيْتُمْ إِلاَّ قَلِيلاً مِّنكُمْ وَأَنتُم مِّعْرِضُونَ


~dan ingatlah ketika Kami mengambil janji dari Bani Israil, "janganlah kamu menyembah selain Allah, dan berbuat baiklah kepada kedua orang tua, kerabat, anak-anak yatim, dan orang-orang miskin. dan bertutur katalah yang baik kepada manusia, laksanakanlah solat dan tunaikanlah zakat." tetapi kemudian kamu berpaling (mengingkari) kecuali sebahagian kecil dari kamu dan kamu masih menjadi pembangkang.


-albaqarah: 83-





psst---> asif 'ala kulli hal. ini hanyalah melalui kaca mata saya. dan saya dah maafkan mereka yang mungkin terkasar bahasa dengan saya. semoga bermanfaat dan memberi manfaat~





ini hakikat kehidupan..
i've met it once and twice..

and i'm gonna meet it..
again and again...

^frens^

 
Copyright ^(U)mbReLLa^ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .