RSS

20090504

hari itu...

pabila tiba saat yang dijanjikan...
tiada lagi tempat perlindungan...
yang tinggal hanyalah sesalan...


hari ini hari yang agak pelik. lain dari biasa. jordan sekarang musim bunga tetapi musim ini tidaklah terlalu ketara. yang dirasakan hanyalah terik matahari.

tetapi hari ini agak berbeza. sejak saya keluar dari sakan pagi ini, sehinggalah pulang dari jami'ah. angin terlalu kuat.

cuaca yang redup menyamankan tetapi angin yang terlalu kuat agak menakutkan. menerbangkan dedebu halus, mengaburkan pandangan. pakaian yang kami pakai dah seperti bendera lagaknya. berkibar-kibar. sepanjang perjalanan pulang dari jami'ah saya termenung. muhasabah diri. alhamdulillah Allah sentiasa menjaga saya. saya yakin yang Dia tidak pernah mengalihkan pandanganNya dari saya.



maaf suara-suara sumbang lam video ni ye..abaikan..;)


الْقَارِعَةُ
~hari kiamat

مَا الْقَارِعَةُ
~apakah hari kiamat?


وَمَا أَدْرَاكَ مَا الْقَارِعَةُ
~dan adakah kamu tahu apakah hari kiamat itu?



tahukah kamu apakah hari kiamat itu?

dalam quran terdapat beberapa surah yang Allah nukilkan berkenaan hari kiamat. juga dipanggil dengan nama hari kebangkitan, hari kerugian, hari perhitungan, hari pengadilan, hari akhirat, hari agama, hari keputusan, hari perpisahan, hari pengumpulan, hari berkekalan, hari keluar, hari penyesalan, hari pemanggilan, hari terbukanya aib, hari agung, bencana yang menggetarkan, bencana yang tak tertahan, kebenaran besar dan peristiwa besar.

nama yang pelbagai tetapi merujuk kepada satu peristiwa. peristiwa yang tiada keraguan padanya. peristiwa yang berulang-ulangkali disebut di dalam alquran. meyakinkan mereka yang beriman. sebagai peringatan kepada mereka yang lalai.

hari itu bumi akan hancur. digoncang dengan sebenar-benar goncangan. gunung-gunung akan musnah. menjadi dedebu berterbangan. tatkala mendengar tiupan sangkakala oleh malaikat israfil. lantas tiupan itu mengejutkan saya yang berada di dalam kubur.

mereka berkata, "celakalah kami! siapakah yang membangkitkan kami dari tempat tidur (kubur) kami?" {surah yasin: 52}

inilah kata-kata yang dilontarkan oleh orang yang kufur kepada Allah. yang dahulunya berani meminta didatangkan hari kiamat sedangkan mereka akan diadili sesuai dengan apa yang mereka kerjakan.

hari itu manusia berbondong-bondong menuju Allah. lautan manusia terdiri daripada nabi adam sehinggalah kaum khatimul anbiyaa', rasulullah saw, berkumpul di padang mahsyar, menunggu giliran untuk diadili. saya akan turut membawa langkah.

pada hari itu ada wajah yang putih berseri dan ada pula wajah yang hitam muram. adapun orang-orang yang berwajah hitam muram (kepada mereka dikatakan), "mengapa kamu kafir sesudah beriman? kerana itu rasakanlah azab disebabkan kekafiranmu itu!" {surah alimran: 106}

hari itu setiap umat akan mencari nabi masing-masing. saya akan turut meredah lautan manusia, mencari Nabi Muhammad saw. ingin menagih syafa'at. masakan saya dapat berhadapan dengan Allah tanpa bukti kukuh bagi membela saya. tapi, adakah baginda akan memberi syafa'at baginda kepada saya?

hari itu saya akan berdiri di hadapan Allah. anggota badan saya akan menjalankan peranan mereka menjadi saksi tentang perbuatan saya. mata, mulut, tangan, kaki dan seluruh anggota yang lain akan berbicara. dua malaikat penjaga saya akan turut memberi laporan.



الْيَوْمَ نَخْتِمُ عَلَى أَفْوَاهِهِمْ وَتُكَلِّمُنَا أَيْدِيهِمْ وَتَشْهَدُ أَرْجُلُهُمْ بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ

~pada hari ini kami tutup mulut-mulut mereka, tangan-tangan mereka akan berkata-kata kepada kami dan kaki-kaki mereka akan memberi penyaksian terhadap apa yang mereka kerjakan


-yasin: 65-



hari itu segala amalan saya akan ditayangkan di hadapan lautan manusia. sama ada yang saya lakukan secara terang-terangan mahupun secara tersembunyi. bukankah Allah Maha Melihat?

malunya saya pada hari itu. skrin Allah melebihi kecanggihan skrin yang ada sekarang. jika baik amalan yang dilakukan mungkin saya boleh tersenyum. andai amalan yang dilakukan buruk?

saya akan tertunduk malu. nak menyesal sudah terlewat. saya akan menagih rahmat Allah pula untuk menyelamatkan saya. tebalnya muka saya ketika itu. bukannya tidak sampai kepada saya manusia mulia yang diutuskan membawa berita gembira dan peringatan.

hari itu saya akan bersendirian. cuma ditemani oleh amalan-amalan saya. banyakkah amalan saya yang membolehkan saya membeli tiket ke syurga? sedangkan Allah sendiri telah menyatakan yang berada di syurga an-na'im itu. kebanyakannya dari golongan terdahulu. dan sedikit sahaja dari golongan pengakhiran. {alwaqi'ah: 12-14}

saya?

macam mana dengan saya nanti?

adakah saya salah seorang yang mengeluarkan kata-kata seperti yang Allah nukilkan dalam surah yasin itu?

macam mana wajah saya nanti? putih berserikah? ataupun hitam muram?

mahukah Rasulullah memberikan syafa'at baginda kepada saya?

apa yang akan anggota badan saya katakan tentang amalan saya nanti?

apa pula laporan yang akan dibentangkan oleh malaikat penjaga saya?

mahukah Allah merahmati saya?

termasukkah saya dalam golongan yang diberi nikmat di akhirat nanti?


رَبَّنَا إِنَّنَا آمَنَّا فَاغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ


~...wahai Tuhan kami sesungguhnya kami benar-benar beriman maka ampunilah dosa-dosa kami dan jauhilah kami dari azab api neraka

-alimran: 16-



hari itu...
hari yang Kau janjikan...
 
hari itu...
aku akan menagih janjiMu...

^frens^

 
Copyright ^(U)mbReLLa^ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .