RSS

20090330

masa itu...

apabila aku merenung...dia tetap bergerak...berlalu...dan terus berlalu...





وَالْعَصْرِ
demi masa


إِنَّ الإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ
sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian


إِلا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ
kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran

hari itu hari sabtu. hari jumaat saya terima mesej dari seorang senior PUTRA. minta memberi sedikit tazkirah dalam majlis sembahyang hajat sempena imtihan yang dianjurkan oleh PUTRA. hari ahad saya exam organic chemistry. subjek yang dilabelkan susah oleh kebanyakan senior. macam mana ni?

batch saya 5 orang ahli PUTRA. tapi yang akhirnya menapak untuk majlis itu hanya saya seorang. yang lain tidak dapat hadir atas sebab-sebab tertentu. setelah hati hebat berperang, saya perbetulkan niat. insyaAllah, kalau saya mudahkan urusan orang lain, Allah akan mudahkan urusan saya. lagipun saya dah setuju. mungkin ini langkah kecil saya untuk bertatih dalam bidang dakwah.


masa merupakan sesuatu yang paling dilupai. masa yang ada juga sering dilalaikan. juga disalahgunakan. seperti sabda Rasulullah saw..


ada 2 nikmat yang sering dilupakan oleh manusia. iaitu nikmat sihat dan masa lapang.


Allah sendiri telah bersumpah dalam surah al-asr. demi masa. yang manusia itu dalam kerugian. tapi kenapa penggunaan والعصر?? kenapa tidak Allah bersumpah dengan penggunaan والوقت?? ataupun والساعة??


di sinilah kita perlu imani yang Allah Maha Mengetahui, Maha Halus. terdapat beberapa pendapat mengenai penggunaan العصر. sesetengah pendapat mengatakan bahawa penggunaan العصر merujuk kepada عصير bermaksud perahan ataupun jus.

masa ibarat perahan. benar. semakin kuat kita memerah, semakin banyak hasil perahan yang kita perolehi. berbanding kepada perahan yang sambil lewa. mahupun yang langsung tidak memerah. manakan dapat hasilnya?

begitulah masa. jika kita mengoptimumkan penggunaan masa, banyaklah hasil yang kita dapat. berbanding jika kita tidak menghargai masa ataupun membuang masa.

sesetengah pendapat juga mengatakan yang perkataan العصر itu merujuk kepada waktu asar bersandarkan kepada firman Allah..


حَافِظُواْ عَلَى الصَّلَوَاتِ والصَّلاَةِ الْوُسْطَى وَقُومُواْ لِلّهِ قَانِتِينَ

~peliharalah semua solat dan solat wusta (pertengahan). dan laksanakanlah solat kerana Allah dengan khusyuk

~albaqarah:238


solat pertengahan di sini, merujuk kepada hadis yang sahih adalah solat asar. kenapa solat asar? jika difikirkan semula, waktu asar adalah waktu yang pendek dan waktu kemuncak kerana waktu itulah manusia sibuk menyelesaikan urusan duniawi sehingga melalaikan solat asar.

waktu asar adalah waktu jalan jam. waktu semua orang berkejaran pulang setelah penat bekerja. waktu manusia bersandar lelah di sofa yang empuk. waktu para ibu dan para isteri menyiapkan juadah untuk makan malam.

waktu di mana solat asar diabaikan...

sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.

di sini kita perhatikan penggunaan manusia yang kontra dengan penggunaan orang-orang. pernahkah kita terfikir kenapa Allah menggunakan single (الأنسان) bagi yang dalam kerugian dan plural (آمنوا) bagi yang beriman dan beramal soleh?

sesungguhnya Allah meng'akidkan dengan huruf lam (لفي خسر) sedangkan ayat itu masih lengkap jika tanpa penggunaan lam (في خسر).

ternyata di sini Allah bersumpah dengan masa yang manusia yang berseorangan benar-benar dalam kerugian. perhatikan sahaja mereka yang hidup bagai katak di bawah tempurung. tiada manfaat bagi mereka kerana mereka hanya hidup dengan apa yang mereka fikir betul bagi mereka.


jika lupa, tiada yang mengingatkan. jika tersilap, tiada yang menegur. jika gembira, tiada yang ingin berkongsi bersama. jika sedih, tiada yang ingin dijadikan tempat sandaran. jika susah, tiada tempat meminta bantuan.

kontra perbezaan dengan penggunaan orang-orang dalam keadaan jama'. Allah menjanjikan bagi mereka yang hidup dalam satu kelompok manusia (jemaah) yang mereka tidak akan rugi seperti mereka hidup keseorangan.

dan mereka yang hidup dalam keadaan berjemaah dengan syarat beriman dan beramal soleh perlulah berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran. apabila hidup dalam satu jemaah, kita tidak akan lari dari berpesan-pesanan antara satu sama lain.



وَتَعَاوَنُواْ عَلَى الْبرِّ وَالتَّقْوَى وَلاَ تَعَاوَنُواْ عَلَى الإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ

~...tolong menolonglah kamu dalam membuat kebajikan dan taqwa dan jangan kamu tolong menolong dalam melakukan dosa dan permusuhan...
~almaidah: 02


mereka yang hidup berjemaah dan mengaku beriman pasti tidak memandang enteng akan perintah Allah yang menyuruh kita bantu-membantu dalam membuat kebajikan dan taqwa. tatkala diri alpa, mereka ada untuk mengingatkan.



wallahu'alam..




muda sebelum tua...kaya sebelum miskin...lapang sebelum sempit...
sihat sebelum sakit...
hidup sebelum mati...

^frens^

 
Copyright ^(U)mbReLLa^ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .