RSS

20090202

cerita itu...


kurenung dalam...
matamu penuh dengan pengertian...
bahawa segalanya adalah milikNya...

"boleh tak adik ikut along ngan kak long? along ajak anje tapi dia kate baik ajak adik coz adik kenal juga dia ni," suara along menembusi gegendang telinga aisha. dia terdiam. amman bukan dekat. dua jam perjalanan. kemudian nak tinggalkan kelas untuk dua hari. dia tidak kisah sebenarnya tapi perjalanan ini ditemani.....
"adik tak kisah la along. untuk along dan kak long. lagipun niat kita baik. insyaAllah, Allah jaga langkah kita," dengan nada agak keberatan, aisha akhirnya setuju. dia mengukir senyuman. dalam hati dia berdoa agar Allah menjaga langkah-langkah mereka.
"along faham apa yang adik risaukan. insyaAllah tak ade apa-apa. kalau along pergi ngan kak long je lagi la kan. tu yang along ajak adik." muka along agak serba salah. diluah mati emak, ditelan mati bapa.
"adik faham la, long. tak pe. adik ikut, okay." aisha senyum. menenangkan hati along.
"syukran, dik."

hari ini dia terpana. berita yang diterimanya sudah dijangka. tapi tidak dijangka secepat ini. pemergiannya mengundang air mata. ketika along memberitahu, dia hanya terdiam. mulutnya terkumat-kamit membaca Al-Fatihah. mengulang-ulang tarji'.

الذين اذآ أصبتهم مصيبة قالوآ انا لله وانا اليه رجعون

~iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata 'innalillahi wa inna ilaihi raaji'uun (sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNya lah kami kembali)


-albaqarah: 156-


innalillahi wa inna ilaihi raaji'uun...


ain pergi meninggalkan mereka. menemui Pencipta segala-galanya. dan alhamdulillah. sekurang-kurangnya dia tidak perlu lagi menanggung derita. penyakit leukemia yang dihidapinya memang sudah mencapai tahap kronik. memang sudah tiada harapan untuk sembuh. dengan tabah, ain menghadapinya dan akhirnya dia bebas. bebas untuk selama-lamanya.

كل نفس ذآىقة الموت


~setiap yang bernyawa akan merasai ma
ti...


-alimran: 185-


aisha teringat janji Allah. setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati. yang pergi sudah pergi. dia yang masih hidup, terasa bahawa dekatnya ajal. tidak mustahil juga dia sedang diperhatikan malaikat Izrail.

ولكل أمة أجل
فاءذا جآء أجلهم لا يستأخرون ساعة
ولا يستقدمون

~dan setiap umat mempunyai ajal (batas waktu)
apabila ajalnya tiba, mereka tidak dapat meminta penundaan
atau percepatan walaupun sesaat


-ala'raf:34-


seram pula rasanya. tapi rase simpati lebih menguasai dirinya. dia tidak dapat menggambarkan apakah perasaan kehilangan orang yang disayangi. dia tidak pernah merasainya. dan ini bukan bermakna dia meminta untuk merasainya tetapi mana mungkin yang melihat sama dengan yang menanggung.

dalam diam dia kagum dengan along dan kak long. persahabatan mereka dengan arwah ain tidak pernah bersua muka. gurauan mereka sekadar tercoret kata-kata. senyuman mereka bagai tergambar di minda. menyimpulkan tali ukhwah yang kejap. meskipun tiada terlihat.

"cantik tak, adik? along tengok terus berkenan.along nak bagi kat ain," along mengunjukkan seutas rantai. berloketkan permata di atas sekeping cermin biru. cantik.

"nanti along nak beli bear untuk ain. dari along dan kak long. tak sabar nak jumpa ain."

aisha tersenyum sambil membelek-belek rantai di tangannya. along banyak berkongsi cerita dengannya tentang ain. meskipun tidak pernah bersua wajah, cara along bercerita seperti sudah lama berkenalan. aisha dapat rasakan ikatan persahabatan mereka begitu erat sehinggakan dia sendiri tidak sabar untuk berjumpa dengan ain. bagaimanakah agaknya orang yang berjaya mengambil tempat di hati along ni.

arwah ain sanggup terbang ke Jordan dalam keadaan yang kurang sihat semata-mata hendak berjumpa dengan along. sahabat yang dia ada, sementara nyawa masih di badan. mengikut perancangan mereka akan pergi ke Amman untuk berjumpa dengan arwah ain tetapi Allah merancang segala-galanya.

dua jam perjalanan mereka ke amman hanyalah sia-sia apabila arwah ain pengsan di lapangan terbang sebelum sempat menaiki penerbangan ke jordan. penantian mereka mengecewakan. dengan wajah terkilan, mereka mendoakan kesejahteraan sahabat jauh mereka. nampaknya Allah tidak mengizinkan mereka untuk bertemu.

"sabarlah along ek. kita bersahabat keranaNya kan. dua orang yang bersahabat keranaNya pasti mendapat naungan di hari akhirat nanti. kalau bukan pertemuan di sini, pasti ada pertemuan di sana," aisha mencoret kata buat along.

aisha termenung. uniknya persahabatan yang terjalin tanpa bersua wajah. bertentang mata. hanya sekeping gambar menjadi pengganti diri agar hati tidak tercari-cari wajah yang sesuai untuk dilakarkan menjadi seorang sahabat bernama ain. semoga Allah merahmatimu duhai sahabat...

buat along dan kak long...

sabarlah dengan ketentuanNya. anggaplah ianya sebagai hadiah kita merasai nikmat persahabatan. siapa sangka sekelip mata Allah hadirkan ain dalam hidup kita dan sekelip mata juga Dia mengambil hakNya. hargailah sebelum tiada...

buat insan yang bertakhta di hati arwah ain...

andai tiada pertemuan di sini, pasti ada pertemuan di sana. biarkan camar itu pergi kerana kita juga akan mengikut jejak langkahnya...



alfatihah...



dalam keterpaksaan aku menelan...
pahitnya sekarang..
tapi pasti manisnya kemudian...

^frens^

 
Copyright ^(U)mbReLLa^ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .