RSS

20170511

another li(f)e


kau tersenyum di situ. aku kaku. ku kerling amy di sisi yang memapahku. dia nampak terkejut dengan kehadiranmu. begitu juga aku. tapi aku tak mampu melindungi perasaan gembira aku melihat senyumanmu. aku membalas. manis. tapi masih aku segan dengan amy yang nampaknya serba salah.

"amy, boleh biarkan kami sekejap?" kau bersuara selayaknya seorang lelaki. aku tergamam. bangga dan segan bercampur baur. bangga kerana seolahnya kau mengisytiharkan pilihanmu di hadapan amy. segan kerana amy antara sahabat yang rapat denganku. dan kami sebenarnya mempunyai perasaan pada orang yang sama. kau.

aku memandang dalam mata bundar gadis berkulit putih itu. tampak berkaca. aku tahu, hatinya pedih walaupun dia cuba sembunyikan di sebalik sebuah senyuman hambar. aku serba salah.

"amy.."

"tak apa isha. amy nak tahu je. lyn selalu cakap berlapis dengan amy, jadi amy rasa amy patut clear kan semuanya. sebelum terlambat." ayat bisanya menusuk. suaranya begitu sayu kedengaran di telingaku.

lyn sahabat karib aku. semenjak aku menjadi orang baru di asrama sekolah menengah ini, lyn yang satu dorm denganku entah sejak bila menjadi sahabat rapat. kami ke sana ke mari seperti belangkas. kelas yang berbeza bukan penghalang. setiap kali waktu rehat, kami pasti bersama.

dan hanya dia yang tahu segalanya tentang aku dan paan. dan amy sekarang menuntut penjelasan. apakah benar dia sedang bertepuk sebelah tangan.

aku menunduk. serba salah. bibir kuketap.

mengiyakan bererti aku bakal melukakan hati seorang perempuan. hubungan persahabatan kami mungkin terjejas kerana seorang lelaki.

menidakkan bererti aku yang akan terluka. terpaksa berpura-pura. atau mungkin dia akan lebih terluka akibat harapan kosong yang bercahaya. namun kelam pada akhirnya. atau mungkin bukan. bagaimana jika dia berjaya mencuri hati paan?

"paan pernah luahkan perasaan dia pada isha." aku menggumam perlahan. tapi mungkin cukup kuat pada pendengarannya. kukerling air mata amy yang ditahan, akhirnya berguguran. dia cuba tersenyum tetapi cukup pahit.

"dan isha? isha bagaimana?"

aku?

=============

"...kita kawan sampai bila-bila"

drafted for years.
and today, you silently ended everything.

3 comments:

  1. Replies
    1. hahha. lama xdengar orang panggil cik in. Lyn ke ni? =D

      Delete
  2. Suka uang? Suka game? Mau bonus?
    Buruan join ke CrownQQ Agen DominoQQ BandarQ dan Domino99 Online Terbesar
    Bonus Rollingan 0.5% setiap senin
    Bonus Refferal 20% seumur hidup
    Lumayan loh bisa nambah penghasilan ^_^
    WHATSAPP : +6287771354805
    LINE : CS CROWNQQ

    Menyediakan Deposit Pulsa Telkomsel, OVO, DANA, GOPAY, & LINK AJA

    Info Lebih lanjut Kunjungi :
    CrownQQ
    Daftar CrownQQ

    BACA JUGA BLOGSPORT KAMI:
    makotacrownqq
    Tips & Trik
    Jendela Dunia
    Berita dan Info Dunia

    ReplyDelete

(B)aja terbaik adalah yang berhikmah~

^frens^

 
Copyright ^(U)mbReLLa^ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .