20160402
hospital life.
*deep breath*
rindunya nak menulis. banyak yang ingin dilakarkan, terlakar dalam hati, kemudian tersimpan. mungkin jauh sudah dalam memori jangka panjang yang perlu dikorek-korek dalam untuk kembali mengingatinya.
esok masuk minggu ke lima dalam department surgery. alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulillah untuk working environment yang enjoyable. untuk MO's dan Specialists yang osem. untuk rakan-rakan HO yang banyak membantu. untuk akak-akak staff nurse yang sporting.
juga untuk hari-hari yang pernah saya tangisi, rasa down dan rasa nak quit. juga untuk hari-hari yang saya blurr tahap apa sehingga specialist terpaksa menarik nafas mencari sabar. juga untuk hari-hari selepas kerja, melayan coconut shake di tepi pantai. juga untuk hari-hari yang saya perlu sabar, dengan usikan rakan-rakan sekerja yang tiba-tiba entah dari mana datangnya. galak mengusik sedangkan kami tak pernah kenal kecuali seminggu pertama kami bekerja dalam wad yang sama.
lalu kata tajam seorang yang saya anggap kawan, "salah intan la sebab tak kahwin lagi."
terguris. tapi sabar adalah jalan terbaik. sebab saya tahu, kita membesar dalam suasana yang berbeza.
seperti hari lalu, this all shall pass. i just need to ignore and go through.
dan genap sebulan sudah.
we are still conversing through the wind. nothing changed.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
(B)aja terbaik adalah yang berhikmah~