RSS

20151219

...


"ajarkan aku tentang cinta," ujarmu.

mata bening itu, hanya mampu ku tatap kosong. akukah yang terlalu memandang rendah diriku, atau kamukah yang terlalu memandang tinggi diriku? cinta? sedangkan erti sayang pun aku keliru apa ertinya. inikan, cinta?

mata bening tu aku tatap dalam. jeda.

perlukah aku membunga kata, bercerita apa yang tidak aku maksudkan. atau perlukah aku berterus terang, aku sendiri bingung memahami soalanmu?

lalu kataku, "cinta itu Tuhan."

ah! bukan aku yang bersuara itu. kaget. apabila keningmu kau angkat. tanda memohon penjelasan lanjut. sungguh! bukan aku yang bersuara itu. meskipun ia benar keluar dari bibirku. apa semua ni?

"kerana aku sendiri tidak pernah merasa. aku tidak membesar dengan cinta. aku juga bingung tentang apa ertinya sayang. malahan aku tidak pernah merindui. maka hanya boleh aku katakan, cinta itu Tuhan."

keningmu makin tinggi terangkat. sebelah cuma. aku makin kaget. itu bukan aku!

"cinta itu Tuhan. kerana sehingga kini aku bersalut dosa, Dia masih sudi meminjamkan aku nyawa. dan sepertimu, aku juga tertanya apa erti cinta." aku menarik nafas panjang.

bibirmu mula membentuk senyuman.

"kenapa kau begitu takut?" soalmu.

apakah? mustahil, benarkah mata jendela hati? pandangan kutebarkan.

"kerana kau sendiri tidak pernah merasa, kau tidak membesar dengan cinta, dan kau juga bingung tentang apa ertinya sayang, malahan kau tidak pernah merindui." giliranmu pula menghela nafas panjang. namun bibirmu masih lagi mengukir senyum.

"aku doakan kau dikurniakan rasa itu. kerana kau akan jadi orang yang paling menghargai saat kau memilikinya. kerana kau benar, cinta itu Tuhan. Dia memberi kepada sesiapa yang Dia ingini, dan mengambilnya daripada sesiapa yang Dia ingini."

mataku berkaca. kau mula berbalam pada pandanganku. lalu benarkah mata jendela hati?

senyummu hangat, sebelum kau menghilang.

dan aku terjaga.

lalu tulisan ini terhasil.

4 comments:

(B)aja terbaik adalah yang berhikmah~

^frens^

 
Copyright ^(U)mbReLLa^ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .