RSS

20131005

obsgyn doctors~




seminggu bermula rotation, saya sudah mesra dengan groupmates yang sporting. Saya sudah jatuh cinta dengan obstetrics and gynaecology. Saya suka doktor-doktor askari yang cool habis.

Hari ketiga saya sudah menyaksikan assisted vaginal delivery (AVD), hari keempat saya menyaksikan cesarean section delivery (c-sect) dan hari kelima saya sudah habiskan 16 episod drama Obsgyn Doctors. =.=

Seminggu yang bercampur baur sebenarnya. Seminggu yang mendesak naluri kewanitaan saya. Seminggu yang memaksa saya memahami, seorang wanita hanya akan berasa sempurna bukan saat dia bergelar seorang isteri, tetapi saat dia dipanggil dengan panggilan ibu. 

Dalam dikelilingi wanita-wanita sempurna, 'tempat kerja' saya dipenuhi dengan wanita yang penuh kerisauan. Bukan setakat risau akan kandungan, tetapi juga risau akan diri sendiri yang masih belum bersuami meskipun umur telah lanjut, diuji pula dengan penyakit yang rawatannya adalah hysterectomy. Allah. Empathy itu, entah mana datangnya tiba-tiba.

Seminggu yang bercampur baur, saat paling indah melihat wajah ibu-ibu yang berseri dengan bayi-bayi comel di sisi. Kesusahan melahirkan seolah hilang dalam cerita. Yang ada hanya izzah, 'aku seorang ibu'.

Seminggu yang bercampur baur, hidup terlalu ironi. Tali yang tak mampu saya kejapkan, tetap Tuhan limpahkan dengan rezeki dan rahmat. Saya sedar tapi masih terlalu lemah.

Rupanya menjadi seorang perempuan terlalu istimewa. Dan untuk seminggu ini, saya mula sedar, menjadi seorang doktor adalah cinta dan cita saya. Yosh!



3:06. it hits me somewhere. it makes me understand somehow. at different point of view, wawa's right.

jom la Rai, nanti kita kawen ngan pedriatician~
>.<

No comments:

Post a Comment

(B)aja terbaik adalah yang berhikmah~

^frens^

 
Copyright ^(U)mbReLLa^ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .