RSS

20130912

LGBT~



Tempoh hari di awal perjalanan di Berlin, terserempak dengan sekumpulan besar manusia yang melakukan perhimpunan damai untuk LGBT. "Fight for your rights" katanya.

Hari ini di akhir perjalanan, terserempak dengan seorang ibu bersama anak kecil seusia satu tahun mungkin di dalam stroller, bertemu dengan "kekasih"nya di pinggiran Rhine River di Cologne.

Bercumbu bermesra di hadapan sekalian yang lalu lalang. Oh, kekasihnya juga seorang wanita. Ini mungkin agaknya yang dimaksudkan dengan "fight for your rights".

Mempunyai suami, mempunyai anak tidak bermakna "hak" nya tiada untuk perasaan sesama jantina. Kesian suaminya, kesian anaknya.

"Ena, kesian kan anaknya nanti, ada ayah dan juga 'ayah tiri' berjantina perempuan." Sayu berbisik pada teman kembara.

Hari ini lencun menyusuri detik-detik akhir sebelum berakhirnya kembara. Bermain hujan lebat yang membasahi bandar Cologne, seolahnya ingin membersihkan kotoran aqidah di sini.

Saya juga turut lencun, dengan harapan aqidah sendiri juga sedikit sebanyak tercuci.

Till we meet again, Germany, Czech and Swiss. Terima kasih buat pengajaran yang kalian curahkan.

Jordan, saya bakal kembali. Untuk memeluk realiti.

6 comments:

  1. Replies
    1. haha. kacau feel la cik naz ni. tengah feeling travel, dy masuk bab Ro pulak~ >.<

      Ro sihat, alhamdulillah. ada kat rumah ni~ ^^

      Delete
  2. hikmah kembara yang tak semua 0rang b0leh dapat...

    ReplyDelete
  3. bila mahu kembara bersama? :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. bila tiba masanya(?)

      tapi buat masa sekarang, nak bersara lah cik amy~
      >.<

      Delete

(B)aja terbaik adalah yang berhikmah~

^frens^

 
Copyright ^(U)mbReLLa^ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .