RSS

20130810

foto lama~

 
 1 syawal 1434
8 ogos 2013


SEPTEMBER 2051

dahulu, syawal itu, saya hanya mampu menatap gambar keluarga yang dikirimkan adik. adat anak rantauan, sesekali syawal terpaksa berjauhan.

ketika itu, saya pujuk diri, hanya tinggal dua tahun untuk saya kembali ke tanah air. tidak salah saya mengambil peluang mencipta memori ramadhan dan syawal di jordan.

berlagak tabah sedangkan hati rapuh, kedua mata ini bergenang juga. air mata sedih, kerana saya tiada dalam foto keluarga.

tetapi lebih lagi, air mata itu air mata terharu. melihat betapa pantasnya masa berlalu. keluarga saya kini sudah sebegini besar. dan terlebih kagum pada kedua ibu bapa saya yang berjaya membesarkan kami lapan beradik. lapan.

dan ketika itu juga, saya tahu. nanti, hari seperti hari ini akan tiba. di mana saya sendiri memegang gelaran 'opah'. bermain dengan cucu seramai sebelas orang. mempunyai menantu seramai lapan orang. dan masih kekal meniti hari tua dengan suami tersayang.

saya tahu. nanti, hari seperti hari ini akan tiba. di mana saya akan menatap kembali foto lama. merindui saat-saat muda. merindui keletah anak-anak saudara yang kini sudah berumah tangga. merindui abang kakak yang pernah bertepuk tampar berkelahi bermasam muka. merindui ma dan abah yang kini sudah tiada.

foto, hanya mematikan pergerakan. memori, tetap selamanya hidup.

salam syawal buat semua. maaf zahir dan batin.
 

1 comment:

(B)aja terbaik adalah yang berhikmah~

^frens^

 
Copyright ^(U)mbReLLa^ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .