RSS

20130802

first, second and third love~

crush.

pernah saya tanya orang. crush tu amende. time masih bersih lagi daripada istilah-istilah aneh ni. lalu dengan panjang lebar diterangkan maka saya faham.

crush, saya pun pernah ada. bukan sorang, tapi dua.

crush, atau mungkin dulu lebih dikenali dengan istilah cinta monyet saya yang pertama adalah time saya di bangku sekolah rendah.

kami bertemu, mungkin boleh dikatakan bukan secara kebetulan. mungkin ini suratan. dia lelaki pertama, yang saya rasakan pernah hadir memberi makna dalam hidup saya.

dengan kebolehannya dalam bahasa inggeris, boleh katakan setiap hari saya akan buat-buat berminat untuk belajar, semata-mata ingin meluangkan masa bersamanya. hidup dirasakan begitu indah, meskipun kami agak jauh berbeza dari segi umur.

mungkin inilah yang dikatakan cinta. agaknya. sehinggalah suatu hari, saya perlu menerima kenyataan yang dia bukan ditakdirkan untuk saya. ada rahsia yang tersirat dalam suratan yang Allah aturkan.

crush saya yang kedua, apabila saya mula rapat dengan seorang lelaki. handsome. dia selalu juga bertandang ke rumah apabila musim cuti sekolah. mungkin kerana sifatnya yang penyayang menyentuh hati saya.

kami kerap berkongsi cerita. dia juga tidak lokek memberi nasihat pada saya yang masih mentah tentang kehidupan. dan menjadi kebiasaan dia apabila dia pulang dari asrama pada waktu hujung minggu untuk lepak bersama saya, sehingga saya merasakan sesuatu yang aneh muncul dalam hati.

rasa sayang. yang teramat.

dan kerana rasa sayang yang tulus itu, saya menerima walaupun dengan hati yang pedih saat suatu hari dia pulang membawa cerita. tentang perempuan yang dia suka.

entah bagaimana saya mampu merasa bahagia, apabila dia kelihatan bahagia. berkongsi rasa dengan saya. tentang perempuan yang dia suka. tentang perempuan yang dia cinta.

namun tetap saat perkahwinannya bersama perempuan itu tiba, saya menggunakan alasan jauh di sini dari menghadirinya.

masakan saya mampu bertahan, menambah garam pada luka. kehilangan, bukan semudah itu untuk dihadapi.

saya cuba sedayanya. biarlah masa yang merawat segala. sehinggalah hari itu saat saya menjejakkan kaki di KLIA, dia datang menerpa. laju. menghulurkan saya seorang bayi lelaki yang comel. saat itu kali pertama saya rasakan,

itu adalah cinta. seperti saya, dia juga menyayangi saya.

dan saya berazam, kalau papa nya tak mampu saya miliki, apa kata saya cuba tawan hati si anak.

Mikhail, cepatlah membesar. you're going to be my third crush. haha~

*****

to my first man and first crush in my life, sanah helwah~
semoga abah dilindungi, sihat, dan bahagia dalam rahmat Tuhan.

stay healthy because you're going to attend my graduation ceremony, very soon insyaAllah~



and to my second crush ever, serius intan baru faham dan rasa betapa sayangnya abang afik pada intan the moment you handed me proudly, your little Mikhail.

and i'll make sure he grows up and turns out to be just like you. he will be my favourite nephew. and you'll always be my favourite boyfriend.

haha. walaupun macam loser, tapi nak buat macam mana. they are the only men (so far) in my life~

>.<



psst: post mengarut bila exam lusa, dan baru baca lecture note ke lima. bagus intan, bagus~ =.=

pssst: crush amende crush crush? yang saya tau candy crush ada laaa.

SWEET. DIVINE.
lol XD
 

6 comments:

(B)aja terbaik adalah yang berhikmah~

^frens^

 
Copyright ^(U)mbReLLa^ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .