RSS

20130730

one, two, three, four, five~


ONE.

"We struggle to be honest like children because while they speak their hearts out, we are still looking for ours."

thumbs up, matluthfi. this touches the deepest part of me.

satu perkara pahit yang harus ditelan setelah lebih dua dekad hidup adalah hilangnya kejujuran. mungkin bukan semua yang mengalaminya. mungkin hanya sesetengah orang. atau mungkin hanya dalam sesetengah fasa kehidupan.

tapi kehilangannya memang memedihkan. setelah hidup kita suatu ketika dahulu, dalam tidak sedar, adalah dalam kejujuran, ketulusan dan keberanian.

kita?

tak. mungkin hanya dia. dia yang sekarang ini masih terkapai-kapai kelemasan. tangan-tangan yang dihulurkan seolahnya fatamorgana yang menjanjikan hilangnya dahaga, namun belum sempat digapai, hanya bahang kepanasan yang tinggal.

hinggakan dia kini ragu, untuk terus menyambut huluran. kerana kecewa lebih perit untuk ditahan berbanding mati kelemasan.

musykil.
benarkah dia pernah memiliki hati nan jujur dan luhur, suatu ketika dahulu? apabila dengan menginjak dewasa dia sendiri bingung.

hati yang puluhan tahun bersama, tega benar dia merajuk. memberontak culas dipujuk. mengizinkan diri disalut lumpur kotor. sehingga tuannya malu. apakah hati ini, layak dipersembahkan pada Tuhan, meskipun dalam temujanji lima kali seharian?

dia benar kehilangan. mencari, yang dekat di sisi. mencari, pada yang setia menghuni rangka badannya.

mencari dalam ketidakpastian. akankah dia ketemui. mahukah kau, hati, kembali?

TWO

sepuluh malam terakhir. ada diantaranya malam, yang harganya lebih mahal dari seribu bulan. purnama juga sudah merangkak perlahan ingin kembali ke bentuk seperti di awal bulan.

masa, seperti biasa kau, terlalu pantas berlalu.

THREE

hairan.

that sentence of yours were so familiar that i somehow felt it's mine. almost i confidently claimed it's mine that i tried to find where would it be. when i couldnt find it, maybe yes. i might be daydreaming.

but the moment i forgot about it, i found out that it really is mine. it's just, how can you get through my draft?

or is there really a thing called coincidence?

FOUR and FIVE,

i rather keep them drafted~

=)

No comments:

Post a Comment

(B)aja terbaik adalah yang berhikmah~

^frens^

 
Copyright ^(U)mbReLLa^ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .