RSS

20120706

CERPEN: nota buat husna~

terkedu pada akhir...
sebuah bicara...
tertusuk duka...


saya tidak begitu mengenalnya. hanya sekali dua bertemu, berbalas senyum. saya yang becok ini terlalu kontra dengannya yang pendiam. sekali sekala juga saya terdiam. pada hikmah sebuah kepenatan, apabila diamnya tenyata berisi.

namun begitu, hubungan kami terbina baik. datangnya kami dari kampung yang sama. merantau juga ke negara yang sama cuma pada tahun yang berbeza. ditakdirkan saya senior, dia junior. bukan pada usia. tapi pada pengalaman, pada penglibatan barangkali.


duka.

ianya berlaku pada saat hati saya penuh duka. ingin ditanya, tidak mampu. tapi saya sentiasa tahu, Dia tetap tahu. cuma tidak seperti biasa, saya membebel padaNya di sepertiga malam, kali ini sombong sungguh saya. menggunakan akal dangkal ingin menyelesaikannya.

lalu ditambah dengan 'penyakit' bulanan. hati saya bertambah rawan. rasa diinjak seseorang bergelar kawan, saya hanya mampu berdiam. sungguh, saya tidak pandai mengadu pada orang. entahkan tidak percaya, atau memang saya kurang sifat keperempuanan.

saya dinobatkan teman, seorang pendengar yang baik, sebuah tangki yang legap. tidak pernah bocor. kadang menjadi motivator, sering pendapat saya melegakan hati mereka. saya pun pening, mana datangnya ayat-ayat yang saya tuturkan, sehingga yang menangis mampu tersenyum. lalu saya serahkan, semuanya datang dari Tuhan.

tapi bagi diri sendiri, saya bukanlah pengadu yang baik. saya lebih selesa menyimpan. atau tanpa dikongsi pun, saya tahu ada 'orang' kedua yang tahu. itu sudah cukup.


intensif.

dan hari itu tiba, saat Gen tahfiz saya mengadakan kelas intensif selama 5 hari. kami berkampung di musolla Azzikr. berkelas pagi dan malam, ditambah dengan pakej munajat di sepertiga malam. waktu selebihnya digalakkan diisi dengan bacaan alquran, tentunya.

lalu saya membawa duka saya bersama. semoga terhapus dengan senyuman sahabat-sahabat quran, jelingan pembimbing bila tersalah bacaan dan munajat kami setiap malam. seolahnya, waktu itu saya rasakan itulah masalah saya yang paling besar pernah saya hadapi.

dan waktu itulah juga saya baru sedar. masalah, tak pernah besar. kitalah yang membesar-besarkannya. dan sebesar mana pun masalah, kita ada Tuhan yang Maha Besar.


husna alya.

tengah hari itu saya bersandar di dinding, sementara menanti asar, membaca buku ustaz Pahrol. Di Mana Dia Di Hatiku. ayat-ayatnya memang kena dengan situasi yang saya rasakan. terasa menikam. tapi tidak setajam soalan yang di tanya Husna.

"kak intan, kalau kita susah nak menghafal, kan, kita banyak dosa dengan manusia ke?"

bacaan saya terhenti. saya mengangkat muka memandang Husna yang sedari tadi gigih menghafaz ayat-ayat Tuhan. tapi sudah meletakkan quran di sisinya, memandang saya. saya tersenyum, berfikir dalam sebelum menjawab. tidak boleh sewenang-wenangnya saya mengulas tanpa memikirkan keadaan orang yang bertanya.

"tidak semestinya, Husna. banyak benda yang kita boleh muhasabah. hubungan kita dengan Allah, niat menghafaz, cara kita menghafaz. tidaklah spesifik pada dosa kita dengan manusia sahaja."

"memanglah dosa kita dengan Allah banyak. dengan manusia pun. tapi kita bukannya baik sangat untuk..."

intonasinya berubah. saya berdebar.

"untuk..?"

"tak ada apalah."

"Husna?"

"tak ada apa. saya cuma nak petunjuk Allah. itu je!"

dia menutup muka dengan bantal. esak halusnya tetap saya dengar. dan saya memilih untuk diam.

tak ramai yang mempunyai kesedaran sepertinya. dan tak ramai juga yang mensyukuri petunjuk dariNya. lumrah manusia, yang tiada pasti meminta dan yang ada pasti buta.

termasuk saya.

dan seperti selalu, apabila saya tidak terdaya lagi membantu hanya satu yang pasti saya hulurkan.

"Husna Alya, kamu sentiasa dalam doa akak~"


*****

nota kaki 1: drafted for quite a month. hari ni baru mampu sudahkan. maaf cikgu (tumpangteduh)! kerja rumah lambat siap! (eleh. cikgu pun tak buat lagi kerja rumahnyeee~ >.<)

nota kaki 2: still peminjam pertama, kan? buku birulangitmerahhati tu? >.<

nota kaki 3: eh, hari jumaat. selawat jom~


sedang pada permulaan...
duri pada mawar...
sering membuah senyuman...

4 comments:

  1. allahummasolliala muhammad.

    rasanya cerpen pertama kot post kat blog ni?

    tunggu 2nd cerpen la baru saya komen.

    saya nak komen ruang komen je, sekarang dah disable anon ye? dengan sengaja?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tiba2 akak rasa kalau buang perkataan cerpen kat tajuk tu, tulisan ni jadi macam tulisan yang biasa2 akak tulis. entah mana part cerpennya. =.=

      hmm, ya, dengan sengaja.

      maaflah. cuma lately ada a few anons yang behave melampaui batas seorang anon akak kira. it annoys me.

      entahlah kerana yakin akak tidak mengetahui dan melihat
      atau lupa yang ada Dia yang maha mengetahui dan maha melihat~

      Delete
  2. serius sebak.terkadang sy fikir apa agaknya dlm rancangan Dia,tak dinafi semua termasuk saya diuji,tp ada certain org lebih teruk diuji.semua dalam ilmu Dia,mudahan saling mendoakan saling menguatkan yang termampu.

    #baguslah dah siap satu :) *bila tah nak siap hik hik
    #eh tak sabo beno nampaknye.enshaAllah enshaAllah,harappnye tak terlupa bwk sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang pasti sentiasa kita merancang dan Dia merancang. tapi Dialah sebaik-baik perancang.

      saling juga ya ena~! >.<

      'baguslah dah siap satu'? macamlah akan ada yang kedua. haha~ =p

      hehe. ni akak buat pun sebab ena blackmail akak hari tu. make sure bawa ya~! >.<

      Delete

(B)aja terbaik adalah yang berhikmah~

^frens^

 
Copyright ^(U)mbReLLa^ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .