RSS

20120603

tentang cinta~

entah dari mana...
datang kudrat upaya...
memenuhi suasana...


 

hati perempuan ni, cepat benar terusik.
kalian lelaki, jangan terlalu mudah menjentik!


*****


"ciri-ciri lelaki yang baik, dia akan 'mengambil' perempuan melalui jalan yang baik."

ini antara kata-kata yang keluar dari mulut saya apabila diberi kepercayaan untuk sebuah nasihat mengenai dua pilihan. bukan satu solusi, bukan juga sebuah justifikasi. sekadar satu kekuatan pada sebuah mainan perasaan.

sudah saya katakan, hati perempuan terlalu lembut. janganlah kalian berani menyentuh jika masih belum bersedia. jangan bermain tarik tali di atas udara. jangan bermain dengan perasaan sendiri. jika terjatuh cinta, solusi yang Islam sediakan cukup mudah.

jika kalian tidak bersedia untuk sebuah tanggungjawab, kalian juga seharusnya tidak bersedia untuk jatuh cinta. tapi tidak saya nafikan, siapa yang pernah minta untuk jatuh cinta, bukan?

cumanya, matanglah dari segi kita mengendalikannya. bagi saya, jalan mendapatkan cinta seorang perempuan hanya ada satu. kalian sendiri tahu.

jika yang digunakan adalah jalan selain itu, saya tidak teragak-agak untuk mengatakan betapa murahnya harga sebuah cinta yang ditawarkan. dan betapa murahnya harga seorang perempuan pada mata kalian.

jika sebelum dapat pun kalian tidak pandai menghormati, tidak menjaga maruah perempuan yang kalian suka, saya yakin kalian akan melakukan perkara yang sama selepas sebuah perkahwinan.

menawan hati seorang perempuan, bukan dengan menunjukkan isi hati. bukan dengan kata, bukan dengan bunga. jangan sampai perempuan rasa terhina. jangan menggunakan cinta menarik hati perempuan kepada kelemahan. bukankah cinta itu, menguatkan?

tawanlah hati perempuan dengan kematangan kalian sebagai seorang pemimpin. sifat dan sikap. tunjukkan, yang kalian boleh digantung harap. saya kira, yang membuatkan seorang perempuan rasa paling dihargai adalah dengan 'mengambil'nya melalui jalan yang baik.

kata Abu Saif, 'Be a man!'

come on, jangan sampai kami tersenyum sinis.

percayalah, antara soalan yang kerap berlegar dalam fikiran perempuan apabila berhadapan dengan situasi ini adalah,

"lelaki sebegini yang saya hendak jadikan suami?"

buat kalian, ini saya rasakan contoh yang terbaik~

*****


jadi doktor cinta pulak daahhh~! >.<

apa pun, i figure out something. saya akui, saya jenis pendengar, pemberi pendapat tentang apa saja masalah yang dikongsikan pada saya. dan saya bukan jenis berkongsi masalah sendiri dengan orang lain.

cumanya saya rasa, sungguh. menjadi wasilah kekuatan, yang terkadang mengembalikan senyuman dan mungkin juga menguatkan pegangan. ada satu perasaan bahagia datang dari dalam.

sungguhlah. memberi itu, lebih membahagiakan.
memberi, kitalah sebenarnya yang lebih banyak menerima.



mungkin itu...
kekuatan terbina...
hadiah dariNya...

6 comments:

  1. Anonymous3/6/12 22:39

    Kalaulah kebanyakan perempuan seperti tuan punya blog, amanlah dunia..

    Tp, yg seperti digambarkan itu terlalu sedikit..yg banyaknya, bila lelaki meletakkan maruah perempuan pada nilaian yg tinggi dgn cuba menjaga batas sblm kahwin, perempuan itu pula yg rasa dia diabaikan oleh lelaki..

    Yg paling baik, buka lah ruang perbincangan jika ada ada salah sorang yg cuba memulakan langkah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. (semoga, apabila saya diuji dengan cinta, Allah meminjamkan kekuatan, menghulurkan bantuan~)

      betul.

      mungkin, tak ramai yang mampu bertahan. dan mungkin, tak ramai yang faham.

      mungkin juga, ruang perbincangan harus dibuka. andai pihak perempuan yang tidak faham, fahamkanlah. kalian pemimpin, jangan tunduk.

      rasa terabai, hanya apabila ada rasa memiliki dan dimiliki. tanpa ikatan yang sah, bagaimana pula rasa itu boleh wujud?

      di situ penting kefahaman.

      kalian lelaki, jika bersungguh ingin memetik bunga di taman, tunjukkan kesungguhan. kalian 'abaikan' perempuan itu, tapi jangan 'abaikan' ibu bapanya. mungkin ini salah satu cara mengatasi rasa 'diabaikan' (yang tak sepatutnya wujud, saya kira).

      tapi entahlah.

      cumanya, bagi saya, saya mencari keberkatan. sebab saya yakin, permulaan ini bukan mengalir pada diri, pada sebuah rumahtangga, tapi juga pada zuriat keturunan. dan akan terus mengalir sehingga ke akhirnya.

      cuma itulah. meyakini keberkatan seperti mengimani Tuhan. sukar, jika tidak cukup kuat lantaran sifatnya yang ghaib.

      semoga, Allah sentiasa membimbing. dan meminjamkan kekuatan pada kita semua~

      Delete
  2. lambang hati menjadi simbolik cinta.

    hati dijaga, mudah-mudahan cinta terjaga.
    atau juga,
    cinta dijaga, mudah-mudahan hati terjaga.



    kamu,
    ajarkan aku berCinta
    tolong!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hati dan cinta,
      semoga keduanya mampu membina buat kita,
      kediaman di syurga~

      ahahaha~
      miss melbourne! miss jordan ni mana ada pengalaman bercinta. bagaimana harus mengajar? >.<

      cumanya, kejarlah cinta Allah.
      pasti cinta lelaki soleh mengejar kita~

      mulakan dengan cara yang berkat.
      supaya sehingga ke akhirnya,
      bahtera cinta kita berlayar dalam keberkatan~

      =)

      Delete
  3. Anonymous18/6/12 11:34

    Saya nak masuk pegi jumpa ibu bapa intan..

    Tapi takut ibu bapa ok tapi intan pula yg reject..

    ReplyDelete
    Replies
    1. keharmonian22/6/12 06:10

      erm...
      rase2nye konfem2 kne reject ni..
      tulis kt sni pun gne nme anon, nmpk sgt xde sifat keberanian tu..
      cme timbulkan kontroversi je ni..
      aish...
      -no offence..
      hihi..

      Delete

(B)aja terbaik adalah yang berhikmah~

^frens^

 
Copyright ^(U)mbReLLa^ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .