RSS

20120529

tarik nafas panjang~

entah pada dunia...
yang terbentang...


haruslah. dia tak pernah tahu dari mana dia mulakan. dan tidak juga dia tahu ke mana pengakhiran. tahunya, dalam diri ada dua keinginan. dua personaliti. dua senyuman.

satu pihak mengajar dia untuk senyum cemburu. mencuba, tapi entahkan diterima. atau sebenarnya diterima, cuma dia sahaja yang terlebih fikir. membatas diri sendiri. serasa seperti hidung tidak mancung, pipi tersorong-sorong. segan. dan akhirnya hanya mampu senyum sendiri. berkongsi gembira dari jauh.

satu pihak mengajar dia berfikiran matang. dan mungkin juga bertindak matang. atau sebenarnya, memang dia selama ini bersikap matang. di kalangan mereka, dia dipandang. cuma kadang, keanak-anakan itu mencelah. rindu untuk keluar. terasa dipendam tanpa rela. dipendam, kerana tiada tempat untuk bermanja.

terpendam, kerana semua yang mencarinya, mengharapkan nasihat yang bernas. seolahnya datang dari pengalaman 50 tahun hidup! mana mungkin, dia mengecewakan mereka dengan sifat keanakan?

lalu dia sendiri, mungkin perlu belajar. untuk lebih bermanja dengan Tuhan. bila tersepit sebegini, dia pun keliru.

tidak mengapalah. hakikatnya, menjadi kekuatan orang lain sedang diri sendiri lemah adalah kebahagiaan yang paling dalam.

tidak mengapalah. sembunyikan sedikit kesakitan lemahnya diri di sebalik pura sebuah kekuatan, andai ia mampu menguatkan yang lain.

ujian yang paling dalam untuk mendidik kesabaran, dia percaya. putarannya kembali kepada diri sendiri. jadi, biarlah dia belajar untuk kuat, belajar untuk sabar. sebab dia pernah rasa manisnya.

tiada tempat bermanja, tak mengapa.

Allah ada.

*hembus perlahan. senyum. merah langit pagi ini, memang lain dari kebiasaan.



atau pada akhirat...
yang berbalam...

No comments:

Post a Comment

(B)aja terbaik adalah yang berhikmah~

^frens^

 
Copyright ^(U)mbReLLa^ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .