RSS

20120618

agar bidadari cemburu padamu~

di lautan nikmat...
dua makhluk terpisah...


 tidak diminta pun, bidadari pasti menanti.
dan lelaki langit akan datang bersama cahaya~


al imam at thabrani meriwayatkan sebuah hadis dari ummu salamah, bahawa dia r.a berkata, "ya Rasulullah, jelaskanlah padaku firman Allah tentang bidadari-bidadari yang bermata jeli."

baginda menjawab, "bidadari yang kulitnya bersih, matanya jeli dan lebar, rambutnya berkilau bak sayap burung nasar."

aku (ummu salamah) berkata lagi, "jelaskanlah padaku ya Rasulullah, tentang firmanNya: laksana mutiara yang tersimpan baik (alwaqiah:23)"

baginda menjawab, "kebeningannya seperti kebeningan mutiara di kedalaman lautan, tak pernah tersentuh tangan manusia."

aku bertanya, "ya Rasulullah, jelaskanlah kepadaku tentang firman Allah: di dalam syurga itu ada bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik (arrahman: 70)"

baginda menjawab, "akhlaknya baik dan wajahnya cantik jelita."

aku bertanya lagi, "jelaskanlah padaku firman Allah: seakan-akan mereka adalah telur (burung unta) yang tersimpan baik (asshaffaat: 49)"

baginda menjawab, "kelembutannya seperti kelembutan kulit yang ada bahagian dalam telur dan terlindung dari kulit bahagian luarnya, atau yang biasa disebut putih telur."

aku bertanya lagi, "ya Rasulullah, jelaskan padaku firman Allah: penuh cinta lagi sebaya umurnya (alwaqiah: 37)"

baginda menjawab, "mereka adalah wanita-wanita yang meninggal di dunia dalam usia lanjut dalam keadaan rabun dan beruban. itulah yang dijadikan Allah tatkala mereka sudah tahu, lalu Allah menjadikan mereka sebagai wanita-wanita gadis, penuh cinta, berghairah, mengasihi dan umurnya sebaya."

aku bertanya, "ya Rasulullah, manakah yang lebih utama, wanita dunia ataukah bidadari yang bermata jeli?"

baginda menjawab, "wanita-wanita dunia lebih utama daripada bidadari-bidadari seperti kelebihan apa yang nampak dari apa yang tidak terlihat."

aku bertanya, "mengapa wanita-wanita dunia lebih utama daripada bidadari?"

baginda menjawab, "kerana solat mereka, puasa dan ibadah mereka kepada Allah. Allah meletakkan cahaya di wajah mereka, tubuh mereka adalah kain sutera, kulitnya putih bersih, pakaiannya berwarna hijau, perhiasannya kekuningan, sanggulnya mutiara dan sisirnya terbuat dari emas.

mereka berkata, 'kami hidup abadi dan tidak mati. kami lemah lembut dan tidak jahat sama sekali. kami selalu mendampingi dan tidak beranjak sama sekali. kami redha dan tak pernah bersungut-sungut sama sekali. berbahagialah orang yang memiliki kami dan kami memilikinya.' "

aku berkata, "ya Rasulullah, salah seorang wanita di antara kami pernah menikah dengan dua, tiga atau empat laki-laki lalu meninggal dunia. dia masuk syurga dan mereka pun masuk syurga. siapakah di antara laki-laki itu yang akan menjadi suaminya di syurga?"

baginda menjawab, "wahai ummu salamah, wanita itu disuruh memilih, lalu dia pun memilih siapa di antara mereka yang paling baik akhlaknya.

lalu dia berkata, 'rabbi, sesungguhnya lelaki inilah yang paling baik tatkala hidup bersamaku di dunia. maka, nikahkanlah aku dengannya.'

wahai ummu salamah, akhlak yang baik itu akan pergi membawa dua kebaikan, dunia dan akhirat."


(HR ath thabrani)

17 jun 2012
12:57
semoga bidadari cemburu padaku~ 

*****

entah mengapa, saya tenang membacanya.



yang satu tenggelam...
yang lain menyelam...
kau tahu apa bedanya?

4 comments:

  1. Anonymous18/6/12 12:28

    seolah menghurai tulisan Dingin. :D

    ReplyDelete
  2. ayuh, sebarkan pesona syurga buat alam sejagat!
    agar diri dicemburui bidadari.


    juga tenang membacanya~

    :D

    ReplyDelete

(B)aja terbaik adalah yang berhikmah~

^frens^

 
Copyright ^(U)mbReLLa^ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .