RSS

20120621

agar bidadari cemburu padamu II~

kerana...
dalam matanya...
ada cinta...





lagi dari agar bidadari cemburu padamu. tulisan yang meresap dalam, ada satu petikan yang buat saya rasa tenang membacanya.


يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّبِىُّ قُل لِّأَزۡوَٲجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَآءِ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ يُدۡنِينَ عَلَيۡہِنَّ مِن جَلَـٰبِيبِهِنَّۚ ذَٲلِكَ أَدۡنَىٰٓ أَن يُعۡرَفۡنَ فَلَا يُؤۡذَيۡنَۗ وَكَانَ ٱللَّهُ غَفُورً۬ا رَّحِيمً۬ا 

 Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. 

(alahzab: 59)


ayat ni sangat familiar. sangat-sangat familiar. dan orang yang berakal cetek macam saya ni, selalu juga terfikir, apa bentuk gangguan yang Allah janjikan terselamat bagi perempuan-perempuan sebegini?

lalu saya sematkan, mungkin ini cara untuk membantu kaum adam, menjaga mata dan hatinya. membantu mereka mengawal imaginasinya. membantu mereka menundukkan nafsunya. mungkin.

apa salahnya menolong. saya pun selesa, dan yang penting sekurangnya suruhan yang satu ini, alhamdulillah saya kuat untuk menurutkan. meski dalam diri ni, compang terlalu banyak. dari segi lain, kekurangannya terlalu ketara.

kalau bukan kerana sifat Allah yang menutup aib para hambaNya, tak mungkin saya mampu berjalan menghadap wajah manusia lainnya. cuma kita manusia. andai tidak mampu lakukan semua, jangan tinggalkan semuanya~

lalu masih lagi saya terfikir, benarkah perempuan-perempuan sebegini tidak akan diganggu. mungkin, pada zahirnya benar. lelaki-lelaki jalanan kurang memandang perempuan-perempuan sebegini dibandingkan dengan perempuan yang mendedahkan auratnya.

bukan tidak biasa saya melihat bagaimana pandangan pertama disusuli dengan pandangan seterusnya. jelingan pertama disusuli dengan pandangan berahi pada lenggoknya. sehingga saya yang terpandang meremang bulu roma.

lelaki sebegini, entah di mana sifat malunya. lelaki sebegini, entah ke mana rasa ihsannya. lelaki sebegini, entah mana hilang taqwanya.

i'm afraid to say that, it's not a rare sight in jordan.

dan saya akui, perempuan litup jarang ditegur, disiul atau diusik nakal. kata seorang sahabat, kalau di malaysia perempuan sebegini kalau diusik, mungkin dengan salam.

"assalamualaikum ustazah~"

haha. i've to admit that. memang biasa je kena. XD

tapi kalian tahu? saya pun baru tahu, apabila membaca tulisan hemah salim a. fillah. psychologically, lelaki sebenarnya memandang semua perempuan dengan pandangan yang sama.

ya, sama. tak kisah perempuan yang mendedahkan aurat mahupun litup berpakaian guni.

cuma adilnya Allah, apabila dijanjikan perempuan yang menutup aurat, melabuhkan tudung tidak akan diganggu adalah kerana, dalam hati lelaki-lelaki yang berpenyakit itu, dicampakkan rasa putus asa terhadap golongan perempuan sebegini.

mereka berkeinginan tetapi rasa putus asa itu membuatkan mereka rasa tidak layak untuk perempuan sebegini. sebaliknya pada lelaki yang dalam diri mereka ada agama, mereka lebih berani untuk melangkah datang. mereka yakin untuk mengambilnya sebagai isteri.

lalu dari itu, maka benarlah firmanNya yang menjanjikan, lelaki yang baik-baik untuk perempuan yang baik-baik. adilnya Allah, kan?

lalu buat kesekalian kalinya, entah mengapa.

saya tenang membacanya.

=) 

 *****

hari ini saya izinkan diri saya mengikut kehendak hati. sesuatu yang jarang saya lakukan. jarang hati saya turutkan kecuali ia menang perbahasan dengan akal dan pertimbangan.

hari ini, hati bebas. dan sayalah yang merasa bebas.



dan...
dalam dirinya...
penuh kasih sayang...

2 comments:

  1. assalamualaikum..akak sye ni brtudung labuh..tpi cara brjalan sye kwn2 ckp ganas lah.. sye pun tak tahu nk buat mcm mn..pelajar lelaki kelas sye pun ada ckp mcm tu...sye nak baiki mcm mn ? sye sndiri xsedar yg selama ini sye brjalan mcm tu...T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam...

      ahahaha~

      tak mengapa la dik.

      sekilas akak teringat lagi dalam buku ini, katanya, bertudung labuh, berjubah, tak semestinya kita sempurna dari sifat2 lain. menutup aurat, tak meminta kita untuk jadi manusia lain, kan? =)

      kalau adik rasa perkara itu tak sesuai bagi adik, cubalah perlahan-lahan baiki cara berjalan. perempuan muslimah itukan, sifatnya lemah lembut.

      cubalah dik. perlahan-lahan~

      tapi, kalau tak mampu pun, bukanlah satu kesalahan~
      =)

      Delete

(B)aja terbaik adalah yang berhikmah~

^frens^

 
Copyright ^(U)mbReLLa^ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .