RSS

20120424

rindu~

rindu dalam kalbu...
siapa tahu...
melainkan Kau dan aku?


tiba-tiba teringat, menyelusuri tulisan Salim A. Fillah tempoh hari, ada satu bahagian (antara beribu-ribu bahagian) yang membuatkan mata saya kabur sebelum tulisan itu dihabiskan. penat la macam ni. lacrimal gland asyik nak terstimulate je.

diceritakan dari Rasulullah. tentang seorang hamba yang ingin bertaubat (kalau tak silap saya). lalu dengan segala kesungguhannya, dia bersiap sedia dengan bekalan segala. unta, makanan, minuman dan segala kelengkapan menuju ke sebuah negeri.

merentasi padang, gurun, bukit bukau (ada ke? haha). sehinggalah dia kepenatan dan berhenti untuk berehat lalu dia tertidur di bawah sepohon pokok. nak dijadikan cerita, apabila dia terjaga, dia mendapati unta dan segala bekalannya telah tiada!

gila meroyan dia mencari. berlari ke sana sini. sedang ketika itu dia ditengah-tengah padang pasir. sepertinya mustahil untuk untanya dicuri. kepenatan, hampir berputus asa dan memikirkan bagaimana dia mahu hidup di ketandusan padang pasir, dia akhirnya tertidur lagi, dalam setinggi tawakal.

apabila dia terjaga, dia terkejut melihat unta dan segala barangnya berada di depan mata. terloncat kegembiraan dia menjerit,

"Allahumma anta 3abdi, wa ana rabbuk!"
"Ya Allah, sesungguhnya Engkau hambaku dan aku TuhanMu!"

dahi saya berkerut ketika ini. tapi kalian tahu apa sambungannya?

diceritakan, Allah ketawa. lalu Dia mengampunkan segala dosa lelaki itu dan memasukkannya ke dalam syurga.


*****


Allah ketawa.
lalu Dia mengampunkan segala dosa lelaki itu.
dan memasukkannya ke dalam syurga.

ketika membaca pada rangkap ini mata saya kabur. (dan masih juga ketika saya menaip kembali). entah kenapa, saya terfikir. dalam episod kehidupan saya selama 21 tahun ini, pernah tak berlaku sesuatu yang 'mencuit hati' Allah ya.

saya ingin sekali, Dia 'ketawa' dengan gelagat saya.
supaya dengan itu Dia mengampuni dosa-dosa saya.
dan memasukkan saya ke dalam syurga.

saya ingin sekali buat Dia 'ketawa'. dan ingin sekali melihat Dia 'ketawa'.

ah, intan. simple-minded sungguh kamu. andailah syurga itu sesenang itu, kan. huh

cumanya, saya selalu percaya, syurga bukan milik orang yang beramal banyak. sebab kita tidak pernah tahu sejauh mana amal kita diterima. dan sejauh mana amal kita dikira.

syurga bukan milik orang baik-baik. sebab kita tidak pernah tahu, dalam kebaikan yang kita lakukan, mungkin ia tercatat sebagai kejahatan oleh cik 3atid.

syurga itu, boleh jadi milik kita. dan boleh jadi juga bukan milik kita.

kita tak pernah tahu.
kita tak pernah tahu.

cumanya juga, saya selalu yakin, syurga adalah milik orang yang selalu bersangka baik padaNya. sebab kita tahu, segala kebaikan yang kita lakukan, sekelip mata boleh menjadi debu yang bertaburan. hangus terbakar.

dan segala kejahatan yang kita lakukan, Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Menerima Taubat. dosa kita terampun belum sempat kita meminta. taubat kita diterima belum sempat kita bersungguh.

dan bersangka baik itu, selalu memacu kita ke arahNya. dalam keadaan cepat atau lambat. berlari atau merangkak.

bersangka baik itu, pada saya kekuatan yang memandu ke arah syurga. moga-moga.

kerana hadiah syurga itu, hanyalah semata dengan rahmatNya.
semata-mata.

allahumma solli 3ala Muhammad~

ni lagi sebijik. yang kalau dengar selalu buat mata saya kabur. setiap kali pulak tu. osem pulak bila adik housemate buat alarm tone. set jam pukul 2, 3 pagi, tapi tak pulak bangun! haih!

penat la kan kalau setiap kali bunyi, lacrimal gland ni asyik nak terstimulate je. haha.

tapi sebenarnya saya syukur. sekurangnya saya tahu, hati yang saya sangka selama ini dah mati, rupanya masih hidup bernafas.

sekurangnya ischemic, tak sampai tahap necrosis. dapat buang punca obstruction, enough blood supply, insyaAllah kembali sihat.

doakan saya kuat membuang puncanya.

semoga di celahan kesakitan itu, masih ada ruang untuk sensitif pada sentuhanNya.

3ala kulli hal, alhamdulillah~


Allahumma inna nasaluka ridhaaka wal jannah.
wa na3uzubika min sakhatika wannar~


sambut rinduku, Tuhan...
atas segala keredhaan...

13 comments:

  1. Anonymous25/4/12 01:37

    Biasenye, berapa lama baru boleh pisahkan anak kucing dengan ibu dia? Nak tanya direct segan :)

    Sori tanya kat sini pulak..pos sedih2 tetibe tanya soklan camni ^^!

    =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau xsilap, anak kucing ni dalam umur lebih kurang 2 bulan dah boleh pisah.

      atau tanda lain, kalau mereka dah start makan makanan pejal walaupun kadang2 mereka menyusu lagi.

      (sebenarnya mereka tak really menyusu pun. habit anak kucing suka nyonyot je lepas umur 2, 3 bulan)

      no hal. post tak sedih pun lah~
      =)

      Delete
    2. btw, jangan segan kalau nak tanya direct pun. as long i can be a help, i'm glad to~

      =)

      Delete
    3. Anonymous25/4/12 02:25

      oh.. patut tgok die cam tu ag dengan ibu die..hmm.. TQ byk2 ye :)

      kim salam Ro! =)

      Delete
    4. Anonymous25/4/12 02:26

      haha..xyah la..nnti terbongkar rahsia peminat ro! :P

      Delete
    5. pulak dah. baiklah~

      no hal~
      =)

      Delete
    6. Anonymous25/4/12 16:23

      maaf satu ag.. kalau nak mandikan dia, agak2 boleh mandi je bile2 atau kene tunggu umo 2 bulan jugak? sbb bace2 kat blog org malaysia, takut jugak kucing jordan ni lain..

      TQ ye..

      Delete
    7. kalau nak mandikan, better tunggu kids tu betul2 besar, dalam umur 2,3 bulan kot. dan seeloknya, ibunya pun jangan mandikan dulu.

      sebab kucing ni main kenal pakai bau je. kalau mandikan anak, takut2 nanti ibu reject, xkenal, xleh menyusu.

      kalau mandikan ibu, takut macam tu jugak cuma x severe sangat lah sebab ibu kenal anak.

      Ro n kids dulu pernah jadi. Ro xkenal anak dia tapi mujur sekejap je. pastu menyusu balik.

      depends jugak tapi precaution nya, better jangan mandikan awal2 ni.

      dan sebenarnya, saliva ibu kucing lagi bersih dan protective untuk anak kucing~

      Delete
    8. Anonymous1/5/12 06:09

      oh..TQ banyak2..sgt bergune info ni.. sori la banyak tanya ni.. pun nak tanya ag..

      biasa beli makanan dan pasir kucing kat zam zam ke atau ade tempat lain yg lebih murah? sbb dulu pernah beli yg murah tapi kedai tu skrg dah xde.. skrg ni nak beli pasir p zam zam tapi agak mahal la kalau berbanding yg dulu..

      tp ok je.. tanya2 kot2 ade tempat yg ag murah boleh save sikit duit :)

      TQ banyak2 ye!

      Delete
    9. oh? tak tahu pula zam2 ada jual makanan n pasir kucing. biasa beli kat ctown.

      atau safeway n irbid mall. tapi irbid mall mahal dari tempat lainlah.

      ni kalau biasa beli meowmix n kitten litter yang putih tu lah.

      pasir tu setakat yang beli memang 4.5JD. makanan biasa beli yang 2.86kg terus. kalau xsilap harganya lebih kurang 8jd lebih jugak lah~

      zam2 katne? biasa beli berapa jd?

      Delete
  2. Anonymous25/4/12 01:43

    yang tanya atas ni mesti ade tanya kat ruang iklan irbid tu. lalala~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous25/4/12 01:59

      nope.. seriously..

      Delete
    2. cik enon. xyah la nak lalala sangat kan~

      let's don't play with assumptions.
      it's killing us~

      =)

      Delete

(B)aja terbaik adalah yang berhikmah~

^frens^

 
Copyright ^(U)mbReLLa^ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .