RSS

20110806

lesen ramadhan~

sakit yang menusuk...
ibarat kosong yang kontang...
rasa, lihat...
tapi tak mampu bergerak...



hidup ini tak ubah seperti dalam tempoh mengambil lesen. menambah 'latihan' demi 'latihan'. untuk lancar ke hadapan. mengulang-ulang perkara sama. supaya 'masyi'. dalam perbuatan. dan perkataan. dan ya, kita sebagai pemegang 'lesen L', masih takut-takut. gusar untuk bertemu 'pegawai JPJ' untuk 'driving test' bagi melayakkan kita memegang 'lesen P' sebelum diberikan kepercayaan untuk bebas 'memandu'.

ramadhan, bulan terbaik untuk kita mengambil lesen. tempoh ramadhan, adalah tempoh '6 jam seminar' sebelum mengambil 'ujian teori berkomputer'. maka biarlah ramadhan menjadi permulaan terbaik untuk kita 'overview' kehidupan. reset segala 'agak-agak' kita tentang cara 'memandu' dan 'score' markah taqwa untuk memastikan lesen L dalam tangan setelah 'beberapa' kali latihan.

kerana di sini sebenarnya bermulanya perjalanan kita~

Allah tak jadikan 'tanda-tanda jalan', 'traffic light' mahupun 'garisan' pada jalan sebagai sesuatu yang sia-sia. wujudnya mereka menjadi peringatan dan pedoman. supaya kita sentiasa 'alert' pada keadaan sekeliling. bagi mengelakkan kemalangan.

Allah juga tidak ciptakan 'brek', 'cermin pandang belakang', 'stereng', 'cermin sisi', 'gear' dan 'pedal minyak' sekadar suka-suka. melainkan untuk kita guna bagi memastikan 'kereta' yang kita bawa sentiasa dalam kawalan. 'arahan' jalan raya dipatuhi. dan kita selamat sampai ke 'destinasi'.

di sisi kita sentiasa ada 'pemandu-pemandu' lain. yang membawa kereta dengan pelbagai ragam. memintas, mengacah kita yang mungkin bergerak perlahan dek 'baru' bertatih. kadang membuat kita memandang sayu, melangut lemah, membayang mampu.

tapi jangan lupa, di sisi kita juga ada pemandu-pemandu yang sama membawa lesen L. yang gigih bersaing. membuatkan mata kita bercahaya dengan harapan. bergerak dengan keyakinan. menyalurkan kekuatan. kita sama-sama 'merangkak', dan suatu hari nanti, kita akan sama-sama 'memecut'.

memegang lesen L, kita disyaratkan untuk sentiasa bersama 'guru memandu' ketika sedang memandu ataupun lesen kita akan dibatalkan. besarnya peranan guru memandu sebagai pembimbing dalam tempoh kita 'berlatih memandu'.

dengan 'guru memandu' di sisi, kita diarah 'menukar gear', 'menekan brek', memberi 'signal' ke kanan atau kiri dan juga kita diarah untuk berhemah. kerana kita dikelilingi 'kenderaan-kenderaan' yang turut berkongsi jalan raya yang sama. yang ingin sama selamat sampai ke destinasi, meskipun melalui jalan yang berbeza.

guru memandu memastikan usaha kita adalah 'ahsanu' sebelum bertemu 'pegawai JPJ' bernama izrail. supaya tempoh 'memegang lesen P' di dalam kubur nanti, kita tiada masalah. dan selepas tempoh yang dijanjikan, kita dapat menukar kepada 'lesen kekal' di mana kita bebas 'memandu' di syurga.



nota kaki 1: banyak yang tersirat. kalau pernah ambil lesen mungkin mudah faham tapi tafsirlah sebebasnya~ =)
nota kaki 2: cik nima, i beat you 1 mark dalam exam teori tu~ kihkih~ =p



dan perit yang menikam...
ibarat hidup yang mati...
fikir, tahu...
tapi lemah terpaku...

^frens^

 
Copyright ^(U)mbReLLa^ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .