ternyata...
pada tangan mereka...
kapal kertas itu...
takkan pernah tenggelam...
Bukit Gambang Resort City
"kakak, abang, hana, syasya. buat apa dalam bilik tu? bukak pintu, cik in nak masuk~" saya mengetuk pintu bilik. hanya ingin memantau budak-budak kecil yang terlalu excited berjumpa. risau apabila mereka berkurung di dalam bilik.
pintu dibuka. hana melompat ke atas katil. hadif berdiri di pinggir katil dengan keropok di tangan. syasya terlentang di atas katil dengan dhia di sisi, mengusap-usap rambut syasya.
"main apa ni? cik in nak join boleh?"
"main papa mama. ni papa. hana jadi mama. dhia kakak, syasya jadi adik. cik in nak jadi apa?"
saya tergamam. kak ju melangkah masuk, memandang saya.
"papa nak pergi kerja dah?" hana mengambil tangan hadif, lalu dicium. saya dan kak ju ternganga. hadif keluar dari bilik dengan langkah selamba, mengunyah keropok.
"kakak jaga adik tau. mama nak keluar sekejap. kalau adik nangis, kakak jerit nama mama, ya?" hana berpesan dengan lagak seorang ibu. dhia mengangguk patuh. syasya masih berpura-pura tidur.
"dik, nangis dik." dhia berbisik perlahan, mencuit syasya.
"uwekkk..uwekk~"
"mamaaaaaaa~! adik nangissss~!" lantang suara dhia menjerit. hana terkocoh-kocoh masuk lalu melompat ke atas katil. menepuk-nepuk lembut bahu syasya.
"adik nak cicit (susu) ke?"
saya dan kak ju berpandangan. lalu ketawa.
"pandai betul kecik-kecik macam ni. tinggi imaginasi tu~!" kak ju mengulas. saya tergelak besar. hana keluar lagi bila syasya berterusan 'menangis'. mencari 'suami'nya mungkin. =D

*****
dunia kanak-kanak, indah bukan? 2 hari di Gambang Resort City, kerja saya memerhatikan mereka. kerana pada mereka ada hiburan yang membina jiwa. kadang juga terasa, pada mereka ada bayangan belasan tahun yang lampau. bayangan diri sendiri.
terhibur dengan keletah mereka yang kadang-kadang tidak terjangkau oleh kita kanak-kanak seusia mereka boleh sampai ke tahap seorang dewasa. kanak-kanak seusia mereka 'berkahwin', 'mempunyai anak', 'bekerja' dan 'memasak'.
ukhuwah mereka juga semantap orang dewasa. sentiasa ingin bersama. bertolak ansur dalam menolak pelampung, berlayar di kolam. berpimpin tangan ke sana sini. berkongsi semua yang dimiliki.
"cik in, jom beli empat aiskrim. hana satu, syasya satu, adik dhia satu, hadif satu~"
ternyata, pada tangan mereka, kapal kertas itu takkan pernah tenggelam~
indah dunia yang mereka ciptakan, hasil keindahan dunia yang kita tunjukkan. 'perkahwinan' mereka adalah hasil perkahwinan ibu bapa. semuanya ditiru dari dunia sang dewasa, diterjemahkan ke dalam dunia kanak-kanak mereka. hasil yang membuahkan tawa.
kadang terfikir, seceria inikah hidup si dewasa melayani keletah kita suatu ketika dahulu? saat kecil kita mewarnai dunia sendiri? saat kecil kita membayangi hidup si dewasa yang mungkin terkenangkan silam mereka?
dan secara tidak langsung, saya terpukul. Allah menghadiahkan kita, orang sekeliling. supaya kita sentiasa muhasabah. sentiasa beringat. kerana putaran hidup seorang manusia tetap begitu. asal lemah dan akan kembali lemah. kerana hanya Dia yang maha dan kekal kuat.
Allah menghadiahkan kita orang sekeliling. yang sentiasa membayangi diri sendiri. sama ada kita pernah melalui atau akan melalui. seusia 20 tahun, kita telah berjaya melakar cerita yang kini hanya tinggal kenangan yang jika terusik akan meleretkan senyuman atau keluhan panjang.
dan Allah menghadiahkan kita orang sekeliling. sebagai pedoman untuk kita terus melakar hidup. seusia yang akan datang dengan akal pinjaman. kerana kita dihadiahkan orang sekeliling, dan pada masa yang sama kita juga merupakan hadiah kepada orang sekeliling. keterikatan yang tidak akan pernah putus.
cuma beza lakaran kita dahulu dan kini, ternyata pada tangan kita, kapal kertas itu pasti akan tenggelam~
cuma kini...
lakaran hidup pasti...
pada tangan kita...
dengan ketentuan Ilahi...