RSS

20110514

ROME II~

jejak itu...
bukan pada langkah...
bukan juga pada rasa gah...



vatican city, Rome, italy~



سُئِلَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّ الْمَدِينَتَيْنِ تُفْتَحُ أَوَّلاً قُسْطَنْطِينِيَّةُ أَوْ رُومِيَّةُ
فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَدِينَةُ هِرَقْلَ تُفْتَحُ أَوَّلاً يَعْنِي قُسْطَنْطِينِيَّةَ

Rasulullah saw pernah ditanya, "kota manakah yang akan dibebaskan terlebih dahulu? konstantinopel atau roma?"
Rasulullah saw menjawab, "kota Hercules yang akan dibebaskan terlebih dahulu iaitu konstantinopel."


-riwayat ahmad, ad-darimi dan al-hakim-




semalam selepas solat hajat PUTRA, kak adila membuat sedikit perkongsian. mengambil ibrah tentang sirah pembukaan kota konstantinopel. dan ketika dibacakan hadith ini, saya terkedu.

saya baru tahu.
saya baru tahu.

seandainya hadith ini saya pasak dalam hati sebelum kaki saya menjejak bumi rome itu, pasti ketika itu langkah saya penuh rasa bangga.

pasti runtuhan colosseum itu saya bayangkan buat kali kedua. tinggalan foro romano semakin menjadi debu. patung-patung yang tersusun di st. peter's square dimusnahkan. dan masjid lambang kemegahan islam dibina.

dan pasti senyuman saya berterusan terukir melewati negeri yang mempunyai sejarah peradaban melebihi 2500 tahun itu, dengan keyakinan suatu hari nanti negeri ini akan disirami cahaya islam.

siapa tahu, panglima yang membuka kota roma adalah sebaik-baik panglima? dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera?

dan mungkin juga saya buat coin throwing di trevi fountain. memasang niat supaya saya dapat kembali menjejakkan kaki ke rome.

siapa tahu, saat kaki saya terjejak, persekitarannya sudah berubah? alunan sungai tiber bertambah indah? rintik gerimis yang membasahi kami hari itu, kembali membasahi dengan baunya yang lebih segar?

sesegar islam yang memandu hidup setiap orang yang beriman.

mengangankan ini, saya tertunduk...





tertunduk...





dan makin tertunduk...





perlahan berdoa
dan berbisik dengan segan sekali.


"sayangku, Rasulullah saw menjanjikan pembukaan kota roma. maka kamu ibu harapkan menjadi sultan muhammad al-fateh yang kedua."







tapi pada mata yang melihat...
hati yang terbuka...
dan doa yang tak sudah...

8 comments:

  1. Anonymous14/5/11 07:19

    saya tidak melontar syiling
    saya melontar niat untuk kembali

    ReplyDelete
  2. apa main lontar2 syiling nie.. c(=
    meh jadi mcm anon tuh. lontar niat~

    3 tempat..
    constantinople
    rome
    al-quds

    2 drpdny, telah kita jejak.
    moga kembaliny kita nnti adalah utk membebas.

    dan 1 drpdny,
    moga ketika kita menjejak kita juga salah seorg pembebas~

    amin 3x

    ReplyDelete
  3. ~to tepianmuara

    haha~
    tiba2 rasa malu pulak. yang teramat.
    ^_^"

    amiin jugaklah untuk haniff. dan semua orang~

    =)



    ~to anonymous

    eh, rasa macam ada sekeping gambar kt trevi fountain buat coin throwing. ke akak salah tengok? c(=

    yela2..itu hanya ayat penyedap karangan~ semoga dimakbulkan niat kita untuk kembali menjejaki kota itu~ ^^

    err..dik, happy2 selalu ya~
    =)


    ~to nima

    allahumma amiin~

    apa lagi, izzah. mesir dah bukak laluan. tunggu izzah sebagai mastermind plan la, intan on je~
    hohoo~ ^^

    ReplyDelete
  4. aishh.. adik ini..
    asyik akk je mastermind nih.
    haha.. c(=

    neway, ad pndpt kata,
    klu msk al-quds tu biarlah utk trus berjihad.
    bukan hanya utk melawat~

    ReplyDelete
  5. ~to nima

    alaa kak. akak terer skit bab2 planning ni..adik xreti..nak2 part berpe*ah. ooppss~
    haha~ =pp


    betul la tu. situasi sekarang, kalau ke sana untuk melancong umpama jasad tanpa hati kot.

    kuat ke kita, izzah? nak sambut seruan jihad?
    =(

    ReplyDelete
  6. teringin nak pi gak..hope, one day..insyaAllah.. :) kota islam yg bersejarah..

    ReplyDelete
  7. ~to lotuslavender

    insyaAllah..
    semoga dimurahkan rezeki~

    =)

    ReplyDelete

^frens^

 
Copyright ^(U)mbReLLa^ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .