RSS

20110217

langit malam~

pandanglah ke atas... 
memerhati...
untuk kau tunduk ke bawah...
bermuhasabah diri...



deru angin malam...
laju menolak...
menggigit segenap inci...
tubuh yang berbalut...

pandangan ke atas...
merah si langit itu...
dihias dengan si bulat menguning...
dilakar dengan nipisan si putih...

laju...
laksana gambaran hidup yang ditayang semula...
deru angin malam itu...
mencarik-carik si awan...
melintas samar si cantik mengambang...
indah...

laju...
laksana waktu yang terus berputar...
deru angin malam itu...
mengoyak si cumulonimbus...
gesa menyapa si kecil bercahaya...
indah...

lantas rintik air itu...
membasahi wajah tenang...
menghirup nafas panjang...
mata terpejam...
terukir senyuman...

ah, langit!
kau penuh dengan rahsia...


16 february 2011
langit malam irbid
22.45



nota kaki: teruja melihat~! subhanallah~! ^_^



bicara alam...
 
aku kan sentiasa mengerti...

5 comments:

  1. alam tidak pernah gagal mengajar kan.

    mungkin kerana zikirnya yang tak henti.

    ReplyDelete
  2. hazen modify ayat orang. hah.

    serius teringat jalan-jalan dengan Abdullah Naseh lihat Granada dari bawah. tepat sepurnama lalu.

    betapa hari ini kita memandang bulan yang sama.

    ReplyDelete
  3. masih banyak yang DIA sembunyi yang belum tersingkap.

    ReplyDelete
  4. boleh2 gilap bakat. =)

    http://aurisshaira89.blogspot.com/2011/02/iklan-terbaik-buat-para-penulis-puisi.html

    ok. selamat turun berprospek.
    selamat ber HLS juga.

    doakan. tgh rs krg stabil. huhu.. T_T

    ReplyDelete
  5. ~to -hazen

    =,=!

    kita (baca: akak) je yang gagal belajar..
    mungkin sebab zikir yang tak pernah istiqamah..



    ~to tepianmuara


    ingat juga ada yang frust sebab kamera best dah habis bateri..^^

    bila-bila pun, kita tetap akan memandang pada bulan yang sama~



    ~to +akufobia+

    terlalu banyak. sebab yang tersingkap hanyalah setitis daripada air lautan~


    ~to nima

    haha~
    xde maknenya..=p

    selamat ber CNS juga izzah..
    dan selamat untuk semuanya...

    intan malas nak copy paste tapi intan rasa izzah mesti dah bace komen kat blog izzah, kan? =)

    ReplyDelete

(B)aja terbaik adalah yang berhikmah~

^frens^

 
Copyright ^(U)mbReLLa^ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .