dengan gurau senda...
ataupun pertemuan...
hah~!
pagi ni matahari bersinar garang. menemani saya menuju ke jami'ah. tidak seperti sebelumnya di mana pagi saya ditemani angin rakus bertiup. ataupun rintik kecil hujan. sepanjang bermulanya kuliah, saya rasakan hari ini paling indah. mungkin memberi petanda untuk satu permulaan yang baik.
saya lihat bulan putih di langit. separuh. seperti bibir yang tersenyum. dan saya membalas senyumannya itu. ya, saya kira hari ini sebagai jawapan kepada segala persoalan. ketenangan kepada segala kegelisahan. permulaan kepada satu pengakhiran. apa yang kita rasa, orang mungkin tafsir berbeza tapi semuanya best kalau kita pandang positif. ah, sejuknya hati~! ^^
semalam ada iftar azzikr. disekalikan dengan bacaan albaqarah sempena musolla baru dan persepsi juz 3. dari jami'ah, saya terus ke majlis itu. dengan renyai hujan yang menemani, mujur sahaja nota-nota tak basah. akhir majlis tu, ada tazkirah daripada ustaz radhi. sangat best dihujani dengan soalan-soalan tajam. headshot. yang seriusly membuatkan saya malu sendiri.
dalam asyik saya mengagumi mentari.
dalam indah saya memuji bulan.
saya lupa sesuatu.
أَنْتَ شَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ
أَنْتَ نُوْرٌ فَوْقَ نُوْرٍ
أَنْتَ إِكْسِيْرٌ وَغَالِي
أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُوْرِ
Allah~
Bagindalah matahari dan bulan itu. bahkan lebih cantik daripada keduanya.
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَيْهِ
nota kaki: malu, kan? (^_^')
kerana ikatan sebenar...
takkan pernah terzahir...
andai yang diharap...
adalah keredhaan...