RSS

20091122

rosella~

gelagatmu mencuit hati...
menghiburkan diri...
mengusir sepi...


saya tak nak bercerita panjang pon. sekadar meraikan kedatangan ahli baru ke bayt kami, bayt khosyatullah. dia dah jadi permata hati kami. selalu tunggu kami pulang. dan kenakalannya bertambah dari hari ke hari. hyperactive!


Ro zaman muda~


namanya rosella. kami panggil Ro je. jangan tanya kenapa coz kami akan jawab, "suka hati kami la.." =p
besdaynya 10 november = tarikh kami jumpa dia depan imarah kami. sian dia. mase tu kurus je. lapar dan sejuk. kami pun amik, bagi makan, mandikan dan bagi kasih sayang. heh.


tido pon atas riba..huh


makin hari dia makin aktif. gembira kami tengok. bayt kami dah mula jadi tumpuan tempat release tension. tengok gelagat dia memang menyenangkan...




suka kacau orang study. bila marah tau pulak tido. hehe


Ro ni kecik lagi. tak pasti lak brape umur dia sebenarnya tapi yang sure dia ni masih menyusu. gigi pun takde lagi except gigi taring. sebelum tido dia suka je nyonyot tangan kami. gigit-gigit manje. heh..sakit gak tuh!



eksyen bila tau saya snap gambar dia...=p


dia ni amat suka main. fitrah budak2 kot. even tangan kaki kami statik tak bergerak pon dia boleh aim. gigit-gigit. antara yang dia suka tuk asah gigi dia tu tangan ngan kaki kami la. mujur kecik lagi. gigi still tak cukup. kalo tak mau naik "belembang" sebijik dua. haha! kalau la dia sebesar sudin, tak maunye kami main-main camtu ngan dia. cari nahas tu..=p



ni dia sekarang. amat cepat besarnya terutama bahagian perut. haha~



tak banyak pun nak cerita. pada mereka yang belum lagi tengok anak kami ni, sila datang ziarah ke bayt khosyatullah ye. sila main-main dengan dia sehingga tangan kamu diukir dengan peta jordan oleh kuku Ro seperti yang kami dapat sekarang.

sekian saja melaporkan~



kami sayang kamu, Ro~



baru kini ku rasa...
baru kini kuhargai...
perancanganMu yang terbaik...ya Rabbi..

20091117

apabila hati redha...

ikhlas itu penat...
berlapang dada juga memenatkan...
tetapi janjiNya amat manis...


dah lama tak menulis. kaku, kelu, beku tangan ni. mungkin juga effect cuaca shitaa' kat sini. harapnya bukan froze bite. alhamdulillah, exam pertama dah berlalu dan alhamdulillah, exam kedua akan tiba dan alhamdulillah juga sebab saya agak sibuk dengan material tahun ni yang bertambah berat dan tugas yang ditanggung. =p

tapi alhamdulillah sebab subjeknya makin menyeronokkan cuma perlu pandai tackle je di mana saya rasa saya masih kekurangan skill tu. microbiology, pharmacology, pathology, biostatistic dan genetics. seronok tapi sakit~ =)

saya sekarang dalam fatrah berkorban. berkorban. pengorbanan. terkorban. mungkin?


"Maka Kami beri dia khabar gembira dengan seorang anak yang amat sabar.

Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim , Ibrahim berkata: "Hai anakku Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahwa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu!"
ia menjawab: "Hai bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu, insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar".

tatkala keduanya telah berserah diri dan Ibrahim membaringkan anaknya atas pelipis(nya) , (nyatalah kesabaran keduanya ).

dan Kami panggillah dia: "Hai Ibrahim,

Sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpi itu. Sesungguhnya demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik.

Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata.

dan Kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar.


Kami abadikan untuk Ibrahim itu (pujian yang baik) di kalangan orang-orang yang datang kemudian."

[ash-Shaffat: 101-108]

kisah ibrahim yang terlalu banyak teladan yang dapat diambil. tak dapat dibayangkan ketinggian husnuzzon ibrahim kepada Allah saat menerima perintah sebegitu. tidak dapat dibayangkan keikhlasan ismail meminta bapanya mematuhi perintah Allah. bagaimana agaknya kita jika berada ditempatnya?

saat orang mungkin terfikirkan binatang korban, saya terfikirkan diri yang merasai pengorbanan. sungguh rasa disayangi. rasa sentiasa ingin bersama. Dia tak pernah jauh. saya ingin sekuat ibrahim dalam husnuzzon. saya ingin seikhlas ismail dalam menghadapi ujian. saya ingin menuntut janji-janji manisNya bila saat itu tiba.

saya redha~


moga ketaqwaanku yang menemuiMu...


kadang hati berbisik...
kadang hati terusik...
tapi redha itulah yang terbaik...

^frens^

 
Copyright ^(U)mbReLLa^ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .