RSS

20090910

ballighna, ya Allah~

bulan itu datang...
gah menunjukkan keistimewaannya...
rebutlah...


1 ramadhan
irbid, jordan

ramadhan datang lagi. dalam debar menanti final exam. dalam seronok menanti saat kepulangan ke malaysia. dalam jerih menguruskan perpindahan ke rumah baru. dalam muhasabah bakal berakhirnya tahun satu perubatan di bumi jordan, ramadhan datang lagi.

hari itu kami disajikan dengan ceramah yang menusuk hati tentang ramadhan oleh ustaz yusrizal. perkenalan awal sebelum pertemuan dengan ramadhan. manis sekali. terasa hati tidak sabar menantikan kedatangan ramadhan.

dan kini saat itu tiba. tapi dengan perasaan yang berbeza. tahun ni ramadhan ke dua disambut di jordan. tahun lepas dah berlalu dengan penuh kejutan. tapi kali ini terasa diri dah bersedia dengan kelainan ramadhan di sini. lain, tetapi manis.

ramadhan kali ini saya bersama beberapa orang akhawat minority sakan. yang masih setia dengan sakan ini. sahabat-sahabat lain sudahpun melangkah ke rumah baru masing-masing. cuma atas beberapa kekangan, kami tetap menjadi penghuni sakan ini.

simple menu untuk bersahur dan berbuka menjadi sajian harian. kekangan masa untuk dimanfaatkan sebetulnya pada final exam juga kerana kami dalam proses mengosongkan peti sejuk. kadang duit sahaja dikeluarkan, lantas santapan iftar merupakan makanan luar.

namun, lebih istimewa kali ini, minority ini tidak mematikan jemaah di musolla. setiap waktu solat, walaupun satu saff tetap solat itu didirikan secara berjemaah. tanpa laungan yang menggegarkan sakan, musolla tetap menjadi tumpuan. dan seiring buku yang dibaca untuk final exam, alquran tetap digemakan. bahkan lebih hebat.

malam itu, saya berterawih di masjid yarmouk. laju melangkah. mungkin kerana terlalu rindukan suara imam yarmouk yang menusuk jiwa. esok exam biochemistry. tetapi rupa-rupanya bukan saya seorang yang berperasaan begitu. boleh kata keseluruhan warga irbid merasakannya. alhamdulillah.

sehari ramadhan berlalu. malam itu damai kerana malam itu malam ramadhan.
allahumma ballighna ramadhan wa ila akhiruhu...



19 ramadhan
terengganu, malaysia


hampir seminggu saya melalui ramadhan di bumi malaysia. jauh berbeza suasananya. mungkin saya masih lagi menyesuaikan diri setelah setahun di perantauan. tetapi tahun ini peluang yang baik untuk saya bandingkan ramadhan di malaysia dan di jordan.

apa yang menarik, sahur dan iftar di sini merupakan air tangan ibu. tiada makanan luar yang dimakan. dan semuanya makanan yang saya rindui. dan pastinya berbeza bersahur dan berbuka puasa dikelilingi ahli keluarga instead of sahabat, kan?

tapi the big difference yang saya rasakan, solat terawih. kalau di jordan satu juzu' dihabiskan semalaman, di sini mungkin hanya beberapa maqra'. pada mulanya agak terkejut, tetapi itulah hakikatnya. mungkin kerana terbiasa terawih 8 rakaat di jordan, habis dalam pukul 10 malam tetapi di sini terawih 20 rakaat habis sebelum 10 malam.

bagaimanapun, ramadhan tetap ramadhan. bukanlah kuantiti yang dikira tetapi kualiti. Dia menyoalkan tentang ahsanu, bukan aksaru.
allahumma ballighna ramadhan wa ila akhiruhu...


kumengharapkan ramadhan...
kali ini penuh makna...
agar dapat kulalui...dengan sempurna...

^frens^

 
Copyright ^(U)mbReLLa^ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .