RSS

20090704

ukhwah itu, cinta sajakah?

saat rebah memang memenatkan...
untuk kembali mendongak begitu sukar...
apatah lagi untuk berdiri...


esok perjuangan yang tertangguh akan bermula kembali. menjanjikan perjalanan yang menuntut kesabaran. diiringi terik mentari soifi, jihad menuntut ilmu akan bermula. saya kembali merenung sesuatu yang tidak pasti. seperti kebiasaan sebagai permulaan sesuatu perkara. sebulan lebih untuk summer sem ini akan berlalu begitu pantas. siapa bersama saya?

dan seperti kebiasaan jawapan yang saya temui. kosong kecuali Dia. saya cuba mencari lagi. ternyata tiada kecuali Dia. hanya Dia yang setia. mengapa ya?

saya teringat cerita dulu-dulu. sahabat saya ramai. amat ramai sehinggakan saya sendiri boleh tertukar nama. berbual mesra apabila ditegur dan apabila dia berlalu saya akan menyoal sendiri, siapa nama dia ya?

saya tersenyum sendiri. apabila umur makin menginjak dewasa, makin matang dalam perihal persahabatan. kadang menjadi rebutan untuk dibuat sahabat karib. hak milik penuh. akhirnya diselesaikan, "saya sahabat semua."

bermula tingkatan dua. saya rasai apa itu persahabatan.

aarifah. seorang yang matang. nabila. seorang yang riang. bazzliena. sekepala dengan saya. suriana. seorang yang berlapang dada. Allah mentakdirkan mereka untuk mendidik saya dalam perihal persahabatan.

mereka banyak mengajar saya. bermula kemasukan saya ke asrama, aarifah dan nabila yang menjadi teman rapat saya. kami berbeza kelas tapi satu dorm yang sama. saya akui yang saya masih mentah waktu itu. namun merekalah yang mengajar saya. mematangkan saya. dan memberi impak yang besar dalam hidup saya.

aarifah menjadi contoh. kematangannya dalam pergaulan dan ilmunya tentang islam mengagumkan saya. pada saya 14 tahun, umur masih mentah untuk mencari sahabat sematangnya dalam ilmu islam. dia juga yang memperkenalkan saya tentang usrah. setiap kali air mata saya mengalir, dialah yang sudi mengelapnya. dia setia di sisi saya.

nabila menjadi ibu. dia suka memanjakan saya. andai saya ketawa, dialah puncanya. dia amat baik. terlalu baik, i can say. saya masih ingat ketika di tingkatan 3, selepas kelas prep. waktu sudah lewat, tetapi saya tidak dapat tidur. dan dialah yang mendodoikan saya. penat dihalau tetapi dia tetap berdegil sehingga saya terpaksa berpura-pura tidur. dia setia di sisi saya.

kami bertiga. dengan perangai yang berbeza. lantaran ukhuwah yang disandarkan tanpa mengharapkan balasan, kami kekal bersama.

bazzliena. satu kepala tetapi saya lebih dominant. hasilnya, setiap kali kami buat perkara nakal hasil idea saya, dia turut serta rasa akibatnya. pendiam di mata awam, tetapi bertih goreng apabila bersama saya. tapi satu yang pasti, dia setia di sisi saya.

suriana. gadis kecik yang kuat melatah. sensitif tapi senang berlapang dada. kami selalu berkongsi cerita terutamanya cerita berkenaan kampungnya sehingga tertidur berkongsi katil. mujur sahaja tak ditangkap warden memandangkan berkongsi katil adalah satu kesalahan.

itu cerita ukhwah saya dahulu. ukhwah yang membawa kepada perubahan.

kini saya cuba mencipta cerita ukhwah saya di sini. tetapi kosong. cerita itu pernah ada, tetapi hanyalah ketika mereka berbicara tentang cinta.

hanya ketika berbicara mengenai lelaki idaman, saya menjadi rakan bercerita. saat meminta tulus kebenaran fitrah insani, saya menjadi si doktor cinta. saat hati hebat terluka, saya dilihat sebagai iodinenya. perkongsian cinta, hanya itu modul ukhwahnya.

kini, bila cerita itu hilang. ukhwah turut pudar. saat itu, semua mengejar kepentingan sendiri. membuat kebaikan pun secara nafsi. hilang persahabatan setulus abu bakar, sehebat uthman, seikhlas ali. kerana dasarnya bukan Ilahi walaupun sentiasa berkata liLLah. untuk teman sehebat para sahabat, mana mungkin saya menjadi sesempurna Nabi.

akhirnya saya yang koreksi diri. saya memerlukan teman untuk bersama mengislahkan diri. saya memerlukan rakan sebagai cermin kepada diri. saya memerlukan sahabat untuk terus melangkah. membawa islam seiring jejak. tetapi saya kini subjek. bukan lagi predikat. saya yang membawa. bukan lagi dibawa. bila saya tersungkur. saya keseorangan.

saya terkilan. ukhwah itu, cinta sajakah?


الأخلأ يومـئذ بعضهم لبعض عدو الا المتقين


~Pada hari itu (hari kiamat) sahabat-sahabat karib setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan takwa (iman dan amal soleh).


-azzukhruf: 67-




tapi diri harus melatih...
untuk terus bersendiri...
kerana si Dia...tetap di sisi...

^frens^

 
Copyright ^(U)mbReLLa^ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .