RSS

20081231

menjejak roh penghijrahan...


kau datang lagi dengan lembaran baru untuk kupenuhi...kuatkah aku untuk beristiqamah...agar warnamu kulakarkan secantik pelangi...?




aisha menutup buku kimianya. "time for my reward," hatinya berbisik. dia dah berjanji pada dirinya untuk menyudahkan post barunya setelah mengulangkaji 5 chapter kimia. imtihan annahiyah yang semakin mampir membuatkan dia begitu menghargai masa. laptop jenama Dell kesayangannya di'on'. dia tenggelam dalam dunia karangannya...

alhamdulillah...sempat juga saya menjenguk blog ni. niat di hati untuk memperincikan post dagang seorang musafir tu tapi masa terlalu sempit. baru ada kesempatan untuk mencoret kata. alhamdulillah...

alghurabaa'...perkataan istimewa yang dah sebati dengan diri ini. sejak membaca post saudara MarBu tentang Jundullah In Progress, saya terpikat dan tertanya-tanya tentang alghurabaa'...bagai aturan hidup yang cantik Allah susunkan untuk saya, keesokannya saya terjumpa lagu alghurabaa' dalam handphone sahabat saya. apabila saya dengar memang saya terpikat pada lagunya meskipun tidak semua maksud lagu itu saya faham.

dan selepas beberapa hari selepas itu, saya terbace post sahabat saya, humairah maksud lagu itu and i really fall in love...sekarang saya postkan maksud lagu tu kat dalam blog ni. video lagu tu pon ade. dengarilah...fahamilah...dan hayatilah...

rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan salam maal hijrah1430 dan salam tahun baru 2009. wah...tahun baru datang lagi. buku lama dah ditutup. sekarang bukak buku baru. ah, cantikkah warna yang kulakarkan pada buku lama? dan kuatkah aku untuk lakarkan warna seindah pelangi pada buku baru?

sebut pasal maal hijrah mesti semua orang dah muak mendengar cerita hijrah Rasulullah SAW dan para sahabat yang kerana hijrah bagindalah kita berada dalam nikmat iman dan islam sehingga ke hari ini. tapi saya yakin, even kisah itu diulang-ulang 17 kali (umur saya lah tu..) tapi jika ditanya tentang detail kisah itu, pasti tergagap-gagap juga untuk menceritakan kembali. kononnya tahu tapi xpernah melekat dalam hati.

saya pasti ramai yang buat post mengenai hijrah Rasulullah itu, jadi saya xnak la menitip kata tentang tu. jom kita bercakap tentang hijrah zaman sekarang, nak? dari dulu asyik tengok pada hijrah Rasulullah. hijrah 1430 tahun yang lalu. bak kate orang dah berusia. lapuk la..zaman unta la...jadi, jom kita cakap sal hijrah zaman binatang besi lak..:)
WINTER PARTY???

yup! winter party. MT akhawat JUST08 (jordan university of science and technology) dah lama merancang untuk buat sambutan maal hijrah untuk batch kami. setelah dirancang, akhirnya pada 28/12/2008, berjalanlah program kami tu.

program itu dimulakan dengan "winter talk" oleh kak fatihah, kak ahiasah n kak faizah. like a forum, we disscussed tentang isu-isu hangat kat sini iaitu...isu ukhuwwah, pakaian dan ikhtilat.
bumi mana yang tidak ditimpa hujan. dalam kalangan kami ni pasti ada yang tidak tahu atau pun tahu tapi buat-buat xtahu. talk ni berobjektifkan untuk mengingatkan pada yang lupa.

hidup diperantauan, bolehkah kita berharap pada ibu bapa yang jauh? di sini keluarga kita hanyalah sahabat-sahabat. tetapi jika hubungan antara sahabat pon tidak terjaga, apa yang nak diharapkan lagi?

setiap manusia dilahirkan dengan fitrah ingin menjadi baik. tiada golongan malaikat mahupon golongan hantu di sini. semua manusia adalah sama dan yang menjadi kayu pengukur hanyalah taqwa.



أنّ أكرمكم عندالله أتقـكم

sesungguhnya orang yang paling mulia antara kamu adalah orang yang paling bertaqwa
-alhujurat:13-

nah, ape lagi la yang kita nak tengok bila Allah dah janjikan camtu? still nk tengok pada cara berpakaian? yang berjubah, bergaul ngan yang berjubah. yang berseluar dengan yang berseluar? ke nak tengok pada sekolah lama? yang bersekolah agama dengan kaum kerabat bersekolah agamanya. yang xbersekolah agama, teruskan cara hidup dengan kawan yang sama background. tiada ke perasaan untuk saling melengkapi?

ukhwah xpernah mengira semua itu. tiada kepentingan untuk melihat apa yang berada dibelakang. yang penting, apa yang akan datang. terimalah sahabat seadanya jika kita berharap orang lain untuk menerima kita seadanya. kita semua sedang bermujahadah di mana kadang-kadang kita futur dalam mujahadah kita. tatkala itu, sahabatlah yang memainkan peranan penting.

~pandanglah kesemua sahabatmu dengan pandangan mereka sedang bermujahadah. ada masa mereka rebah. namun anggaplah itu satu langkah untuk mereka kembali berdiri...~

menyentuh perihal berikhtilat, kak ahiasah mengulasnya dengan baik. dengan waqi' kat sini, ikhtilat antara syabab dan akhawat amat dijaga. lebih-lebih lagi di bumi barakah ini. ikhtilat tidak semestinya melibatkan syabab dan akhawat di alam nyata, bahkan termasuk di alam maya.

mungkin ramai yang tidak menyedari dan menganggap pergaulan sebegini adalah biasa. namun hakikat yang perlu diakui, tiada ikatan yang sah antara lelaki dan perempuan kecuali dengan ikatan pernikahan.
seperti mafhum satu hadis: tiada apa yang kami lihat pada kedua-dua yang saling mencintai melainkan PERNIKAHAN.
hijrah memang menuntut pengorbanan. dalam kembara mencari diri di bumi anbiyaa' ini, banyak perkara yang perlu dikorbankan. siapa kata yang hijrah itu perpindahan tempat semata? sebaik-baik hijrah adalah perubahan kearah yang lebih baik. sesungguhnya setiap kebaikan akan menjadi ghariib (asing) pada pandangan manusia...




aisha menokhtahkan tulisannya. agak lama dia bersengkang mata menyiapkan post baru itu. jam menunjukkan 6.04 pagi. baru sekarang dia rasa keletihan.

"PUBLISH POST"

alhamdulillah...

sentiasalah setting niat, upgrade iman, download sabar, upload usaha, delete dosa, top up ilmu supaya dapat redeem pahala yang banyak...

20081229

dagang seorang musafir...

قال رسول الله صلى الله عليه والسلم

بدأ الاسلام غريبا و سيعود غريبا كما بدأ
فطوبى للغرباء

sabda Rasulullah SAW:

"Islam bermula dengan dagang, dan akan kembali dagang, maka beruntunglah orang-orang yang dagang"


...غرباء...غرباء...غرباء...غرباء

ghurabaa'...ghurabaa'...ghurabaa'...ghurabaa'...


غرباء ولغيرالله لا نحنى الجباة

ghurabaa' tidak sujud kepada selain Allah


غرباء وارتضينا ها شعارا للحياة

ghurabaa' telah memilih ini sebagai syiar (lambang) kehidupan


أن تسأل عنا فأنا لا نبال بالتغاة

sekiranya kamu bertanya tentang kami, sesungguhnya kami tidak kisah akan pemerintah yang zalim


نحن جندالله دوما دربنا درب الأباة

kami tentera Allah, jalan kami jalan yang telah ditempah



...غرباء...غرباء...غرباء...غرباء

ghurabaa'...ghurabaa'...ghurabaa'...ghurabaa'...


لن نبال للقيود بل سنمضى للخلود

kami tidak peduli akan rantaian yang mengikat, kami akan terus mara untuk akhirnya


فلنجاهد ونناضل ونقاتل من جديد

maka marilah kita berjuang dan berlawan serta berperang dari langkah terawal


غرباء...هكذا الاحرارفي دنيا العبيد

ghurabaa'...inilah kemerdekaan dalam dunia hamba


...غرباء...غرباء...غرباء...غرباء

ghurabaa'...ghurabaa'...ghurabaa'...ghurabaa'...


كم تذاكرنا زمانا نحن يوم كنّا سعداء

berapa kalikah waktu gembira yang dapat kita ingat


بكتاب الله نتلوه صباحا ومساء

dalam kitab Allah, kita membacanya pagi dan petang



...غرباء...غرباء...غرباء...غرباء

ghurabaa'...ghurabaa'...ghurabaa'...ghurabaa'...


20081227

soalnya hati...


angin malam menyapa sejuk...
mendengar bingkisan hati seorang insan...
terusik lantas berbisik...
salahkah kembaraku..?
kembara seorang insan mencari tuhan...?
aisha merenung lembut sahabatnya di hadapan. mukanya tenang mengukir senyuman tetapi hanya Allah yang tahu getaran di jiwanya. sesekali perasaannya bertelagah. antara dua bisikan manakah yang membimbingnya ke arah kebenaran? kenapa dia tidak kuat untuk istiqamah dengan apa yang dia sandarkan?

hari ini dia betul-betul lelah dengan mehnah kehidupan. seharian dia berkurung di dalam bilik yang sederhana luasnya setelah kering air mata yang dia tumpahkan kerana terlalu penat. perasaannya bercampur baur. antara persahabatan, keluarga, pelajaran dan mujahadahnya mencari identiti diri di bumi barakah ini, dia tewas.

"tolong la...kau tu bukannya baik sangat. konon menjaga..kalau setakat luaran baik, dalaman kalah perempuan yang tak pakai tudung, buat apa??!"

dia bencikan bisikan itu. hatinya berbisik mengadu tetapi sering ditelingkah oleh satu bisikan lain. terasa pedih namun kadang-kadang hatinya mengakui hakikat itu. terasa dia hanya pandai bercakap tetapi tidak mengamalkan. tidak..! dia mengamalkan tetapi tidak cukup kuat untuk beristiqamah. ya..dia kadang-kadang kalah dalam mujahadahnya.

"sha, memang kesian la kan. kite fikir camtu camni tapi yang rase tu dia, bukan kite. isk..kite dah minta maaf kat dia. baru tahu kisahnya begitu. kite kesian la.."

aisha membisu. malam itu dia didatangi sahabat baiknya, membawa cerita baru. seperti kebiasaannya mereka berkongsi, aisha memasang telinga. dia hanya mendengar tanpa mengulas. terbayang insan yang dimaksudkan. insan yang baru dikenali. insan yang pernah dianggap sebagai sahabat. insan yang datang setiap kali dia dalam kesedihan. insan yang dia jauhkan diri kerana berpegang pada hakikat sebenar persahabatan.

aisha ingin kuat dengan pegangannya namun sesekali dia goyah. kalau dia tidak pernah menegaskan apa-apa pasti dirinya menjadi pilihan untuk meluahkan perasaan. tempat untuk berkongsi cerita. bukankah itu salah satu daripada erti persahabatan? seringkali dia dalam dilema. salahkah? salahkah?

ahh, biarlah! hatinya meningkah. secepat kilat bibirnya beristighfar. terasa dirinya tidak cukup ditarbiyah. dia selesa berkeadaan begitu. jauh daripada difitnah dan menjadi fitnah. bukankah fitnah yang terbesar bagi kaum adam adalah wanita?
seperti sabda Rasulullah SAW:

فَاتَّقُوا الدُّنْيَا وَاتَّقُوا النِّسَاءَ ، فَإنَّ أوَّلَ فِتْنَةِ بَنِي إسْرَائِيلَ كَانَتْ في النِّسَاءِ

~Takutlah pada dunia dan takutlah pada wanita kerana fitnah pertama pada Bani Israel adalah pada wanita


"sha, kite baru tau yang diorang tu dah mengikat janji. teruknya kite su'uzzon dengan diorang, kan?" suara sakinah kembali menyapa cuping telinganya. dia memandang dalam mata sahabatnya.

"sejauh manalah ikatan mereka dengan janji yang tak pasti? mereka bukannya dah bertunang," sahut aisha.

aisha didatangi bayangan seseorang yang jauh. seseorang yang amat bermakna. seseorang yang pernah memberi janji. dia berkata atas dasar dirinya sendiri, bukanlah orang yang menjadi topik perbualannya. kenangan demi kenangan bertandang tanpa diundang. dia seperti sudah tidak berperasaan walaupun dia sedar, jauh dilubuk hatinya ada sesuatu yang halus menggigit.

tapi salahkah tindakannya membuang cinta insan untuk mengejar cinta Tuhan? tidak kuatkah dia untuk hidup berpegangkan janji-janji Tuhan semata? perlukah dia akan cinta insan yang tidak pasti?

aisha merembeskan air matanya lagi setelah sahabatnya berlalu meminta diri. dia lemah sebenarnya. amat lemah. pengorbanannya mengenepikan rasa cinta pada manusia seakan-akan sia semata apabila cinta Ilahi yang didambakan terasa jauh menyisih. dalam keazamannya mengejar cinta Allah, dia tersungkur. kemanisannya tidak kekal. hatinya memberontak penat. tiadakah belas kasihanMu untuk hamba yang dhaif ini, ya Allah?? hanya cintaMu yang kudambakan, ya Allah...

namun aisha sedar sendiri. dia amat yakin dengan janji-janji Allah. kalamNya menyejukkan hati, menabur kata yang pasti dikotakan. seseorang itu amat baik pada pandangannya dan hanya wanita yang baik layak berdamping dengannya. dia tidak mahu menjadi punca kelalaian seorang adam. andai ada pertemuan pasti hati mereka diikat dalam keredhaanNya.


الخبيثت للخبيثين والخبيثون للحبيثت والطيبت للطيبين والطيبون للطيبت
perempuan-perempuan yang keji untuk lelaki-lelaki yang keji dan lelaki-lelaki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji manakala perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik...
-annur:26-


...ujian itu tarbiyah daripada Allah. semakin dekat bahtera diri kepadaNya, semakin kuat taufan melanda. biar rebah, usah berubah. biar terbuang, terus berjuang. senyum mujahid mencari syahid...

20081224

dengarlah bisikan itu...


pada bisikan itu...ada angin yang menyapa...
pada bisikan itu...ada mentari yang menyinar...
pada bisikan itu...ada hati yang tertanya...
pada bisikan itu...aku sujud menyembahNya...


insan bernama manusia suka mendengar bisikan hati orang lain. kisah kehidupan, rahsia, suka dan duka insan disampingnya. lebih-lebih lagi apabila terikat dengan ikatan persahabatan, saudara dan sebagainya. dan seringkali insan sebegini lupa untuk mendengar bisikan yang lebih dekat daripada ikatan-ikatan sebegitu. bisikan yang datang dari dirinya sendiri. pernahkah seseorang itu cuba mendengar bisikan hatinya sendiri?

Bisikan yang bergema dalam hati sebenarnya berkisar mengenai urusan dunia dan akhirat, yang mana lebih sering kedengaran bergantung kepada pilihan sendiri. Kadangkala suara mengenai kenikmatan dunia dan kesulitan menguasainya lebih kuat bergema berbanding bisikan impian indah akhirat atau ancaman azab.
Nasib seseorang amat bergantung kepada kebijaksanaan dalam memilih dua bisikan. Bisikan syaitan atau malaikat, bisikan iman atau kufur, takwa atau maksiat. Setiap saat manusia diberi dua pilihan dan diperdengarkan dua bisikan yang silih berganti datang mempengaruhi amal perbuatannya. Sesungguhnya bisikan hati pangkal daripada kebaikan atau kejahatan.

Sesiapa yang mampu mengawal bisikan hatinya nescaya dia hanya mengeluarkan tekad, keyakinan dan cita-cita yang baik. Sebaliknya sesiapa yang dikawal oleh bisikan jahat hatinya, maka keluarlah niat jahat, dosa dan penuh maksiat.

فألهمها فجورها و تقوىها
قد أفلح من زكىها
وقد خاب من دسىها

~maka Dia mengilhamkan kepadanya jalan kejahatan dan ketakwaan [8]
~sungguh beruntung orang yang menyucikan jiwa itu [9]
~dan sungguh rugi orang yang mengotorinya [10]
-asysyams-

Rasulullah SAW bersabda membenarkan hakikat ini yang bermaksud: “Tiada seorang pun daripada kamu melainkan sudah diwakili bersamanya seorang teman daripada jin dan malaikat. Sahabat bertanya: Walaupun dirimu sendiri wahai Rasulullah? Baginda bersabda: Ya, sehingga saya sendiri pun tetapi Allah menolongku menghadapinya lalu dia menyerah diri dan tidak menyuruhku melainkan kebaikan.”
-Hadis riwayat Imam Muslim dan Imam Ahmad-

Bukankah Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa syaitan mengalir bersama aliran darah anak Adam? Jika kita boleh terus beringat dan menegur diri sendiri bahawa ada bisikan yang mesti kita pilih serta jangan melupakan pengaruh malaikat dan jin dalam bisikan itu, nescaya kita berhati-hati melakukan suatu tindakan. Pergerakan tangan, kaki, mata, telinga dan hati yang memiliki lintasannya harus waspada, adakah berasal daripada bisikan jin atau malaikat.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya syaitan mempengaruhi lintasan hati anak Adam dan malaikat juga mempunyai pengaruh. Pengaruh syaitan ialah mengilhamkan manusia supaya melakukan kejahatan dan membantah kebenaran. Adapun lintasan malaikat ialah mengilhamkannya melakukan kebajikan dan membenarkan kebenaran.”
-Hadis Riwayat Al-Tirmizi, Al-Nasa’I dan Ibnu Hibban-

Bagi memastikan bisikan berasal daripada malaikat seseorang dituntut menyibukkan hati dengan empat amalan~

1) mendengar bisikan al-Quran
Lautan ilmu al-Quran dan hidayah yang menerangi jiwa belum lagi dihayati sepenuhnya, ramai yang menumpukan perhatian kepada tajwid dan alunan suara indah ketika membaca al-Quran tetapi sayangnya tidak diseimbangkan dengan kajian tafsir seterusnya mengamalkan ayat yang menjadi inspirasi dalam hidup mereka. Al-Quran menjadi bahan bacaan yang menghibur di luar dinding hati, namun tidak sampai menyentuh ke dasar hati mereka apatah lagi mempengaruhi pemikiran dan perasaan. Semua itu menjadi mustahil kerana kesilapan mengabaikan kajian tafsir.

Apabila hati disibukkan dengan mendengar bisikan al-Quran nescaya yang menemani kita adalah malaikat yang suci. Sejauh manakah kedudukan al-Quran dalam kehidupan seharian? Adakah kita memberi perhatian istimewa kepadanya seperti masa untuk berhibur dan bersantai? Mengapa banyak masa dihamburkan untuk hiburan dan meluangkan hanya sedikit untuk al-Quran? Cukuplah seseorang kehilangan bisikan dan ilham Allah jika ia cuai terhadap kalam-Nya.

Perkara yang mesti diingat ketika mengkaji al-Quran iaitu sesungguhnya kita sedang menikmati bisikan Allah yang harus diperhatikan dengan tumpuan sempurna supaya tidak lenyap dan senyap suara hidayah-Nya daripada hati kita.
apabila hati sibuk mendengar ayat Allah, apakah mungkin dia berpaling mencari ayat syaitan? mintalah pertolongan kepada Allah supaya hati kita dijauhi daripada gangguan jin dan syaitan serta kejahatan hawa nafsu diri sendiri.

2) mendengar bisikan mengenai Allah
Manusia mesti mencari sesuatu dalam hidupnya, mencari kebahagiaan dengan harta, ilmu, jawatan tinggi dan mereka mampu mencapai impian dengan baik. Namun, apabila semua sudah diperoleh hati menjadi tidak tenang, takut jatuh dan hilang segala-gala yang dimiliki. Semakin kabur jalan menuju kebahagiaan hakiki. Rupa-rupanya harta dan pangkat tidak mampu memberi kebahagiaan sebenar bahkan menjerumuskan ke jurang azab dunia yang lebih dalam. Akhirnya mereka menemukan jawapan terhadap permasalahan dihadapi.
Saat harta tidak mampu menyelamatkan diri daripada penyakit, maka mereka kembali kepada Allah yang Maha Menyembuh, ketika pangkat tidak boleh menutupi jenayah daripada undang-undang manusia, baru hati tergerak mencari pertolongan Allah Yang Maha Pengampun. Hanya Dia yang mampu menutup aib hamba-Nya. Saat genting melihat kelibat Malaikat Izrail baru mencari rahmat Allah.
Ketenteraman hati hanya dapat dirasai dengan meletakkan diri, harta dan kedudukan sentiasa berdampingan bersama Allah. Jika diri mahu berasa kuat berdampinganlah dengan yang Maha Kuat, apabila mahu menjadi manusia yang tahan cabaran dan ujian, sentiasa cekal dan tidak habis tenaga memenangi perlawanan dengan syaitan serta hawa nafsu sendiri.
Ambil kekuatan itu dengan berada di sisi Yang Maha Berkuasa ke atas seluruh makhluk. Ketika kita semakin dekat dan mengenali sifat-Nya, nama-Nya yang agung dan perbuatan-Nya yang tidak cacat cela ke atas makhluk, kemudian hati pun tunduk dan mengagumi kesempurnaan-Nya, kita semakin hampir ke jalan bahagia yang sebenar.
Bisikkan hati supaya mengenali Allah, sebelum anda dibisikkan oleh syaitan yang menakutkan mengenai kemiskinan, kerugian dan kejatuhan. Sesungguhnya syaitan mempengaruhi manusia supaya mengikuti pandangannya dan mengambil langkah yang disyorkannya. Selepas mengenal sifat Allah, nama-Nya yang indah dan perbuatan-Nya terhadap makhluk yang tiada cacat cela, kita dituntut mendengar bisikan hati mengenai kurniaan Allah sepanjang hidup ini.
Ketika kita kerugian harta puluhan ribu ringgit sehari, ada kala kita tidak ingat Allah memberi banyak lagi daripada yang diambil-Nya. Ketika anak sakit seminggu adakah kita bersyukur kerana Allah memberi kesihatan kepadanya selama bertahun-tahun? Banyak lagi perkara ajaib dan hebat di sekitar kita yang menunjukkan kebesaran Allah. Tidak cukup masa kita untuk memikirkan mengenai Allah kerana ilmu-Nya tidak tercapai oleh akal manusia yang terbatas.

3) mendengar bisikan mengenai aib diri

Bisikan yang baik untuk hati manusia ialah suara yang menyatakan aibnya secara telus dan terang. Bisikan ini berasal daripada malaikat yang sentiasa mengingatkan banyaknya cacat cela manusia supaya mereka malu dan takut kepada Allah kemudian berusaha memperbaiki kelemahan diri.

4) mendengar bisikan banyaknya kewajipan dan sedikitnya masa
Dalam keadaan lalai, manusia lupa betapa banyak tanggungjawab dan berat amanah yang mesti digalas. Sikap suka melengahkan amal pernah dialami seorang sahabat yang tertinggal dalam Perang Tabuk melawan Rom. Ka’ab Malik dan dua lagi sahabat Rasulullah SAW tertinggal daripada pasukan dipimpin Rasulullah SAW. Ka’ab menceritakan selepas Rasulullah SAW keluar dari Madinah, dia tertinggal dan setiap pagi dia memasang pelana kudanya dan berkata: “Aku akan menyusul mereka”, tetapi dia tidak melakukannya, dia berbuat begitu setiap hari sehingga akhirnya dia tidak dapat menyusul tentera Rasulullah SAW.

~hati yang suka mendengar bisikan dari langit, bertemankan malaikat yang menasihati kebaikan dan ketaatan adalah hati yang bersih dan layak dijatuhi pandangan rahmatNya...~

angin mujahadah kembali menyapa...tatkala hati semakin leka...takkan kubiarkan awan yang kujaga seputih kapas...tersejat berat...memendung hitam...

20081223

kembara insan mencari tuhan...

Kurenung awan…gelap pekat…mengelamun sendiri…memikirkan hati yang hebat berdebat…awan, bisakah kau khabarkan apa yang aku cari..??


Awan: aku sang awan datang membawa perkhabaran...

Hati: khabarkan wahai sang awan...
ubatilah hatiku yang resah ini...

Awan: xdapat aku nak sampaikan perkhabaran itu...kerna amat sukar bagiku menelaah
apa yang tersirat di hatimu...

Hati: mengapa...?
fahamilah hatiku wahai sang awan..
bisikkan padaku..
kata nan indah..
agar dapat kubuang...
segala yang gundah...

Awan: aku bukan si tilik apatah lagi si pendeta
aku hanyalah sang awan yang memenuhi segenap langit
buat teduhan insan..
walau aku bukan jua pujangga
akan ku cuba bisikkan kata nan indah buatmu
untuk mengusir yang kusut dan kacau...

Hati: bicaralah padaku..
apa sahaja..
akan kusimpan disudut hati ini..
kerna kaulah awanku..
pengusir gundah...
bicarakanlah...
bicarakanlah...

Awan: sungguh apa yang terbuku dihatimu itu
tiada aku tahu puncanya…
apakah yang sedang hatimu itu debatkan??
jika kerna kembara insan mencari tuhan yang penuh mehnah ini…
sabarlah wahai hati
kamu tidak sendirian..
sesungguhnya hati sang awan sentiasa disampingmu
ingatlah Allah..bergantunglah padaNya..
nescaya kamu akan tenang...

kurenung dan terus merenung...mengharapkan awan kembali putih...menjawab segala hujah hati...awan, berbicaralah padaku...agar hati ini yakin dengan apa yang dicari...

^frens^

 
Copyright ^(U)mbReLLa^ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .