RSS

20081227

soalnya hati...


angin malam menyapa sejuk...
mendengar bingkisan hati seorang insan...
terusik lantas berbisik...
salahkah kembaraku..?
kembara seorang insan mencari tuhan...?
aisha merenung lembut sahabatnya di hadapan. mukanya tenang mengukir senyuman tetapi hanya Allah yang tahu getaran di jiwanya. sesekali perasaannya bertelagah. antara dua bisikan manakah yang membimbingnya ke arah kebenaran? kenapa dia tidak kuat untuk istiqamah dengan apa yang dia sandarkan?

hari ini dia betul-betul lelah dengan mehnah kehidupan. seharian dia berkurung di dalam bilik yang sederhana luasnya setelah kering air mata yang dia tumpahkan kerana terlalu penat. perasaannya bercampur baur. antara persahabatan, keluarga, pelajaran dan mujahadahnya mencari identiti diri di bumi barakah ini, dia tewas.

"tolong la...kau tu bukannya baik sangat. konon menjaga..kalau setakat luaran baik, dalaman kalah perempuan yang tak pakai tudung, buat apa??!"

dia bencikan bisikan itu. hatinya berbisik mengadu tetapi sering ditelingkah oleh satu bisikan lain. terasa pedih namun kadang-kadang hatinya mengakui hakikat itu. terasa dia hanya pandai bercakap tetapi tidak mengamalkan. tidak..! dia mengamalkan tetapi tidak cukup kuat untuk beristiqamah. ya..dia kadang-kadang kalah dalam mujahadahnya.

"sha, memang kesian la kan. kite fikir camtu camni tapi yang rase tu dia, bukan kite. isk..kite dah minta maaf kat dia. baru tahu kisahnya begitu. kite kesian la.."

aisha membisu. malam itu dia didatangi sahabat baiknya, membawa cerita baru. seperti kebiasaannya mereka berkongsi, aisha memasang telinga. dia hanya mendengar tanpa mengulas. terbayang insan yang dimaksudkan. insan yang baru dikenali. insan yang pernah dianggap sebagai sahabat. insan yang datang setiap kali dia dalam kesedihan. insan yang dia jauhkan diri kerana berpegang pada hakikat sebenar persahabatan.

aisha ingin kuat dengan pegangannya namun sesekali dia goyah. kalau dia tidak pernah menegaskan apa-apa pasti dirinya menjadi pilihan untuk meluahkan perasaan. tempat untuk berkongsi cerita. bukankah itu salah satu daripada erti persahabatan? seringkali dia dalam dilema. salahkah? salahkah?

ahh, biarlah! hatinya meningkah. secepat kilat bibirnya beristighfar. terasa dirinya tidak cukup ditarbiyah. dia selesa berkeadaan begitu. jauh daripada difitnah dan menjadi fitnah. bukankah fitnah yang terbesar bagi kaum adam adalah wanita?
seperti sabda Rasulullah SAW:

فَاتَّقُوا الدُّنْيَا وَاتَّقُوا النِّسَاءَ ، فَإنَّ أوَّلَ فِتْنَةِ بَنِي إسْرَائِيلَ كَانَتْ في النِّسَاءِ

~Takutlah pada dunia dan takutlah pada wanita kerana fitnah pertama pada Bani Israel adalah pada wanita


"sha, kite baru tau yang diorang tu dah mengikat janji. teruknya kite su'uzzon dengan diorang, kan?" suara sakinah kembali menyapa cuping telinganya. dia memandang dalam mata sahabatnya.

"sejauh manalah ikatan mereka dengan janji yang tak pasti? mereka bukannya dah bertunang," sahut aisha.

aisha didatangi bayangan seseorang yang jauh. seseorang yang amat bermakna. seseorang yang pernah memberi janji. dia berkata atas dasar dirinya sendiri, bukanlah orang yang menjadi topik perbualannya. kenangan demi kenangan bertandang tanpa diundang. dia seperti sudah tidak berperasaan walaupun dia sedar, jauh dilubuk hatinya ada sesuatu yang halus menggigit.

tapi salahkah tindakannya membuang cinta insan untuk mengejar cinta Tuhan? tidak kuatkah dia untuk hidup berpegangkan janji-janji Tuhan semata? perlukah dia akan cinta insan yang tidak pasti?

aisha merembeskan air matanya lagi setelah sahabatnya berlalu meminta diri. dia lemah sebenarnya. amat lemah. pengorbanannya mengenepikan rasa cinta pada manusia seakan-akan sia semata apabila cinta Ilahi yang didambakan terasa jauh menyisih. dalam keazamannya mengejar cinta Allah, dia tersungkur. kemanisannya tidak kekal. hatinya memberontak penat. tiadakah belas kasihanMu untuk hamba yang dhaif ini, ya Allah?? hanya cintaMu yang kudambakan, ya Allah...

namun aisha sedar sendiri. dia amat yakin dengan janji-janji Allah. kalamNya menyejukkan hati, menabur kata yang pasti dikotakan. seseorang itu amat baik pada pandangannya dan hanya wanita yang baik layak berdamping dengannya. dia tidak mahu menjadi punca kelalaian seorang adam. andai ada pertemuan pasti hati mereka diikat dalam keredhaanNya.


الخبيثت للخبيثين والخبيثون للحبيثت والطيبت للطيبين والطيبون للطيبت
perempuan-perempuan yang keji untuk lelaki-lelaki yang keji dan lelaki-lelaki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji manakala perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik...
-annur:26-


...ujian itu tarbiyah daripada Allah. semakin dekat bahtera diri kepadaNya, semakin kuat taufan melanda. biar rebah, usah berubah. biar terbuang, terus berjuang. senyum mujahid mencari syahid...

^frens^

 
Copyright ^(U)mbReLLa^ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .