RSS

20141018

gadis kecil.


pernah dahulu saya bicarakan, tentang pandangan mata yang bisa menipu. sehari-hari dalam hidup saya semaikan agar kejap tertanam; jangan pernah mengukur manusia dari luar, sebab kita tidak pernah tahu bagaimana rasanya memakai kasut yang tersarung pada kakinya.

dan sebab masa hadapan itu begitu rahsia dalam genggaman Tuhan, tidak pernah kita mempunyai kuasa andai Dia membolak-balikkan kehidupan kita.

dan begitu saya lambat membaca kehidupan, begitu gusar saya mengatur langkah. kerana hiris-hiris luka masih lagi berbekas pada lutut. dan lagi Dia hantarkan luka paling dalam.

bagaimana seorang ibu boleh menjadi ibu? bagaimana seorang ibu, yang permulaannya hanya seorang gadis kecil (yang berani menjudikan kepercayaan pada seorang lelaki asing bergelar suami), kini menawarkan kepercayaan pada sebentuk janin (hanya kerana ia wujud dalam rahimnya)?

anehnya.

terlalu aneh.

saat saya melewati dirinya, harum kasturi semerbak. dan saya hanya mampu menghantarkan pandangan, penuh cinta. kerana bibir saya masih degil, berdiam seribu bahasa.

2 comments:

  1. :') Deepnya. Kenapa jarang sangat akk tulis sekarang. Sob sob. -pembacasetia-

    ReplyDelete
  2. to bawah bumi

    sobsob juga. couldnt figure out why so, entahlah. >.<

    ena lah double the effort. tengah2 cuti ni, tulis banyak2 tau. akak pun #pembacasetia ena jugak~ =D <3

    ReplyDelete

(B)aja terbaik adalah yang berhikmah~

^frens^

 
Copyright ^(U)mbReLLa^ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .