RSS

20121107

kilau~


entah pada pagi itu, apa yang mengheret langkahku menyusuri tebing sungai. seusai subuh, sendiri melangkah.

mungkin jiwa kosong, yang sentiasa ubatnya pada bentang alam. mungkin juga ngiang katamu, bersungguh mengajak suatu ketika. mungkin juga, langkah itu aturan Tuhan, yang padaNya terpegang kemas bolak hatiku.

entah juga pada pagi itu, apa yang mengheret langkahmu sama menyusuri tebing sungai. seufuk mentari di timur mula mengintai.

mungkin jiwa penuh, yang sentiasa menghargai bentang alam. mungkin juga ngiang kataNya, sentiasa mengajak menjanjikan bahagia. mungkin juga, langkah itu aturan Tuhan, yang menemukan kita pada setentang jalan.

lalu pada ketika diriku mengisi bebola matamu. sedayaku mencuba mengukirmu dalam sepet mataku. lantaran silau yang menyukarkannya.

yang aku percaya, datangnya bukan dari mentari yang memanjat langit di belakangmu, tapi darimu yang berkilau penuh cahaya.

lalu saat mesra ajakanmu menanti titi mentari, bisik hatiku penuh segan;

"bersamamu, mentari sentiasa terbit. aku harap saat jauhnya kita, umpama terbenam mentari. tetap indah, dan pasti kembali muncul setelah berlalu malam."

dan aku rasakan genggamanmu yang semakin mengerat seolah bisik itu kau dengari.

sekurangnya aku pasti, Dia mendengari.

1 comment:

  1. Anonymous7/11/12 17:09

    mmg nice.. ini bacaca entri2 kat sini mmg sentiasa buat diri sendiri kagum.. juga mahu jadi org yg pandai berbahasa.. tapi try2 mmg xjadi.. mungkin xde bakat yg semulajadi.. =)

    ReplyDelete

(B)aja terbaik adalah yang berhikmah~

^frens^

 
Copyright ^(U)mbReLLa^ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .