RSS

20121020

aiham~



"inikah yang dinamakan cinta?"


*****

empat hari di Hospital Ramtha. aiham berjaya mencuri hati saya. perkenalan singkat kami bermula apabila doktor menjadikan beliau sebagai patient PE. beliau menurut seadanya tanpa banyak kerenah.

di akhir pertemuan pertama kami, saya menghulur sebatang lolly pop. sambil memintanya bersalam gaya lelaki arab. dengan usapan pada kepalanya, saya berlalu.

waktu rehat, saya berjalan-jalan sekitar wad. mencari teman berbual dalam bahasa arab. tanpa sengaja saya memasuki biliknya dan menegurnya yang kebetulan sedang bermain-main. dia terus mendekati ibunya.

"tadi aiham bertanya, kenapa Doktor bagi lolly pop?" ibunya membuka cerita. "saya jawab, sebab aiham ni budak pandai~"

aiham di sisinya tersipu-sipu. "betul lah tu, aiham. kamu memang budak pandai," saya mengiakan.

saya cuba berbual dengannya tapi dia hanya membisu. kata ibunya, dia terlalu malu. saya tersenyum dan meneruskan perbualan dengan ibunya.

kata ibunya, aiham merupakan salah satu nama jenis singa. tapi aiham ini langsung tak kuat seperti singa. saya ketawa, terkilas saya terpandang dia tersenyum tapi cepat-cepat mematikan senyumannya apabila saya memandangnya.

"bila kamu besar, kamu akan jadi kuat macam singa, kan aiham?" saya mengusap kepalanya. dia masih lagi membisu.

sejak hari itu, hari-hari seterusnya saya terus mengambil kesempatan menegur dan cuba berbual dengan aiham. dan dia masih diam, dan malu seperti itu.

dan setiap hari, pasti dia mendapat gula-gula dari saya. sehinggalah hari terakhir saya di hospital Ramtha, dia masih belum ingin berbual dengan saya.

meskipun untuk sebuah ucapan terima kasih.

"aiham, hari ini hari terakhir tau saya kat sini. cakaplah sesuatu."

senyap.

"yallah aiham. peluk doktor tu." dan dia menurut! bahagia sungguh!

saya keluarkan mentos dan hulur padanya. cepat-cepat dia mengambil.

"saya sukakan awak, aiham. semoga kita jumpa lagi~"

dan dia terus membisu.

ketika kami sedang menunggu bas di luar hospital, tanpa disangka-sangka, aiham menjerit dari tingkap tingkat paling atas itu. cukup kuat untuk saya menyedarinya. saya terjerit namanya (dan semua pakcik makcik pandang. malu jugak~ =.=)

saya melambai. dan dia membalas. menjerit sesuatu yang tidak jelas pada pendengaran saya.

bahagia.

mungkin katanya,

"saya juga sukakan awak, Doktor~"

=)))))

nota kaki: motif sangat post ni. haha~ >.<

6 comments:

  1. manis betul entry ni.

    like!

    patut masuk kot putih!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. kot putih dah tinggal kenangan kot. harapan laa nak republish~

      =D

      Delete
  2. Alahai.. mahu jatuh cinta sama Aiham jugak boleh, intan-chan? heh


    *alaa..muka kotak-kotak. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. manaaaaaa boleehhhh~!
      hey, sorang je boleh panggil intan, intan-chan okay~ >.<

      *haha. pulangkan paku serpih nampak~ =PP

      Delete

(B)aja terbaik adalah yang berhikmah~

^frens^

 
Copyright ^(U)mbReLLa^ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .