RSS

20120718

mengejar mentari~

mengapa kau hadir...
memberi cahaya...
menjanjikan harapan?


dia penasaran. langkahnya berlari-lari anak kini. matahari dihujung jalan semakin malu ingin bersembunyi. kelam bukit semakin gah, seolah tersenyum menyindir.'kau takkan mampu mengejar kecintaanmu ini. dia akan tenggelam di sebalik tubuh besarku.' 

"ish. kerja gila. akak, malu la berlari macam ni."

"tapi matahari dah nak terbenam."

tidak mengendahkan, dia terus berlari. bola oren itu semakin berani dipanah dengan pandangan matanya. cahaya yang tertebar disekelilingnya menambahkan cinta. 'aku mesti mendapatkannya!'

menarik nafas panjang, langkahnya makin perlahan. degupan jantungnya juga makin beransur tenang. wajah mentari sudah tidak kelihatan. hanya biasan cahaya yang mengubat rasa walangnya. dia menghirup baki chocolate milkshake di tangan. kebiasaan yang dia cari saat tekanan rasa meninggi.

"ah, terlambat beberapa minit sahaja." tasha mula sampai di sisi. berhenti seiring. di tangannya juga ada segelas jus mangga. adibah juga tercungap.

"kak umai?"

dia kaku. merenung kosong cahaya berbaki. sayang ingin melepaskan tetapi dia sedar, ia tetap menghilang. senyuman bermain di bibir.

begini rupanya perasaan mengejar mentari. begini rupanya perasaan mengejar sesuatu yang hadirnya memberi harapan, penuh keindahan. namun kemudian meninggalkan, tanpa sebarang janji untuk dimiliki.

cuma yang pasti, dialah si bodoh yang akan tetap meraikan kedatangannya esok pagi!


*****

kerana mentari itu memegang semua rahsia manusia.
menjadi saksi semua cerita kita.

toughest, unpredictable summer sem. bitter sweet. upside down.

what else are exact words to describe it? never turn out to be what i've planned so far. but of course it turned out to be what He had planned so long.

until now He never fail to amaze me. how powerful He is.

and hey, i'm trying to stay strong.
so, you should too~



nota kaki: JUST yang keji. jangan terkejut kalau saya refund tiket dan beraya di Jordan. tapi siapa nak tolong belikan barang-barang klinikal nanti? macam mana saya nak peluk cium 9 orang budak tu nanti? isk. ='(




kemudian kau berlalu...
tenggelam hilang...
tanpa perasaan...

2 comments:

  1. apasal nak refund tiket?

    apa cer?

    ReplyDelete
    Replies
    1. cer tu apa?

      JUST main tarik tali dengan tarikh exam. tapi dah setel, alhamdulillah~

      Delete

(B)aja terbaik adalah yang berhikmah~

^frens^

 
Copyright ^(U)mbReLLa^ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .