kepuasan terpancar...
indah berbicara...
"intan, kita dah jadi mamaaa~"
itu ayat pertama yang arwa ucapkan melihat kehadiran saya di wad tadi. saya yang tersenyum lebar, bertambah lebar. aduh. bisa benar. menyusup ke lubuk yang paling dalam saya rasakan.
ayat itu bukan ayat memaklumkan, "aku telah selamat melahirkan anak". bukan ayat memberitahu "sakitnya melahirkan seorang putera."
tapi ayat itu, ayat iktiraf penuh 'izzah,
"aku kini lengkap sebagai seorang wanita. di sisi suami, aku setia menjadi bidadari syurga rumahtangga dan untuknya aku hadiahkan seorang Umar. pasti kudidik supaya dia menjadi saham untuk kami kekal bersama melangkah ke syurga."
tahniah buah Arwa dan Aziz.
buat Umar bin Abdul Aziz, semoga kamu membesar seperti seorang khalifah yang pernah menjadi kebanggaan dunia Islam.
*****
ohoi!
saya pun dapat baby jugak arwaaa~!
opps. babIES.
hehe.
hehe.
malam sehari sebelum exam Ro buat kejutan. sedar-sedar dah bersih sebijik bawah katil. dia pulak bukan main aktif berlari sini sana dengan perut boyot. saya dan housemates je yang cuak lebih, paksa-paksa Ro masuk kotak 'delivery' dia. haih.
tunggu 2 jam sampai pukul 11. tak ada tanda-tanda untuk second birth. 'doktor' ni pun tutup lampu ER, masuk tidur. haha. (dah la banyak lagi tak cover material UGS time tu). bangun balik pukul 2 pagi, pergi 'lawat' patient, dan dan Ro tengah meneran.
yeay! keluar second baby. raba-raba perut, macam ada lagi. haisy. kalau tak keluar cepat, boleh lemas third baby ni. dan ya, the third one keluar tadi, 2 hari selepas previous 2 babies. tak dapat diselamatkan. innalillah~
4th gen kids, welcome to the world!
lalala~
happy 15 hari.
UGS dah serah pada Tuhan. semoga Dia tentukan yang terbaik.
ada yang bicarakan pada saya. katanya,
senyum. angguk. setuju.
=)
CNSain! cant wait to see you!
ada yang bicarakan pada saya. katanya,
sudah tiba masanya,
keyakinan (setelah kepercayaan) pada kuasa usaha,
beralih padu pada kuasa Tuhan.
senyum. angguk. setuju.
=)
CNSain! cant wait to see you!
err. baiklah. ethics dan management jugak. haha
YOSH!
=)
=)
ihiks. tiada nama lagi. siapa nak cadangkan? dengan syarat ada huruf 'R'~ =) |
si sulung oren putih. si bongsu putihhhh banyak tapi ada tompok-tompok oren jugak. |
haih. memang warna Ro warna dominant.
izzah, nampak gayanya Ro memang ikut tuan dia. memilih. haha~
=pp
redup mataku...
kegembiraan terpancar...
berkongsi rasa...
SubhanaAllah~ cute sangat baby!!!
ReplyDeleteahahaha~
DeletesubhanaAllah, kan?
tapi cute lagi nunalifnunalif ni~
=D
tahniah Ro..
ReplyDeleteRo je?
Deleteahaha~
^^
congrats.
ReplyDelete:-)
thankyou~
DeleteNama Raihana sekarang tengah HOT! :P
ReplyDeletebiar betik nak intan letak nama Raihana.
Deleteletak betul kang.
haha~!
c(=
tak bole, laen cute kucing ni..hahaa... meh2 kenal ngan Tuah kite :P https://www.facebook.com/pages/TuAh/133586583365003
ReplyDeleteKalau jantan ROcky! Rembo!
Kalau Betina Rara! Riri! Roro! Rindu :P hehee~
peh. tercabar tengok. kucing alex ke tu? nanti kids ni besar putih gebu jugak punya. ahaha~
Deletehey! Rara tu on my list tau! memang ada hunch kita ni~
^_^
memilih rupenye si Ro nih..memilih yg putihhh lak tu.. :P
ReplyDeleteRoro
Roxy
Ropi <-- Melayu klasik
=P
ahaha~
Deletedalam maksud. sampai 3 h tu~
tuan Ro xde la macam tu skali. putih agama cukup la kan? (chewah!) >.<
menarik jugak Ropi tu. macam pernah dengar~
haha... booooo.. roooo... bossaaannn!! =P
ReplyDeleteapa2 pun tahniah krana telah membawa shngga 4th gen ke bumi.
booooo!
Deleteizzah bila lagi nak bawak 1st gen ke bumi?
ahaha~
=P
cess.. soalan x leh bla.
ReplyDeleteni msti effect bila dgr juniors rmi ckp psl kawin n nk kawin kan.
=P
kantoi di situ, izzah.
Deleteter affect keeeee? haha~
*angkat2kening*
ramai sungguh. intan doakan mereka (termasuk izzah) bahagialah di alam baru. hahaha(mbar)
=ppppp