RSS

20120414

PENCERAHAN: let's be friend, professionally~

kata mengetuk...
dari hati...
dengan nama Rabbi...


saya bukan orang yang layak. jauh sekali yang berilmu. mungkin ini hanya pandangan kosong, dari saya yang penuh kekurangan. mungkin ini hanya angan kosong, dari 3asi yang berharap syurga. dan mungkin ini hanya bicara kosong, dari manusia yang sentiasa alpa.

ketahuilah, jari saya menggigil untuk menari kali ini. jiwa saya berbolak-balik untuk menyusun ayat sebaik-baiknya. saya pernah jadi 'dulu'. dan mungkin ini saya 'sekarang'. tapi pastinya saya tidak tahu, apa saya pada 'masa depan'.

cuma setelah semuanya, saya sampai pada akhir keputusan. meraikan manusia, ya. tapi jangan sehingga terlebih daripada meraikan Dia.

dan buat anon yang terlalu meraikan saya, simpan sahaja pujian itu kemas-kemas di dalam dada. atau kembalikan sahaja pada yang Esa.

saya mohon, expectation jangan terlalu tinggi. seperti yang digambarkan oleh Imam At-tirmidzi, sifat iman itu menaik dan menurun. menaik dengan ketaatan dan menurun dengan kemaksiatan.

semoga Allah jadikan saya lebih baik daripada apa yang disangkakan. dan semoga tiada bau wangi yang terhasil dari asap amalan yang dibakar riya'. na3uzubillah~


*****

saya didatangi seorang lelaki. katanya, sampai bila saya harus begini. dia cemburu pada kawan-kawan lain, yang kelihatan mesra dengan kawan-kawan seperjuangan. berprogram, berhubung, berkawan. tapi tidak saya pasti sebebas mana maksudnya. saya tersenyum.

saya didatangi seorang lelaki lain. katanya saya menjengkelkannya. mendatanginya hanya jika memerlukan pertolongan. kemudian menghilang, tidak bertegur sapa setelah itu. bahkan tidak menjawab sembang kosong yang dihulurkannya. saya tersenyum.

saya didatangi seorang lelaki lain. yang menghulurkan sebuah pertanyaan, seandainya suatu hari nanti pada masa hadapan, kita terserempak di malaysia, di hospital mahupun di pusat membeli belah. apa yang akan kita buat? dia gelisah membayangkan awkward moment yang bakal dihadapinya. saya tersenyum.

saya didatangi seorang lelaki lain. yang bertanya, mengapa tiada istilah persahabatan antara lelaki dan perempuan? mengapa saya terlalu mensyadidkan sebuah persahabatan? saya tersenyum.


meraikan, jangan sampai berlebihan.

saya kira, saya 'bertemu' dengan ramai lelaki. pelbagai ragam dan perangai yang semuanya membuahkan senyum. semuanya pada saya guru yang mengajar.

saya biasa 'diserang' sejak tahun 1 di sini, yang pada awalnya membuahkan tangis tapi kini membuahkan senyum. kerana saya kira, itulah yang mahal. yang mengajar. yang melalikan dan menguatkan mental. dan mengajar saya untuk meraikan.

tapi pastinya, meraikan, jangan sehingga terlebih daripada meraikan Dia. saya berfikir dalam, kerana kepelbagaian yang Allah ciptakan ini, kita tak pernah tahu mana satu yang benar-benar Dia redha. mana satu tahap yang Dia mungkin kata, "kau telah meraikan dia lebih daripada Aku!"

dan untuk itu, semua tahu. di sisi kita ada al-Quran dan as-sunnah. yang jika kita berpegang padanya, kita takkan sesat. selama-lamanya.

cumanya, jangan tersalah sangka. tetap juga saya berpegang, apa istilah persahabatan antara lelaki dan perempuan. cuma marilah kita berkawan secara professional.

"duhai akhawat yang suka berjalan,
bila bertembung melarikan diri,
syabab ke kiri, anda ke kanan,
jumpa pak arab, tak pula begini"

ini rangkap pantun SEADS yang buat saya gelak tak henti. saya kira, isu ni akan berterusan dari generasi ke generasi. haha

saya juga termasuk dalam kalangan akhawat ini. dulu. ingat-ingat balik, gelak pula.

masa first year, saya dan kawan-kawan pernah masuk kedai entah apa-apa sebab dari jauh dah ternampak presiden PERMAI waktu itu. padahal pres waktu itu membelok ke kanan dan menghilang entah ke mana. sedangkan kami membazir waktu menunggu beliau yang tak lalu-lalu. haha

kami juga jenis yang pantang terserempak dengan lelaki, refleks nya, senyuman hilang. sehingga saya pernah ditegur indirectly, kerana dia terasa hati.

maaflah pada siapa yang pernah terkena. ketahuilah refleks itu adalah ANS yang tidak dikawal oleh otak. sensory nya masuk ke spinal cord dan terus keluar menghasilkan pergerakan.

dan hanya satu yang saya boleh katakan, pada saya, mungkin ketika itu saya kurang matang dan malu saya tidak bertempat sehingga melukakan hati orang di sekeliling saya.

sekurangnya sekarang, saya tak 'lari', tidak bermasam muka. meskipun tiada tegur sapa dan senyuman mesra.

cukuplah saya bersederhana sebegitu. tanda saya meraikan kalian. tanda saya menghormati kalian. dan kalian saya letakkan sebaris dengan 'pak arab'. kerana lelaki, bangsa apa pun tetap lelaki.


let's don't play with assumptions.

kadang saya rasa, kita selalu membayangkan perkara yang tidak berlaku sebagai perkara yang lebih indah dari yang sedang berlaku. dan kita berkeinginan perkara itu berlaku.

sebagai contoh, semalam sepulangnya dari kelas tasmik. saya terserempak dengan seorang kawan satu batch. saya kenali dia sebagai seorang yang mesra dengan semua orang. dan merendah diri. saya terpandang sebenarnya tapi dia melarikan matanya dengan gelabah. seolahnya tidak melihat saya.

saya tidak berkecil hati pun. bahkan kemudian saya tergelak pelik. hari itu, dia di kalangan kawan lelaki yang menyoalkan apa yang akan kita lakukan jika terserempak? this awkward moment.

lalu saya teringat pesan saya pada seorang sahabat apabila ditanyakan pendapat tentang suatu perkara.

"tapi kan long, adik rasa kalau benda yang along tak biasa, jangan cuba long. hati itu kan tenang pada kebaikan dan gelisah pada kemaksiatan."

saya pulangkan kata-kata ini pada diri sendiri. dan juga pada kawan-kawan yang bertanya soalan itu.

pada saya tiada masalah. that common sense doesn't need practices. pada suatu ketika kita bersua di masa hadapan, apabila di sisi kamu ada seorang teman perempuan, dan di sisi saya ada seorang teman lelaki, mari kita bertegur sapa. berbual sebagai seorang colleague.

pasti kita tersenyum dengan 'manis'nya kenangan 'bergaduh' ini.

ataupun bertandang saja ke rumah. berziarah. kita bertanya khabar ditemani ibu bapa saya. mereka langsung tiada masalah.

semuanya berpunca dari assumptions. kitalah yang suka menyangka apa yang kita tak tahu (sedang Allah lebih-lebih tahu) sebagai perkara yang lebih indah.

let's don't play with assumptions. it's killing us.

let's be friend, professionally~


lelaki, apa mahumu?

jika saya tanyakan,
lelaki, apa mahumu? apakah jawapan kalian?

saya pelik pada lelaki yang menyumpah seranah, perempuan yang bergaul, berpakaian bebas. menuduhnya punca nafsunya terangsang. ini mungkin dapat difahami.

tapi pada masa yang sama, dia menyumpah seranah perempuan yang menjaga pergaulan, menjaga pakaian. menuduhnya menyusahkan urusan, jumud dan tertutup.

dia menegur begitu begini namun apabila perempuan itu tergerak untuk meraikan, sekurangnya untuk tidak rasa dia menyusahkan, dia mengatakan yang perempuan ini tidak tetap pendirian.

saya juga pelik pada lelaki yang memandang kami sebagai terlalu tertutup. dan 'mengejek' kami dalam hal yang kami rasa betul. entah apa yang diharapkan, baru bergelar kawan. entah apa indikator yang mengiktiraf kita teman sekuliah.

lelaki, apa mahumu?
gurau mesra? bercanda? keluar makan bersama? saling berkongsi rasa? berkenalan sehingga benar tahu warna dan makanan kegemaran? bertukar hadiah? atau apa? baru boleh dikatakan kita saling mengenali?

sungguh lelaki begini, padamu tiada sifat syukur!

bersyukurlah, dengan kehadiran perempuan yang bersungguh ingin menjaga diri dan hatinya. kerana dia tahu, dia turut sama membantumu. kerana dia tahu, dia fitnah yang disebut-sebut sang Rasul. kerana dia tahu, dia ada kuasa yang boleh membuatkan seorang lelaki sujud pada kakinya!

kerana dia ingin benar mendapat redha Tuhannya. ingin benar bersama berkongsi syurga. sebesar ini cinta kami pada kalian. tidakkah kalian mempunyai perasaan yang sama?


mari saling menghormati.

saya bagi contoh, pernah satu ketika, saya memerlukan pertolongan. ketika itu saya ingin memindahkan sejumlah wang yang gak besar ke malaysia. semua tahu, dengan menggunakan western union atau sc, percentage yang dicaj sangat tinggi.

mengiklankan pertolongan, saya didatangi seorang senior. lelaki. dia sama ingin menggunakan duit di jordan. lalu atas dasar saling mempercayai, dia transfer terlebih dahulu RM dari bank malaysia ke bank ibu saya. sejumlah wang yang agak besar. dan setelah itu baru saya membayar beliau dengan wang JD.

dia kenal saya? tak. saya kenal dia? juga tak. (saya sekadar kenal nama sebab dia antara senior yang berpengaruh di sini). lalu atas dasar apa kami saling mempercayai?

saya bagi contoh kedua. pernah suatu malam, saya dalam perjalanan ke PUSKOM. melalui jalan dari syari3 jami3ah ke simsimah, saya melewati sekumpulan syabab yang (saya kira) mengejek kerana saya tiada murakib. sedangkan waktu itu baru dalam pukul 7.

dan saya bersangka baik, mungkin sahaja kerana banyak kes kebelakangan ini. (tapi sebenarnya, lagi beradab kalau mereka menawarkan pertolongan, kan? kalau saya ni jenis yang laser...haih!)

risau? ya, saya sebenarnya agak risau. dan alhamdulillah saya perasan seorang syabab yang sedari tadi berjalan di belakang saya. junior agaknya. memikirkan perjalanan yang masih jauh, keadaan yang agak riuh dan pedih diperli sedemikian rupa, saya berpaling ke belakang.

"nak ke mana?" belum sempat saya memulakan bicara, adik tu bertanya.

"PUSKOM, boleh?"

dia mengangguk. dan kami teruskan perjalanan.

dia kenal saya? tak. saya kenal dia? juga tak. lalu atas dasar apa dia menolong?

saya bagi contoh ketiga. pernah out of no where, kawan satu batch call. meminta pertolongan. waktu itu saya sibuk dengan satu program tapi bila difikirkan bentuk pertolongan yang diperlukan, saya sanggupkan sahaja. sebab saya mampu.

kami memang saling mengenali. satu batch. pernah beberapa kali bekerja bersama. tapi pernah kami berbual mesra? tak. bergurau senda, berbual kosong? tak. lalu atas dasar apa saya menolong?

saya bagi contoh keempat. pernah out of no where, adik junior meminta pertolongan saya menjaga adiknya yang kebetulan satu flight ketika pulang ke jordan tempoh hari. menguruskan visa segala. sehingga selamat tiba di queen alia airport.

kami pernah bekerja bersama. tapi pernah kami berbual mesra? tak. bergurau senda, berbual kosong? tak. dia juga pernah menawarkan pertolongan ketika saya sangat memerlukan. lalu atas dasar apa kami saling membantu?

saya tak lupa, kita, meskipun berbeza jantina, kita terikat dengan aqidah yang sama. lagi kukuh dari hubungan yang dibina dengan berbual mesra. lagi utuh dari hubungan yang dibina dengan berbalas hadiah. kita berhubung, diiringi redhaNya.

bagi saya, ini antara contoh definisi professionalism dalam muamalat. ini cara saya menghormati kalian. dan ini cara saya rasa dihormati.


hasanatul abrar, sayyiatul muqarrabin.

saya tidak pelik sebenarnya. sebab kata Sang Rasul, dinukilkan oleh Abu Hurairah dan diriwayatkan Muslim,

"Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang-orang yang asing".

kebiasaan sekarang, pada saya adalah kebiasaan yang perlu dibetulkan. betulkan terlebih dahulu, kemudian biasakan. maka saya tersenyum pada 'cemburu' itu. 

pada tahun pertama saya di Jordan. suasananya sangat lain dari sekarang. dari sudut pergaulan antara lelaki dan perempuan apatah lagi. mungkin kerana ketika itu, kami hanyalah kami, sedikit. dan senior-senior adalah adanya pada mereka, qudwah hasanah yang mencontohi sang Rasul.

saya kira, kami gembira dahulu.

berbeza dengan sekarang, irbid dibanjiri. dengan pelbagai latar belakang. saya tidak hairan pada pimpinan yang menukar strategi menawan hati junior-junior. saya thiqah pada mereka dengan program yang mungkin agak 'terbuka'. tapi saya terhenyak pada senior yang 'cemburu' pada apa yang dibawa junior.

saya kira, kami gembira dahulu.

cuma satu,
hasanatul abrar, sayyiatul muqarrabin.

kita yang meletakkan sendiri jarak kita dengan Allah.


puteri lindungan Tuhan.

kalian tahu, di mana istimewanya seorang perempuan?

istimewa seorang perempuan, bukan pada perhatian dari lelaki.

bukan pada bunga yang dihulurkan. bukan juga pada penghargaan melalui perkataan. bukan pada pujian melambung. bukan juga pada mesra menggunung.

berhati-hatilah. boleh jadi perbuatan kalian sebegitu menjadi satu penghinaan pada seorang perempuan.

istimewa seorang perempuan terletak pada sejauh mana dia menjaga maruahnya. dan sejauh mana kalian turut sama membantunya menjaga maruah.

segagah-gagah lelaki adalah yang menjaga maruah perempuannya. dan selemah-lemah perempuan adalah yang menggadaikan maruahnya kerana lelaki.

ketahuilah yang hati seorang perempuan terlalu lembut. janganlah kalian berani menyentuhnya melainkan kalian benar bersedia.

dan menjadi seorang perempuan, izinkan saya menyimpannya untuk si kunci syurga yang benar-benar berhak. semoga tiada parut luka cacat lantaran mesra kalian terhadap saya untuk saya persembahkan padanya.

semoga juga tiada parut luka cacat berpunca dari saya pada hati yang kalian simpan untuk bidadari syurga rumahtangga.

sehingga saat itu, biarkan saja hati kita disentuhNya. dipenuhi cintaNya. diukir dengan kalimatNya.

sehingga saat itu, izinkan saya terus menjadi puteri lindungan Tuhan.




nota kaki 1: ini susulan let's be friend tempoh hari. seperti yang dijanjikan. lupa pula. maaflah, ni last (kot lagi?). hehe

nota kaki 2: sehingga ketemu selepas final sem 2, insyaAllah. mohon doa untuk lagi beberapa langkah menuju alam klinikal, insyaAllah~
mohon doa ya. mohon doa ya. mohon doa yaaaaaa~! >.<

nota kaki 3: salam sayang dari saya buat semua yang terikat dengan aqidah yang sama. semoga Allah redha~ =)



berlari pena...
seiring istighfar...
semoga Dia redha...

8 comments:

  1. Anonymous14/4/12 05:18

    ni ada video menarik utk dishare bersame :3

    http://www.youtube.com/watch?v=iyED9Nj_nO4

    ReplyDelete
    Replies
    1. menarik. lovestruck pulak tu. =.=

      tapi point ni menarik;

      "so long as you can keep your relationship in professional manners meaning you interact with professional manner without joking without flirting without all this things~"

      jzkk~

      Delete
  2. Anonymous15/4/12 12:49

    andai semua faham. andai. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. moga-moga.

      tapi sekurangnya, dari sisi kita ada senjata yang paling utuh.

      mari saling mengutus doa, agar kita semua mendapat kefahaman yang benar~

      =)

      Delete
  3. Anonymous18/4/12 19:22

    ye..ade pesanan utk anon yg memuji nampaknya.. =) akan diingat pesan itu insyaAllah.. siruu alaa barakatillah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, untuk semua anon dan non-anon.

      jzkk~

      Delete
  4. Anonymous21/4/12 05:47

    adikkk!!! sob3 :') thanks a lot

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha~
      along pun meng'anon'? =.=

      i dont deserve that thank you, along.
      but still, a smile n a hug for you~
      =) <3

      Delete

(B)aja terbaik adalah yang berhikmah~

^frens^

 
Copyright ^(U)mbReLLa^ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .