tanpa kata...
biar dia tentukan...
I
membaca cinta, bukan sekadar dengan lembaran.
kadang kita tahu hanya dengan rasa.
dari jauh dan dekat, sentiasa
matanya segan mengintai.
menjaga.
membaca cinta, bukan sekadar dengan lembaran.
kadang disapa mesra alam
dengan geser angin, kicut burung
mereka menyampaikan pesan,
cinta.
membaca cinta, bukan sekadar dengan lembaran.
kadang kita dipeluk luka
terasa ada jari yang menyeka
menjanjikan seribu bahagia,
dengan syarat, percaya.
cuma kadang saya ragu.
saya ini, mencintai
atau sekadar membalas cinta?
(apa yang benar selayaknya bagi saya?)
II
Kamu,
teruskanlah mencintai saya
kerana saya ingin terus membalas cinta.
sehingga saat,
saya benar mencintai Kamu
dan berharap benar Kamu membalas cinta.
(saya kira itu yang selayaknya bagi saya)
deep in love.
(meskipun agak lambat. isk. T_T)
seriously.
*cik naz, Ro cinta kedua saya selepas Dia laaaaa~
=.=
sedalam cinta...
tanpa bicara...
biar dia tetapkan...
cinta ngn sapa ni..nnt Ro jeles
ReplyDeletetuan blog memang org bahasa =)
ReplyDeleteeh, mana ada.
Deletetuan blog ni orang terengganu.