RSS

20120306

[edisi 4R]: Rosella, Ryu, Rome, Ray~

kata orang...
jarak itu pemisah...
mengundang resah...


alhamdulillah.

nota tangan: please take note. post kali ini saya main merapu menulis. dan ditujukan kepada peminat-peminat Ro and kids. enjoy~ =)


Rosella. cinta hati saya, sila tahu. lepas winter trip hari tu, sampai rumah terus saya tanya adik housemate, "mana Ro?" dan terus dia buat muka tak percaya saya tanya pasal Ro dahulu instead of asking her a welcome home hug. haha~



Ro waktu itu, gemuk cantik macam itulah. nampak bahagia je dengan the 3rd gen kids. the 3rd gen kids sangatlah besar~! macam dah berapa bulan saya tinggalkan padahal cuti 3 minggu je kott~! >.<



mereka dah mula kejar mengejar. sama-sama sepahkan pasir. makan sepinggan. tidur sekatil. sehinggalah satu kejadian yang tidak diingini berlaku. Ro seolah-olah tidak mengenali the kids.

sebenarnya hari itu, Ryu dan Rome jatuh bangunan. seharian kami cari tak jumpa. malam hari itu baru jumpa. saya tahu pun subuh keesokannya sebab waktu tu saya dah tidur. saya kira sampai sekarang saya jetlag. tidur lepas isyak, bangun pukul 1, 2 pagi~ =.=


tidur selalu nak lovingloving. jeles!


waktu diceritakan itu, dah bergenang mata. terkejut kot Ryu dan Rome boleh jatuh bangunan dari tingkat 3 sebab mereka main-main tepi tingkap dapur. masa tu ingat mereka dah meninggal. haha~

tapi rupa-rupanya hidup lagi. cis. cuma tempanglah. memandangkan hanya Ray 2.0 yang sihat dan tidak jatuh, maka kami mencipta kisah bagaimana Ryu dan Rome boleh jatuh. dan kami mengambil konklusi, mereka ditolak Ray. haha~ XD



sejak hari itu, Ro makin hambar dengan the kids. entah kenapa. symptom-symptom gatal Ro pun makin ketara. kami bagi je Ro keluar rumah kadang-kadang sebab kami tahu Mr. Tom dah tiada. kehilangan Mr. Tom pun misteri.

oh, ya. Mr. Tom ni SA aka secret admire Ro. dulu hari-hari dia tunggu Ro depan pintu. bersahut-sahutan dengan Ro dari dalam rumah. dan kami percaya, Mr. Tom ni papa 1st, 2nd n 3rd gen kids. hehe. tapi sejak balik dari malaysia tahun lepas tak jumpa pula dia.




menghilang. sama ada dah jumpa awek baru yang lagi cun dari Ro. atau dah mati. tapi kami pilih hipothesis kedua. hehe~ tapi okay jugak sebab senang kami lepaskan Ro keluar rumah. takde la balik bawak anak kan. lagipun Ro takkan berani keluar dari bangunan. dia ada kenangan pahit kot. ^^"

cuma yang membahagiakan, Ro dah kembali macam dulu. asyik nak berkepit dengan saya. tidur sekali. teman saya study. paling dia suka, duduk atas riba regardless waktu mana-mana.

ni perangai keji Ro time sehari sebelum xm CNS 1~ =.=

watch this. pura-pura tidur mati.

and how she covered her face with her tail bila saya kejutkan dia. cis.

bukan main lagi. menguji sungguh time tuannya tengah study~

kadang time saya study. kadang time saya mengaji. pantang ada peluang. lepas tu mula la buat-buat tidur mati. naik lenguh saya~ =.=

the kids. semua dah kompem. jantan. the kids ni, saya boleh bagi satu perkataan je. PENAT. kadang terfikir juga, macam ni agaknya rasa membesarkan anak lelaki. eh(?) ^_^"

Ryu watanabe~
Rome~
Ray 2.0~
mungkin saya tak biasa kot. Eric dulu, tak sempat bela sampai dia besar pun. tapi these 3R's ni, nakal, manja, gatal dan sangat memenatkan laaaaaaaaaa~ >.<




setiap hari akan ada benda yang mereka nak sepahkan. lagi menakutkan, mereka sangat suka ikut masuk bilik air sekali. masalahnya, acah dengan air pun mereka tak takut. lepas tu suka masuk dalam kain orang. scary tahu! >.<

kadang main panjat-panjat badan sampai atas kepala. kalau larang pun, tak makan saman. dan Ray, dia ada satu habit gatal yang menakutkan.




kalau nampak saya dia akan baring menggeliat dan mengengsot ke arah saya dengan mencakar karpet. dia kejar saya macam tu. menakutkaaaaaaaaaaaann~! gila gatal.

tapi mereka semua sangatlah manja. tidur nak beriba. asal pegang sikit, mula la bunyi bergetar dia tuh. dan kebiasaannya the kids akan lepak bilik adik housemate. bilik saya, saya mampu bagi Ro je yang masuk lepak.




sebabnya nak dijadikan cerita, hari itu Ro tidur atas riba time saya tengah study. tiba-tiba rasa kesian dengan the kids yang mengiau kat luar bilik, saya bukakan pintu dengan harapan the kids tidur atas katil. tapi mereka ni bukan nak tidur atas katil tu.

Ray panjat kerusi saya, nak tidur atas riba juga. Ro yang terjaga time tu terus menderam dan acah nak cakar Ray. Ray dengan muka tak malu dia, buat tak tahu terus baring je atas riba. bengang sungguh Ro. cemburu kuat gila. dia pandang je saya. lepas tu terus keluar. merajuk la tu. =.=

mencari ilham(?)



dan saya rasa, kami ada satu chemistry. kami kuat cemburu dan tak berapa mesra dengan lelaki kucing jantan. sejak hari tu, saya dah tak bagi the kids lepak dalam bilik. Ro je yang boleh masuk. sayang je the kids tapi tak into sangat kot. dan mestilah sayang Ro lebih.


muka 'orang' sakit~ eleh


tapi apa-apa pun, saya bahagia dengan kehadiran mereka terutamanya Ro. Ryu dan Rome pun dah boleh berlari. cuma Rome yang masih tempang sikit-sikit, tapi dah start berlari. hari tu tengok dia berlari dengan kaki tiga, lawak sungguh~ ^^


this one sebelum winter break~

after all, saya teringat satu ceramah UAI. katanya, "hebatnya Allah, dia jadikan anjing untuk orang kafir dan kucing untuk orang islam."

senyum. dan angguk bersetuju~

=)



*****


LOL~ ^^

amal, sebelum ajar anak sayang Ro,
kena cari su*mi yang boleh berkongsi kasih dengan Ro dulu, kan?
XD



kata saya...
jarak itu pengikat...
menambah erat...

12 comments:

  1. Anonymous6/3/12 04:28

    banyak juga nak komen sebenarnya. sampai ke bawah, dah tak jadi pula.

    tersenyum.

    kalau dekat malaysia, yang paling saya ingat kucing saya memang paling suka masuk dalam kain pelikat masa saya solat. masa tengah sujud tu beliau masuk dan boleh tidur dalam tu. tu yang tak tahan tu.

    hai, kucing-kucing.

    selamat berbahagia dengan kekasih-kekasih anda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. senyum jugak (tak tahu sebenarnya kenapa)

      tapi serius, those 3R's scared me.

      tak tahulah kucing jantan memang macam ni atau memang dyorang gatal lain macam~

      hai, kucing-kucing~
      =.=

      Delete
  2. Anonymous6/3/12 04:59

    This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous6/3/12 04:59

      *btw, thanks sgt2 atas pos ni :)

      Delete
    2. Anonymous8/3/12 07:21

      alamak.. removed :)

      Delete
  3. Best nye serumah ngan Ro yg cun dan anak2 jantan yg aktif..tlg cium boleh..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhuu~ itu sudah pasti~! ^^

      tak minta tolong pun xpe. hari2 main peluk cium~ ^_^

      Delete
  4. gambar no 2 dari atas, ayu sangat Ro !!

    ReplyDelete
  5. kak intan buat sy jeles dan rase nak balik malaysia.kucing sendiri tak sama dgn kucing org . uhuk =.=

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaa..lagi beberapa bulan je nak balik. eh(?) XD

      itu lah. Ro takkan sama dengan kucing lain. isk. Ro~
      ='(

      Delete

(B)aja terbaik adalah yang berhikmah~

^frens^

 
Copyright ^(U)mbReLLa^ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .