RSS

20120228

ilmu dan dia~

fikir dengan hati... 
cuma antara dua...






doktor khalil makki, antara doktor yang saya hormat. bagi saya, beliau antara doktor yang saya rasa, kerana berkat ikhlas beliau mengajar, ilmu itu sampai pada anak murid. bukan kerana anak murid yang hebat. dan beliau antara doktor yang selalu selitkan ilmu di luar ilmu sains. ilmu akhlak.

adab.

semalam antara hari yang saya rasa bahagia. semalam kami belajar tentang drug abuse. cuma yang paling membahagiakan hati saya apabila di akhir lecture, beliau keluarkan satu ayat.



إِنَّمَا يُرِيدُ ٱلشَّيۡطَـٰنُ أَن يُوقِعَ بَيۡنَكُمُ ٱلۡعَدَٲوَةَ وَٱلۡبَغۡضَآءَ فِى ٱلۡخَمۡرِ وَٱلۡمَيۡسِرِ وَيَصُدَّكُمۡ عَن ذِكۡرِ ٱللَّهِ وَعَنِ ٱلصَّلَوٰةِ‌ۖ فَهَلۡ أَنتُم مُّنتَہُونَ

Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?

-almaidah:91-


lalu kata beliau (setakat yang saya faham) ٱلۡخَمۡرِ  bukan hanya dimaksudkan dengan alkohol (arak) tapi lebih daripada itu. iaitu sebarang perkara yang boleh menghilangkan kewarasan diri, menghalang kita daripada berfikir dengan rasional termasuklah dadah.

kerana kesannya tetap sama. menimbulkan permusuhan dan memalingkan kita daripada mengingati Allah. lalu akhir kata doktor, فَهَلۡ أَنتُم مُّنتَہُونَ  ?


dan di situ saya tersenyap.

doktor berborak lagi dengan beberapa orang pelajar arab yang berbahas tentang rokok.


*****


saya cuma terfikir. kadang, bidang mana pun yang Allah campakkan, kita yang menentukan untuk 'melihat' atau tidak. 'syukur' kita bukan semestinya pada diangkatkan tangan menadah doa dengan nikmat di depan mata. 'syukur' kita sebenarnya, pada apa pun yang Allah salurkan, kita lihat Dia.

pada setinggi mana ilmu yang Allah bagi, kita berbalik pada Dia. pada sehebat mana ujian Allah uji, kita bergantung pada Dia. pada segetir mana hidup yang kita lalui, kita yakin ini lakaranNya.

yang bahagia pada hati saya, di celah kering itu, Allah basahkan dengan indirect pengisian. sekurangnya, pada masa yang hampir 24 jam digunakan untuk study, Allah selitkan 5 minit untuk sejenak duduk beriman. kerana Dia maha mengetahui atas segala kesukaran.

mungkin ini kata orang, berkat ke lecture. meskipun semalam hanya beberapa sahaja yang hadir gara-gara exam yang semakin menghampiri. situasi biasa. yang dominant pun pelajar melayu. XD

dan terfikir. keberkatan, sebenarnya pun satu ujian.

melihat, sejauh mana kita yakin sebenarnya.
pada sesuatu yang ghaib.

aisy. kalau hidup ini pun satu ujian, pastilah dikelilingi dengan ujian. dan ujian, bukanlah semata perkara yang menggetirkan. eh, apa ni? random sungguh.

faham ke?
tak faham sudah.

saya cuma harap. apa sahaja yang saya belajar, saya lihat Dia. satu nikmat sebenarnya jika kita dapat mengaitkan setiap perkara kepada Dia.

lebih-lebih lagi, bidang perubatan bagi saya adalah bidang untuk mengakui keagunganNya. dan tunduk sebagai hamba.


"dan dalam diri kamu sendiri, apakah kamu tidak melihat?"



nota kaki: selamatlah untuk semua yang exam. semoga diberkati masa dan usaha~



melihat Dia...
dan menuju kearahNya...

No comments:

Post a Comment

(B)aja terbaik adalah yang berhikmah~

^frens^

 
Copyright ^(U)mbReLLa^ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .