RSS

20120122

imbauan drama~

sejajar diri yang berjalan...
mengimbau cerita...
aku kira...




winter sonata at nami island~


boys over flower at namsan tower~


sassy girl choon hyang at lotte world~


my girl at 63 building~


personal taste at buckchon hanouk village~


uhh. tak sangka boleh tahan banyak juga drama korea yang saya tonton. jalan sikit teringat scene kat sana sini~ >.<

tapi sungguh yang saya rasa, berjalan, dan teringat scene dalam cerita boleh disamakan dengan berjalan, dan terimbau kenangan. kerana kenangan itu sendiri satu scene dalam hidup kita, bukan?

tapi lagi berbekas andai kita berjalan, dan terbayangkan scene sejarah yang pernah terlakar dalam dunia islam kita. seperti cerita bergambar yang kita (baca: saya) sentiasa tonton sepanjang musafir di jordan.

tidak kira, even sepanjang perjalanan ke jami3ah. jordan, bagi saya, sentiasa menjadi alquran yang bergerak. eh, ni kes rindu jordan ke apa? =.=



*****


semalam, hari terakhir di bumi korea. tak sempat nak update untuk jeleskan izzah gara-gara terpaksa berkejar bas ke airport. tapi happy ending, bas tu langsung tidak menjeling ke arah kami dan terus berlalu. cis. terpaksa juga kami naik subway ke airport dengan beg yang bertambah-tambah beratnya.

dan semalam, mood saya terganggu. tak sangka kembara kali ini, pen kesayangan saya tertinggal dalam tren lagi. memang buat scene lah depan orang korea time tourguide kami kat luar dan kami tak sempat keluar dari tren. sangat cuak. dan tiba-tiba, pintu itu terbuka. terjerit kami. dan pen saya tercicir.

serius terganggu. dah la pen malaysia. pen biru. pen yang sama. dan satu-satunya pen yang saya bawa. aaaaaaaaaaaaa~! >.<

tapi syukur, sebenarnya sebab saya rasa, kalau buku nota saya yang tercicir, saya boleh jadi gila~!

memujuk hati, tersenyum sepanjang perjalanan ke airport menaiki subway, setiap jejak saya bertambah senyum. mengangkat beg sendiri mendaki tangga yang tinggi. 'berkelah' dalam airport makan bibimbap. tidur merempat dalam airport menantikan flight awal pagi esok. senyum yang bertambah senyum.

bukankah sudah saya katakan, berjalan pasti akan mengimbaukan kenangan. kerana kenangan itu sendiri satu scene dalam hidup kita, bukan? ah, rindu nak travel dengan izzah~ =)

dan alhamdulillah. mentari terbenam menyambut kedatangan saya ke negara matahari terbit ini~


mount rokko, kobe~





sejajar itu juga...
kita berjalan...
mengimbau kenangan...

6 comments:

  1. Anonymous22/1/12 23:46

    fuh, untung laa.
    kena tengok lagi skali semua series di atas, dapat tengok dekat tv pun jadi laa. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah~

      theehe~
      insyaAllah ada rezeki ke sana~

      Delete
  2. tulaaa.. nak jeleskan org lagi..
    kan pen dah tertinggal ha..

    hmm..ni kes rindu jordan ke rindu saya ni?
    sebut sampai dua kali. patut tersedak2~ c(=

    neway, sgt teringin jumpa org korea n jepun muslim.
    jumpa x? jumpa x? =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhuu~
      xpe la, souvenirs buat orang korea. kihkih~

      jumpaaaaaaaaaaaa~
      and yes, it was great~! ^^

      Delete
  3. Menjelajah dunia sebenar. keluar dari kotar pemikiran yang tidak terbuka. :)

    ReplyDelete

(B)aja terbaik adalah yang berhikmah~

^frens^

 
Copyright ^(U)mbReLLa^ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .