luka hati hitam...
gelap kusam...
cahaya hidayahNya...
bersinar...
gelap kusam...
cahaya hidayahNya...
bersinar...
“Saya bersetuju bahawa Jesus Kristus itu diambil sebagai model kehidupan rohaniah yang cukup tinggi. Tetapi jangan anda lupa bahawa aspek rohani dan jasmani tidak boleh dipisahkan di dalam kehidupan manusia, tidak saja pada penyatuan keduanya tetapi bahagian yang terbesar daripada kedua itu dituntut oleh kehidupan jasmaniah.
Kerana itu orang-orang Kristian terpaksa mencari seseorang lain sebagai model. Ini diikuti dengan logik bahawa Tuhan anda juga berkehendak kepada masalah yang utama ini. Tidak syak sedikit pun bahwa kehidupan Nabi Musa ialah kehidupan terhormat, sementara kehidupan Jesus Kristus pula kehidupan anggunan tetapi kehidupan nabi kami yang terakhir, Nabi Muhammad saw ialah kehidupan kesempurnaan.
Kehidupannya dipenuhi dengan ibadat, saleh dan sufi dan sebagai manusia dia menjadi contoh manusia dunia, seorang pedagang dan malah sebagai seorang raja juga. Nabi akhir zaman Muhammad saw menggembalai kambing pada masa kecilnya, agak dewasa sedikit dia berulang-alik ke Gua Hira dan beribadat di sana. Dia berdagang sampai di Syria, kemudian kahwin dengan Siti Khadijah.
Baginda lalu berdakwah dari atas Bukit Faran dan di jalan-jalan di Mekah, lalu ke Taif, hidup dalam kumpulan suku Hijaz dan mengalami kesulitan dari musuh-musuhnya dan para penentangnya, menyantuni orang-orang yang sedang lapar, mengasuh anak-anak yatim dan janda-janda di dalam masyarakat.
Kemudian berhijrah dari Mekah ke Madinah, mengadakan perjanjian antarabangsa dengan orang-orang Yahudi di Madinah, membina masjid, menyelesaikan perselisihan antara suku kaum, memimpin solat, memberi ceramah di berbagai-bagai tempat, melatih tentera dan mengatur siasat tentera di dalam peperangan Badar dan Uhud dan memimpin tentera sebagai panglima tertinggi dan telah memperlihatkan kebolehannya di dalam siasat peperangan.
Baginda mengerjakan solat yang lama pada waktu malam sehingga kakinya bengkak-bengkak. Jadi daripada semua kenyataan ini cara, jalan dan model yang diperlukan di dalam kehidupan dunia terdapat pada diri baginda yang mulia, Nabi Muhammad saw, sebagai penggembala kambing juga sebagai seorang pedagang yang besar sama-sama dapat dijadikan contoh, juga sebagai pendakwah, pengembara dan penghijrah baginda boleh dijadikan modelnya.
Bagi seorang yang taat kepada Allah yang bersara dari tugas, baginda menjadi petunjuk yang baik dan menjadi contoh bagi manusia duniawi dalam kehidupan berumahtangga. Ajarannya memberikan satu peraturan yang sempurna dalam kehidupan internasional juga bagi penduduk rimba. Bimbingannya merupakan cahaya. Perencanaan siasatnya menjadi petunjuk di medan peperangan dan baginda menjadi contoh kepada masyarakat dalam kehidupan di masa damai.
Pendek kata tidak ada contoh lain yang dapat mengatasi kehidupan yang sempurna Nabi kami Muhammad saw di dalam rumahtangga, berdakwah, perniagaan, kepemimpinan, memberi nasihat dan mengimani solat, dalam hidup bersara, mengatur peperangan, menyusun undang-undang, memerintah sebagai raja, baik dalam masa gembira mahupun dalam masa berkabung, perkahwinan dan penceraian, hidup dan mati, mengajar dan mendidik anak-anak dan apa saja tugas yang dihadapi oleh manusia di dalam kehidupan beradab.
Begitulah di dalam kehidupan yang sempurna dan juga di dalam keperluan kehidupan yang menggundahkan terdapat di dalam kehidupan Nabi Muhammad saw dan tidak terdapat di dalam kehidupan Nabi Musa dan Nabi Isa. Jadi dari sudut keadilan dan kejujuran maka kita harus mengakui bahwa dalam diri Nabi akhir zaman, Muhammad saw terhimpun semua tatasusila rohaniah dan jasmaniah kehidupan manusia yang agung dan anggun.
Sesiapa saja manusia di dunia ini yang ingin mencari kebajikan dunia dan akhirat maka tidak ada jalan yang lain selain daripada mencari perlindungan di bawah bayang-bayangan nabi Muhammad saw yang luas, pengasih, pemurah dan budi pekerti yang tinggi dan adap sopan yang mulia." - isabella.
*****
isabella,
seorang puteri kristian yang fanatik, ilmuwan dalam teologi berakhir sebagai seorang ahli hadis yang ulung di cordova.
betapa, Allah memberi hidayah kepada orang yang Dia kehendaki~
أشهد أن لا إله إلا الله و أشهد أن محمد رسول الله~
dengan kehendakNya...
atas kun...
fa yakun...