hanya dalam mimpi...
mata yang memandang...
pegun tergenang...
umrah pertama yang dilaksanakan, sebaik sahaja memasuki kota haram mekah. tepat 12 malam 1 julai diiringi mutawwif. ini hasil beberapa jam menunggu luggage di airport jeddah. habis jadual teranjak. untuk tidak bertangguh, kami selesaikan juga umrah yang bermiqatkan di qarnul manaazil. atas plane, lebih kurang 2 jam sebelum mendarat.
dan ya, malam itu jadi saksi. hamba hina ini menggeletar ingin menjejakkan kaki ke dalam masjidilharam. ingin bertentang mata dengan baitul 3atiq. ingin berulang alik dari safa ke marwah. ingin memotong rambut agar setiap helai itu menjadi cahaya di akhirat nanti.
mutawwif memberi taklimat ringkas tentang perjalanan umrah. pentinglah bagi budak-budak kecik seperti saya ini. sebab ahli trip lain kebanyakannya pakcik makcik atuk nenek. 2, 3 orang je yang sebaya saya. atau lagi muda setahun dua. itupun lelaki. tata lah. berkawan dengan pakcik makciklah saya~ ^^
yang menarik perhatian saya, mutawwif itu berpesan. katanya, ibadah umrah ini dikira sah nya dari segi perbuatan. contohnya cukup tawaf 7 pusingan dengan yakin. hati dan lafaz itu hanya sunat. jadi, tak perlu waswas dengan semua itu. yang penting perbuatan.
to my surprise, ustaz itu berpesan berkali-kali. sekira saya melebihi lima kali~! pelik dan hairan. tapi saya diamkan sahaja. tawaf pertama saya, saya faham kenapa ustaz itu beria-ia memesan sebegitu. dan saya akui sahaja. andai hati dan lafaz itu dikira sebagai syarat sah umrah, berapa keratlah umrah tetamu Allah ini yang diyakini sah? Allah~
sungguh. saya terpinga pada pengalaman pertama itu. pada saya, di sini tempat paling ikhtilat pernah saya kunjungi. cuma bezanya, nafsu pengunjungnya hanya tertumpu pada Dia. tentunya. dan dalam rasa tidak selesa dihimpit lelaki-lelaki, rasa selamat itu ada.
cuma yang paling pahit saya rasakan bila ditolak dan saya tercium bahu seorang lelaki yang entah siapa-siapa. Allah~ geli. nak menangis pun ada. (=.=!)
mujur sahaja wudu' dikira tidak batal. dan seriously tawaf saya selepas-selepas itu lebih berhati-hati.
indah rumah Allah, saya takkan mampu cerita. masjidilharam tak pernah tidur. kaabah tidak pernah sunyi dari dikelilingi. tetamuNya berbondong-bondong. tanpa putus. setiap masa. dari pelbagai bangsa dan negara. kami berbeza, ya. namun satu persamaan, kami berpegang pada tauhid yang sama.
ma abah selalu membandingkan. kata mereka, umrah kali ini ramai pengunjungnya lebih dari musim haji yang mereka pernah pergi pada tahun 1993 dan 2007. tak dapat kami bayangkan macam mana jika musim haji nanti.
bagi saya, tempat lepak terbaik adalah di dataran hadapan kaabah. sehari sebelum hari terakhir di kota mekah, saya diizinkan untuk lepak seharian di masjidilharam. bersendirian. indah yang bertemankan sayu. hari itu saya berazam untuk melakukan perkara yang saya inginkan. mengusap kaabah. solat di hijr ismail. mendekati makam nabi ibrahim. berdoa di multazam.
seusainya saya menjeling hajarul aswad. hampir satu jam saya berdiri di hadapan multazam. beberapa kali cuba mendekati tetapi mengundur kembali bila rasa perkara sunat yang ingin saya lakukan boleh jatuh haram. beberapa perempuan indon menawarkan pertolongan untuk saya mendekati hajarul aswad tetapi saya tolak dengan baik. kalau Dia izinkan, biarlah Dia sahaja yang membantu.
dan akhirnya saya memilih untuk merindui. dan terus merindui. menyimpan harapan untuk datang lagi. semoga sahaja dimurahkan rezeki untuk kau menjadi saksi, yang bibir ini pernah menyentuhmu.
berundur berehat di dataran itu walau dalam terik mentari amat menyenangkan. memerhati tetamuNya. mengadu meminta. merenung bertanya. dan berharap. semoga esok tidak pernah tiba~
sunset~ cool x? ^^ |
nota kaki 1: baitullah, mengapa tidak puas dipandang? dan mengapa rindu tidak terlerai sedangkan ia di hadapan mata? semakin dipandang, semakin rindu pula kurasa~ 04/07
fikirkan hati...
aku terluka...
bongkak ego sombong...
dengan pencipta...