RSS

20110330

kita (baca: saya) dan hati~

kosong hati itu... 
perlu kau isi...
debunya...
perlu kau gilap...



dua tiga hari ini, saya bertapa. jauh dari dunia luar(baca: ruang tamu). jauh dari Ro. jauh dari housemates. mereka yang bertapa sebenarnya. gara-gara exam. cis . jauh dari segala-galanya yang membuatkan saya jauh, dan mendekat pada yang saya ingin dekati. hati.


saya belek-belek fizikalnya. masih elok. masih mengepam darah dengan effisien. both atria and ventricles masih galak berdenyut. tenang dan perlahan. warna masih merah kecuali sedikit hitam gara-gara pencemaran asap rokok yang tidak dapat dielakkan di sini. saya dah tahap benci pada rokok dan perokok , bukan tidak suka. sila alert.

tapi seketika saya tembus si hati itu dengan mata micro. ah, hitam itu bukan sedikit rupanya. sangat. gelap. kotor. sehingga bergenang mata saya melihat. hati sayakah itu? parah. T_T

seketika saya terdiam. saya perlu berbuat sesuatu. 20 tahun saya hidup dengan hati ini. 20 tahun hati ini menterjemah apa yang saya lalui dalam kehidupan. mustahil ingin saya biarkan sahaja. lalu saya email kepada seseorang. dengan harapan, beliau dapat cadangkan penyelesaian. semoga.



Yang terhormat ustaz Hassan al-Banna,

Assalamualaikum wbth,

Apakah anda pernah mendengar tentang lelaki tanpa hati? Maaf, jika hati yang dimaksudkan adalah salah satu anggota tubuh dari daging yang berwarna merah, yang menarik dan melepaskan darahnya, tentu saja lelaki itu memilikinya. Yang dengannya dia dapat hidup dan menjalani kehidupannya.
Akan tetapi hati yang bersemangat, kuat dan hidup, sayang sekali dia tidak memilikinya.

Dia mengetahui kebaikan meskipun kecil, dia juga mengetahui keburukan meski pun samar-samar.

Seringkali dia benar-benar merasai dan memahami perilaku seseorang dari wajahnya dan dapat memberi respon terhadap hal itu. Akan tetapi, dia tidak memiliki hati.

Jika bertemu dengan teman lamanya yang sudah lama tidak bersua, dia bersalam lalu menggenggam tangannya kuat, bahkan memeluknya. Namun hatinya, tetap beku, sama sekali tidak terpengaruh.
Dia memberi nasihat kepada orang lain, " Jadilah kalian begini dan jadilah kalian begitu", serta menyebutkan pelbagai dalil dan bukti, namun hatimya semakin keras dan tidak terpengaruh.

Dia tersenyum kala mendengar berita gembira. Dia juga mengerutkan dahi saat menerima berita duka. Akan tetapi, kegembiraan dan kesedihannya hanyalah reaksi semula jadi semata, sedangkan hatinya tetap diam dan tidak bergoncang.

Dia menyatakan cinta dan benci kepada seseorang. Tetapi ketika melihat hatinya, ia tetap diam tanpa memberi penjelasan.
Dia berdiri menunaikan solat dan berusaha khusyuk, membaca al-Quran dan berusaha menumpukan perhatiannya. Ketika menunaikan solat, dia membaca bacaan solat dengan nadanya sehingga orang-orang pun berkata, " Dia itu khusyuk nampaknya." Akan tetapi ketika meraba hatinya, dia mendapatinya tuli dan tidak khusyuk, walaupun memahami apa yang dibaca.

Ini adalah gambaran sebenar yang terjadi pada hati lelaki itu. Saya tidak melebih-lebihkan atau menguranginya. Menurut anda, apakah anda dapat mengatakan bahawa hatinya sama seperti kebiasaan hati orang-orang lain?
Saya dianugerahi akal tetapi hati saya hilang. Saya merasakan akal fikiran saya cerdas berfikir, bekerja, hidup dan menunjukkan kewujudannya. Akan tetapi, ketika saya ingin menghayati semua itu pada hati saya, sama sekali saya tidak menjumpainya. Saat ini, anda telah mendengar tentang seseorang lelaki yang tidak memiliki hati.

Dia adalah seorang yang membuat perjanjian (baiah) dengan anda dan anda telah mengambil janji setia darinya. Apakah anda rela jika seorang tentera anda hidup tanpa hati? Apakah anda dapat membantu menghidupkan hatinya agar bergerak dan merasai apa yang diucapkan oleh lisannya?

Inilah penyakit salah seorang tentera anda yang akan membuat anda sedih jika mengetahuinya. Oleh sebab itu, saya tidak akan menyebutkan namanya, hinggalah saya maklumkan anda bahawa dia telah sembuh.

Waalaikumussalam wbth




malu rasanya nak pampang email saya pada beliau kat sini. tapi tak mengapalah. sekadar nak berkongsi. sebab saya rasa, bukan saya seorang yang mengalami situasi ni. (yeye je). nanti bila beliau dah reply, saya post ya.


siapa boleh teka, ni gambar apa? tapi kalau betul pun, saya tak ada apa-apa la nak bagi. manja la korang nii~ asal teka sikit je nak hadiah~~! (=,=!)







jangan dibiarkan...
 
lantaran hati itu...
 kemudi seluruh kehidupan...

^frens^

 
Copyright ^(U)mbReLLa^ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .