RSS

20090627

cerita wadi mujib...

penat... 
hampir aku kehilangannya...
andai galang gantinya adalah nyawaku...
aku sanggup...

wadi mujib.
itu destinasi kami untuk hari kedua. rancangan kami tiga hari dua malam di mu'tah dimanfaatkan sebaiknya. hari pertama kami ke makam para sahabat yang syahid dalam peperangan mu'tah, ja'far bin abi talib, zaid bin harithah dan abdullah rawahah. kami juga melawat medan peperangan mu'tah dan qal'ah dan muzium karak.


qal'ah karak


medan mu'tah



muzium di qal'ah karak


kawasan masjid yang menempatkan makam zaid bin harithah dan ja'far bin abi talib


wadi mujib.
istimewanya tempat itu. hari kedua kami melalui laut mati. hajat di hati ingin singgah dalam perjalanan pulang memandangkan masa agak lewat. kami aulakan yang lebih aula. rancangan kami untuk bermain air mendahului yang lain. wadi mujib.


sekitar kawasan laut mati...

kami berenam. keluarga Hurun 'Ain. ditemani dua orang syabab irbid dan dua orang syabab mu'tah sebagai murakib. bayaran masuk sebanyak 9.5 JD. kata kak una agak tidak berbaloi kerana keselamatan langsung tidak dititikberatkan. dan saya akui itu.

main entrance wadi mujib...


wadi mujib.
bersarungkan life jacket, kami memulakan adventure kami. wadi mujib ni seperti kawasan air terjun di malaysia. bezanya air di sini dikelilingi bukit batu yang tinggi. kalau di malaysia menghijau, di sini men'coklat'. (^_^)v

awal perjalanan...

untuk sampai ke kawasan air terjun, kami harus meredah arus. mendaki ke atas. ada beberapa check point yang harus dilepasi. paras air di sini tidak sekata. ada yang cetek, ada yang dalam. tetapi sepanjang perjalanan jarang jumpa tempat yang bertebing. boleh dikatakan 90% masa kami di dalam air.


air yang tenang bisa meragut ketenanganku...

perjalanan diteruskan. sedari jam 12 tengah hari, masa terus beranjak. berbekalkan semangat dan kerjasama, kami meredah arus. matlamat kami adalah puncak. makin lama, arus semakin kuat. tenaga pula semakin lemah.

separuh perjalanan kami, ateh dan ucu mengundur diri. itu check point kemuncak bagi saya, di mana air di paras atas daripada kepala kami dan kami perlu bergantung pada tali, menentang arus yang kuat sebelum memanjat batu ke bahagian atas. dan di situ ada amaran. kawasan berbahaya.


sebelum ke port yang lagi dalam...

saya membantu anje, meredah arus dan kami meneruskan pendakian. berempat dan ditemani dua orang murakib. perjalanan ke atas selepas check point ini tidaklah terlalu sukar. cuma arus memang semakin kuat. mungkin kerana hari dah beransur petang.


"anje ok tak? sure ke nak naik lagi ni?"

"i trust Allah." dan saya tersenyum.


plus minus pukul tiga lebih, kami sampai di puncak. alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulillah. dan subhanallah. inilah puncak wadi mujib. telah kami tawan. kawasan atas ni memang air terjun semata-mata, di antara dua bukit batu yang tinggi. dikelilingi kawasan air cetek.

kami membuka life jacket dan mandi sepuas-puasnya. pada batu besar yang mengelilingi air terjun, kami ukir nama kami. intan. sakinah. syuhada. hidayah. izzati. kauthar. Hurun 'Ain. kamilah akhawat JUST yang pertama menawan puncak wadi mujib.

dalam setengah jam kami di puncak, bermain air dan mengalas perut dengan sedikit makanan, kami memulakan perjalanan turun. sebelum itu saya sempat mengajak mereka membuat ribath, membaca doa rabithah. moga ukhuwah kami kekal menuju syurgaNya.

sayangnya, kami tidak dapat bergambar kerana kamera kami tertinggal dalam beg galas dan beg galas itu ada dengan syabab yang tinggal bersama ucu dan ateh. agak kecewa tapi tidak mengapa. memori yang kami pahatkan di hati lebih jelas dari segala gambar.

perjalanan turun kurang menggunakan tenaga tetapi lebih berbahaya. jika kurang alert pasti diri dibawa arus deras. kecederaan pada lutut salah seorang murakib membuatkan kami mengetuai perjalanan turun. kami tidak kisah. yang penting adalah kerjasama.

kejadian itu berlaku. separuh perjalanan kami turun ke bawah dihiasi dengan tragedi. semuanya berlaku begitu pantas. kawasan itu seperti kawasan bertebing. di bawah ada beberapa batu besar. along mendahului. anje yang mengekori di belakang tiba-tiba tergelincir dan terjatuh dalam keadaan kepala mendahului.

saya terkejut dan terus terjun menuruni kawasan itu. saya tidak berfikir lain kecuali anje. tangannya yang terkapai-kapai, saya capai. seluruh tubuhnya ditenggelami air kecuali bahagian tangan yang sempat saya capai. saya dan salah seorang daripada murakib kami cuba menarik anje. dengan laungan basmalah dan takbir, kami terus menarik. tetapi makin lama, pegangan tangan anje semakin melonggar. saya rasa seolah-olah anje tersedut ke bawah dan saya terlepas pegangannya. and she's no longer in my view.

anje...

sebentar saya terpana. is this for real? saya kaget. murakib kami terjerit-jerit menyuruh kami meminta bantuan. along mendahului, menyempurnakan separuh perjalanan kami ke main entrance. jauh. memang jauh lagi. saya turut membawa langkah. menggagahkan diri. bantuan diperlukan dengan kadar yang segera.

و من يتق الله يجعل له مخرجاو يرزقه من حيث لا يحتسبومن يتوكل على الله فهو حسبهان الله بـلغ أمره
قد جعل الله لكل شئ قدرا


sepanjang perjalanan saya hanya mengulang doa itu. saya berjalan dan terus berjalan. kadang terjatuh. saya sendiri tak tahu apa yang saya fikirkan. mulut saya hanya terkumat-kamitkan kalimah itu. sampailah main entrance. saya tak dengar perkara lain kecuali apa yang saya baca. bantuan diminta. mereka berkejar ke tempat kejadian. dan saya hanya menanti, berharap dan berdoa.

diceritakan setelah kami pergi meminta bantuan, kaki anje timbul dan murakib kami sedaya upaya menariknya. kepala anje tersepit antara dua batu. itu yang menyukarkannya untuk keluar. setelah berjaya dikeluarkan, anje hanyut ke bawah dibawa arus. mereka mengejar dan apabila berjaya menangkap badannya, anje meracau dan lagi sekali pegangan terlepas dan dia kembali hanyut.

setelah 40 minit kemudian barulah bantuan tiba dan anje diusung ke main entrance. dia sedar tetapi keadaannya amat lemah. saya diminta mengiringnya ke klinik yang terdekat. di dalam ambulans saya berterusan membaca doa itu. membisikkan di telinganya. dan saya lihat matanya bergenang. beberapa titis air matanya gugur.



و من يتق الله يجعل له مخرجاو يرزقه من حيث لا يحتسبومن يتوكل على الله فهو حسبهان الله بـلغ أمره
قد جعل الله لكل شئ قدرا


" i trust Allah."


"i trust Him too." dan kami tersenyum.


di klinik mu'tah itu, anje dilaporkan stabil. cuma dia perlu diwadkan untuk observation. petang itu juga dia dipindahkan ke King Abdullah University Hospital. sekali lagi saya mengiringinya. tetapi kali ini bersama along. di KAUH, pemeriksaan yang lebih rapi dijalankan sebelum anje ditempatkan di dalam wad.

dan malam tu ketua helwi meminta kami pulang, dia yang akan menemani anje. kami terpaksa akur dengan janji yang keesokan paginya kami akan datang. di sakan masing-masing kepenatan. saya masih terbayangkan tangan anje yang terkapai-kapai. tapi alhamdulillah.

saya mencapai alquran anje di atas meja. mencari surah at-talaq dan menghayati terjemahannya.

dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya)

serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.

dan (ingatlah) sesiapa yang menyerah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya)

sesungguhnya Allah tetap melakukan perkara yang dikehendakiNya

Allah telah pun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.


saya terkesan. Allah tunjukkan kuasaNya depan mata saya. dan saya terlena dalam pelukan kitabNya. alhamdulillah...


~syafaakillah, anje. semoga sentiasa dalam ketenangan. jangan tinggalkan adik..



kasih sayangku... 
tidak bertepi... 
tetapi kasih sayangMu... 
itu yang pasti...

^frens^

 
Copyright ^(U)mbReLLa^ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .