RSS

20120229

lelaki~ (amboi)

menjadi kumbang...
entah di mana...
sisi kuatnya...




muhammad abdullah al-mahdi



"mana Mahdi?"

"ni ha dengan intan. kak ju tengok dah macam gaya mak orang dah riba Mahdi."

erk~



boboboi keempat. tapi yang pertama sempat lahir ketika saya di malaysia. yang lain semua saya jumpa lepas hampir setahun lebih-lebih kerana lahir ketika saya di jordan.

hari tu semangat fikir nama best-best. akhirnya tak terpilih. cis. tak apa, saya simpan untuk nama anak sendiri. puas hati. (eh?)

gambar tu di usia sehari. ye, memang besar dan gemuk serta maskulin. merenung Mahdi ketika itu dengan satu persoalan. dah lama saya tertanya sebenarnya.

entah apalah rasanya menjadi seorang lelaki.




nota kaki 1: selamatlah sesiapa yang birthday hari ni. sambut 4 tahun sekali je kot. tabah sungguh.

nota kaki 2: hai angin. marah nampak.




menjadi bunga...
entah juga di mana...
sisi tajamnya...

20120228

ilmu dan dia~

fikir dengan hati... 
cuma antara dua...






doktor khalil makki, antara doktor yang saya hormat. bagi saya, beliau antara doktor yang saya rasa, kerana berkat ikhlas beliau mengajar, ilmu itu sampai pada anak murid. bukan kerana anak murid yang hebat. dan beliau antara doktor yang selalu selitkan ilmu di luar ilmu sains. ilmu akhlak.

adab.

semalam antara hari yang saya rasa bahagia. semalam kami belajar tentang drug abuse. cuma yang paling membahagiakan hati saya apabila di akhir lecture, beliau keluarkan satu ayat.



إِنَّمَا يُرِيدُ ٱلشَّيۡطَـٰنُ أَن يُوقِعَ بَيۡنَكُمُ ٱلۡعَدَٲوَةَ وَٱلۡبَغۡضَآءَ فِى ٱلۡخَمۡرِ وَٱلۡمَيۡسِرِ وَيَصُدَّكُمۡ عَن ذِكۡرِ ٱللَّهِ وَعَنِ ٱلصَّلَوٰةِ‌ۖ فَهَلۡ أَنتُم مُّنتَہُونَ

Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?

-almaidah:91-


lalu kata beliau (setakat yang saya faham) ٱلۡخَمۡرِ  bukan hanya dimaksudkan dengan alkohol (arak) tapi lebih daripada itu. iaitu sebarang perkara yang boleh menghilangkan kewarasan diri, menghalang kita daripada berfikir dengan rasional termasuklah dadah.

kerana kesannya tetap sama. menimbulkan permusuhan dan memalingkan kita daripada mengingati Allah. lalu akhir kata doktor, فَهَلۡ أَنتُم مُّنتَہُونَ  ?


dan di situ saya tersenyap.

doktor berborak lagi dengan beberapa orang pelajar arab yang berbahas tentang rokok.


*****


saya cuma terfikir. kadang, bidang mana pun yang Allah campakkan, kita yang menentukan untuk 'melihat' atau tidak. 'syukur' kita bukan semestinya pada diangkatkan tangan menadah doa dengan nikmat di depan mata. 'syukur' kita sebenarnya, pada apa pun yang Allah salurkan, kita lihat Dia.

pada setinggi mana ilmu yang Allah bagi, kita berbalik pada Dia. pada sehebat mana ujian Allah uji, kita bergantung pada Dia. pada segetir mana hidup yang kita lalui, kita yakin ini lakaranNya.

yang bahagia pada hati saya, di celah kering itu, Allah basahkan dengan indirect pengisian. sekurangnya, pada masa yang hampir 24 jam digunakan untuk study, Allah selitkan 5 minit untuk sejenak duduk beriman. kerana Dia maha mengetahui atas segala kesukaran.

mungkin ini kata orang, berkat ke lecture. meskipun semalam hanya beberapa sahaja yang hadir gara-gara exam yang semakin menghampiri. situasi biasa. yang dominant pun pelajar melayu. XD

dan terfikir. keberkatan, sebenarnya pun satu ujian.

melihat, sejauh mana kita yakin sebenarnya.
pada sesuatu yang ghaib.

aisy. kalau hidup ini pun satu ujian, pastilah dikelilingi dengan ujian. dan ujian, bukanlah semata perkara yang menggetirkan. eh, apa ni? random sungguh.

faham ke?
tak faham sudah.

saya cuma harap. apa sahaja yang saya belajar, saya lihat Dia. satu nikmat sebenarnya jika kita dapat mengaitkan setiap perkara kepada Dia.

lebih-lebih lagi, bidang perubatan bagi saya adalah bidang untuk mengakui keagunganNya. dan tunduk sebagai hamba.


"dan dalam diri kamu sendiri, apakah kamu tidak melihat?"



nota kaki: selamatlah untuk semua yang exam. semoga diberkati masa dan usaha~



melihat Dia...
dan menuju kearahNya...

20120227

(HU) vs (A)-nger

boleh bukan...
melihat...
dengan mata terpejam...



marah ibu, menuju ke syurga~
[JR Rokko station]




kalian tahu, lapar dan marah di stimulate pada kawasan yang sama pada otak? diberi nama lateral hypothalamic area.

waktu pertama kali baca, i was like "ooo~"

patutlah orang yang lapar cepat marah ya.

termenung memandang alam dari dalam library. (okay, library baru JUST sangat cool~! and i have my favourite spot to study! >.<)

dan patutlah.

Rasulallah berpesan, jika seseorang itu diperangi atau dicaci, hendaklah dia berkata, "sesungguhnya aku sedang berpuasa."

maka jadilah puasa itu perisai baginya.

sebab memang, physiologically, orang yang berpuasa (lapar) akan cepat marah. tidak mustahil jika di trigger kemarahannya, dia boleh bertindak melampaui batas.

Rasulallah yang tidak reti membaca mahupun menulis, berpesan. 1400 tahun yang lampau.

termenung.

maka siapa yang lebih tahu tentang ciptaannya melainkan penciptanya?

marahNya pasti bersebab. laranganNya pasti berhikmah.
sebab Dialah yang maha tahu.



 قَالَ إِنِّىٓ أَعۡلَمُ مَا لَا تَعۡلَمُونَ

 ...sesungguhnya aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui

-albaqarah: 30-




bukankah Allah,
pelakar takdir yang terbaik?



asalkan...
mata hati yang celik...

20120224

tulisan~

lakaran kata...
bukan kosong...
melainkan bermakna...






maka benarlah
dan baru kini saya percaya

tulisan,
benarlah jendela hati.

maka
berhati-hatilah menulis
kelak ada yang terguris.

atau
berhati-hatilah melakar puisi
kelak ada yang iri hati.

atau
berhati-hatilah menyusun kata
kelak ada yang jatuh cinta.



23 february 2012
19:37
musolla azzikr~



meskipun...
pada pemahaman...
yang berbeza...

20120220

arirang~

andai kata...
musik ini satu bicara...







후렴:
아리랑 아리랑 아라리요
아리랑 고개로 넘어간다.


Man's heart is like water streaming downhill;
Woman's heart is well water—so deep and still.

*****

 
macam biasa. ter excited jumpa music box. dan macam biasa, saya ter beli lagi.

arirang, i love the famous, seoul version one. kalau hari tu saya cari youtube, lagu music box granada boleh la tahan, tapi kali ni saya cadangkan, tak payahlah cari kat youtube. hihii~ ^_^"

kalau nak juga, this one boleh la tahan~

but still, of all, rangkap-rangkapnya menawan hati saya.
=)




nota kaki 1: dik, nak nakal biarlah bertempat. maaf bagi sesiapa yang sempat baca post sebelum ni~ =.=!

nota kaki 2: tengah fikir, boleh ke music box korea ni beat music box granada? kihkih~

nota kaki 3: verse "Young men's love is like pinecones seeming sound,
But when the wind blows, they fall to the ground."
ni pun macam best. haha~ >.<





maka biarkan...
aku memahami sepenuh rasa...

20120217

luka akashi~

bicara tersembunyi...
terluka makna...
pada kata...

 saya kira benarlah. angin mampu berbicara.

hari ini antara hari yang galak. angin menuturkan bicara buat 'kita' yang memahami. kata orang, mungkin kerana peralihan musim. tapi kata saya, ia lebih dari itu.

ia sedang meluahkan bicara. mungkin yang lama terpendam. sekasar geserannya pada tubuh konkrit menambah intonasi, angin gegar mencari perhatian. mencari 'kita' yang sedia mendengar.

berdiri di bibir jendela, saya membuahkan senyum.

"berbicaralah semahumu. aku mendengar. mari kita sama-sama merawat luka~"



*****


teringat. pada hari pertama kami berempat menjelajah kobe. tempat pertama yang dituju ialah Akashi-Kaikyō Bridge, the longest suspension bridge in the world. juga digelar Pearl Bridge.







hari yang indah itu seperti hari ini. cuma mungkin lebih indah dengan gulungan ombak memutih dek angin yang terlalu kuat.


dan indah lagi, bicaranya yang bercerita. seribu luahan pada saya yang kadang berkerut. kadang tersipu. kadang memandangnya penuh makna, dengan doa, semoga sabar itu bererti buatnya.

dan berjalan, kadang dibawa angin, kadang menentangnya, saya menatap indah sebuah rumah dalam taman Maiko. lalu kata saya itu rumah idaman. letaknya di persisiran selat. setiap pagi disapa bayu mahupun disaji riak air tenang pasti menyegarkan.



terus merenung teguh utuhnya ia bertahan. kala desiran angin kasar atau pelan. yang kadang disimbah lantunan air hujan, mungkin juga ombak bergulung, saya terfikir.

mengapa dikatakan, "jika takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai?"

seolahnya ingin menimbulkan keraguan pada sesuatu niat, cita mahupun angan.

pada saya, be determined. jika sudah suka, binalah seindah mahligai. pasakkan kukuh dengan kesediaan dilanda badai.

kerana selalu, hidup tidak selamanya indah. bahkan, badai merempuh membina rosak adalah garam kepada lauk. memberi rasa.

cuma jangan dilupa, asasnya pada langkah pertama~

abaikan. saya rasa, berbicara dengan angin, pasti banyak angan ceritanya~

kemudian kami ke maiko marine prominade. berjalan dibawah platform Akashi-Kaikyō Bridge. it is an observatory hallway, by the way~






dan lewat petang itu, kami habiskan dengan menjelajah Kobe Harborland yang luas serta menutup tirai hari dengan matahari terbenam dari atas Kobe Port Tower.





















dan juga seperti hari ini, angin meluahkan rasa membawa beban awan hitam. pekat menanti masa. malam itu kami dibasahi hujan~


sejauh aku memahami...
seteguh mana...
kamu berdiri...

20120213

tokyo drift~


dalam lena tidur...
jaga itu...
lebih bahaya...



dua hari terakhir, meredah ke tokyo. bandar terpesat dan terpusat jepun. dan hari itu saya kira, dimulakan dengan hari yang paling teruji antara hari-hari kami di sana. kami terpisah. seorang ahli kembara kami dibawa shinkansen mendahului kami ke tokyo~


sepanjang perjalanan yang meresahkan, hanya maibara memberi sedikit kekuatan untuk senyum. tokyo, bukan sebarang bandar. dan jepun, cara penggunaan telefon di sini baru terasa menyusahkan!


 3ala kulli hal, dengan body language berbicara dengan pegawai di shinkansen track tokyo, julung-julung kali nama saya di announce menghiasi seluruh stesen dengan cara sebutan yang menggelikan usus, public phone yang saya kira baik tak ada, alhamdulillah kami temuinya, ditemani deraian air mata ketakutan~


saya kira, inilah tokyo. bandar anime. musim sejuk bukan penghalang. di sini kami temui lebih ramai 'anime' dalam bentuk 'life'.


ke akihabara. electric town yang boleh membuatkan kami gila melihat harga i phone s. cubalah convert pada RM. aaaaaaaa~! >.<




menghampiri senja, kami menuju ke Masjid Tokyo atau kat sana lebih dikenali dengan nama Yoyogi Mosque. indah yang tidak terungkap, saat Allah aturkan pertemuan saya dengan saima. another japanese-pakistani lady. saya tak sangka, menegurnya merupakan satu hikmah. saima is saira's twin! >.<


how beautiful He wrote, when i met Saira in Kobe mosque, and Saima in Tokyo Mosque. well, i guess, rumahNya, memang penuh keajaiban, kan?

malam yang semakin larut, dan masa yang dicuri insiden yang tidak diingini, ditambah dengan perut yang berbunyi, kami(?) mencari tempat makan. cuma kali ini, saya tidak turut serta. i chose to drift alone along the city. sementara menantikan mereka makan~

malam di tokyo, saya kira, beginilah. pada saya, ada bezanya dengan malam-malam sebelum ini di tempat yang lain. i drifted myself. trying to find something that would make me satisfy. and yes, i do find it~




the very next day, kami ditemani beberapa orang kakak, yang memeriahkan perjalanan kami ke harajuku. they were sweet and awesome! terharu sungguh. well i guess as the saying says, the more the marrier~!


harajuku, saya ingatkan tempat apalah. teringat novel RAM yang saya masih belum baca. akibatnya, balik malaysia tempoh hari, saya dihadiahkan novel terbitan 2006 itu! haiayaa~ >.<
(oh ya, novel fiksyen 302 memang cool!)







tapi mungkin ya, harajuku istimewa pada beberapa keistimewaan~

ke yoyogi park dan otsuka mosque. kata mereka, berbanding Tokyo mosque, di sini lebih diimarahkan. dan kebetulan ketika kami sampai, ada satu talk yang disampaikan oleh muallaf cina dari malaysia. sekurangnya untuk seketika, kami dapat sesuatu yang membasahkan rohani~

indah.


tempat terakhir kami sempat singgah adalah suginami animation museum sebelum balik ke kansai lewat petang itu. memikirkan bag yang masih belum dikemas, dan flight pulang ke korea awal esok pagi, terpaksa kami redha beberapa tempat yang dalam perancangan.


untuk peminat-peminat anime, menghasilkan bendalah ni, memang bukan perkara yang senang~ =.=



 

hajatnya nak singgah ke maibara. tapi turun, naik semula shinkansen sebab takut dengan 'sunyi' stesen. memang berdramalah time tu dengan asmat~ >.<



oh ya, ni satu-satunya seniman jalanan yang saya jumpa sepanjang kembara ni~
the coolest ever~
=)






a drift to tokyo, at least i valued something. a thing, that i rarely get~






mungkin pada celik...

hati itu...
yang buta...

^frens^

 
Copyright ^(U)mbReLLa^ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .