RSS

20120128

setenang kobe~

sekilas kembara...
membawa beza...
sejujur makna...





saya kira, walau tercampak ke mana-mana, hanya satu tempat yang memberi ketenangan rasa.

dan saya

takkan pernah mampu lari darinya~




*****



perjalanan pergi yang diiringi snow flakes indah. senyum sepanjang perjalanan seolah terasa direstui meskipun meredah keseorangan.

akhirnya saya berjaya meredah sannomiya ke Kobe Muslim Mosque ditemani peta dan sepatah kata "dako deska?"

sebelum tiba di Kobe Mosque, saya bermesra dengan Sacchio. japanese muslim yang berkahwin dengan orang pakistan. memiliki kedai Kobe Halal Food di penjuru simpang sebelum tiba Di Kobe Mosque. memiliki dua orang anak perempuan berusia 12 dan 15 tahun. pandai berbahasa melayu.

katanya, pernah ke Malaysia 4 kali dan dia sangat menyukai orang malaysia. ni normal kot. jumpa foreigners, semua suka malaysia. heh.

bila ditanya, katanya population muslim ramai foreigners. pakistan, indonesia, india tapi percentage out of japanese sangat rendah. cuma syukur, sekurangnya, sinar itu ada. syahadah itu berkembang sebenarnya.

"japanese people dont believe in gods. when they are in shrine, they do like this (tepuk tangan dua kali dan tunduk-shintoism). when they are church, they do like this (cross). when they are in saudi arabia, they do like this (solat). they are very adjustable."

i made a small laugh at the word adjustable. tapi sebenarnya terluka pada kosongnya makna kehidupan mereka. antara yang saya gemar buat di stesyen JR atau shinkansen, ialah memerhatikan mereka. ah, kadang kosongnya wajah mereka terlalu terbias.

terkejarnya mereka ke sana ke mari menyelesaikan urusan harian, kadang saya rasa seperti robot berwajah manusia yang tiada pengakhiran yang meyakinkan. mereka, tiada 'siapa' untuk dipuaskan. dan saya, baru rasa benar syukur bertuhan~

pada sacchio yang malu-malu mengaku sekadar pernah solat sekali. tidak pernah bertudung. dan kadar muslimnya hanya sekadar menjaga dari memakan daging haram dan arak, saya bisikkan dalam pelukan erat sebelum meneruskan langkah ke Kobe Mosque.

"you should, sacchio. learn islam more. slowly~"

dan benar saya rasa, tali yang dihubungkan syahadah. begitu manisnya~



*****



berdiri di hadapan Kobe Mosque, sudah terasa getarnya. masjid lindungan Allah saat yang lain hancur dibaham hanshin earthquake 17 january 1995. ketika saya diusia 4 tahun sehari (nak jugaakk~ =.=)

bertahannya bukan atas dasar binaan kukuh. tapi tegarnya berdiri atas dasar arahan Tuhan yang maha agung. Dia yang melindungi rumahNya, dan sesiapa yang mencari perlindungan di dalamnya.

beriktikaf untuk dua waktu solat, saya bertemu Saira. juga kacukan jepun dan pakistan yang mengajar bahasa inggeris di situ. saira juga graduan dari UIA. bertukar cerita yang berakhir dengan bertukar facebook.

kagum pada dia, yang belajar jauh di rantauan. dan pulang ke kampung halaman, berbakti untuk perkembangan islam di sini. saya?

dan perjalanan pulang yang ditemani halus bulan sabit. juga indah. dengan tenang rasa yang Dia kurniakan, senyum saya masih di sepanjang jalan pulang~






asal berpegang...
pada asal...
tercipta...

20120126

dingin haiku arashiyama~

tercorak indah pada baju...
tercorak indah pada rasa...




rakushisha~



arashiyama
salju menimpa dingin
senyum terluka

nikmat menggunung
nikmat membuah menung
gusar berduka

doa mengalir
sepanjang hozu river
pada si Dia



24 january 2012
12:45
salju di arashiyama~




*****



excited jumpa Rakushisha, sort of the center of haikai (haiku) poets. Rakushisha ni juga digelar House of the Fallen Persimmons. rumah kepada Mukai Kyorai, anak murid kepada Basho Matsuo. ada banyak haiku yang ditulis pada batu-batu dalam bahasa jepun of course.

saya minta Akio translate kan tapi dia tak boleh. he said it was too deep. but then, it was awesome when he read it in japanese language~!

berjalan sekitar arashiyama sangat cool. bertambah-tambah cool bila salji turun semakin lebat. mencorakkan indah pada baju. juga mencorakkan indah pada rasa~

dan meredah hujan salji sepanjang ke manga international museum di kyoto. menaiki shinkansen, the bullet train. saya gusar. andai ini token kepada ujian yang sentiasa memburu. cuma apa jua aturanNya, semoga saya mampu redha.

paling best, semalam bike sightseeing in Nara for one whole day. bermesra dengan rusa di Nara Park. cuma saya kira, kembara ini benarlah mengenalkan mereka kepada saya. tidak lupa juga mengenalkan saya kepada mereka.

pulang lewat semalam, immunisasi tidak menyebelahi saya. maka hari ini saya terkurung dalam bilik. miss my trip to osaka sebab tidak larat untuk bangun awal pagi tadi. tapi ingat nanti nak terjah ke Kobe mosque. bosan sungguh sorang-sorang dalam bilik. try lah. bukan tak biasa buat. err~

haisy. random sungguh. entah apa yang ingin disampaikan dalam post kali ini. semoga nikmat sihat yang ditarik menjadi kafarah dosa yang menggunung.

semoga kembara ini banyak barakahnya.

semoga banyak belajar.

semoga sentiasa thiqah billah.

kali ni rasa macam fail jadi good travelmates. menyusahkan mereka je.

rindu ma abah. nak balik malaysia cepat. eh (?)

target quran yang macam tak tercapai.

semalam jumpa dorayaki. nak makan tapi takut kalau-kalau ada elemen tak halal.

ah. random pelik.

ni memang normal orang tak sihat kan?

semoga mati dalam husnulkhaatimah.

memang random. sah-sah perlu terjah ke Kobe Mosque ni.

tatalah.

semoga perjalanan saya dilindungi Allah~



selalu terikat pada masa lalu...
dan gusar pada masa depan...
hingga terabai hari ini...

20120122

imbauan drama~

sejajar diri yang berjalan...
mengimbau cerita...
aku kira...




winter sonata at nami island~


boys over flower at namsan tower~


sassy girl choon hyang at lotte world~


my girl at 63 building~


personal taste at buckchon hanouk village~


uhh. tak sangka boleh tahan banyak juga drama korea yang saya tonton. jalan sikit teringat scene kat sana sini~ >.<

tapi sungguh yang saya rasa, berjalan, dan teringat scene dalam cerita boleh disamakan dengan berjalan, dan terimbau kenangan. kerana kenangan itu sendiri satu scene dalam hidup kita, bukan?

tapi lagi berbekas andai kita berjalan, dan terbayangkan scene sejarah yang pernah terlakar dalam dunia islam kita. seperti cerita bergambar yang kita (baca: saya) sentiasa tonton sepanjang musafir di jordan.

tidak kira, even sepanjang perjalanan ke jami3ah. jordan, bagi saya, sentiasa menjadi alquran yang bergerak. eh, ni kes rindu jordan ke apa? =.=



*****


semalam, hari terakhir di bumi korea. tak sempat nak update untuk jeleskan izzah gara-gara terpaksa berkejar bas ke airport. tapi happy ending, bas tu langsung tidak menjeling ke arah kami dan terus berlalu. cis. terpaksa juga kami naik subway ke airport dengan beg yang bertambah-tambah beratnya.

dan semalam, mood saya terganggu. tak sangka kembara kali ini, pen kesayangan saya tertinggal dalam tren lagi. memang buat scene lah depan orang korea time tourguide kami kat luar dan kami tak sempat keluar dari tren. sangat cuak. dan tiba-tiba, pintu itu terbuka. terjerit kami. dan pen saya tercicir.

serius terganggu. dah la pen malaysia. pen biru. pen yang sama. dan satu-satunya pen yang saya bawa. aaaaaaaaaaaaa~! >.<

tapi syukur, sebenarnya sebab saya rasa, kalau buku nota saya yang tercicir, saya boleh jadi gila~!

memujuk hati, tersenyum sepanjang perjalanan ke airport menaiki subway, setiap jejak saya bertambah senyum. mengangkat beg sendiri mendaki tangga yang tinggi. 'berkelah' dalam airport makan bibimbap. tidur merempat dalam airport menantikan flight awal pagi esok. senyum yang bertambah senyum.

bukankah sudah saya katakan, berjalan pasti akan mengimbaukan kenangan. kerana kenangan itu sendiri satu scene dalam hidup kita, bukan? ah, rindu nak travel dengan izzah~ =)

dan alhamdulillah. mentari terbenam menyambut kedatangan saya ke negara matahari terbit ini~


mount rokko, kobe~





sejajar itu juga...
kita berjalan...
mengimbau kenangan...

20120121

he's a bus driver~

pada sabar...
dia menegur...
tanpa putus...





aku lihat pada jernih akhlakmu
mengapa hidayah bukan milikmu?
sopan kata, mesra bicara
pada mereka yang tidak peduli

aku kira jawapan kucari dari namsan
berlanjutan ke itaewon
dalam tren, dalam kedai, dalam bas
sehingga ke lotte world
menyusuri anyangcheon river

akhir kutemui di sindang
dalam enak semangkuk rabokki
dalam sepatah kata
annyeong haseyo~




20 january 2012
22:45
sindang rabokki~





pada senyum...
aku kagum...
sepenuh tulus...

20120120

nur islam~

kadang melihat...
harapan secerah mentari...
sirna...




kalian tahu apa perasaan melihat kalimah Allah dalam negara yang tidak bertuhan?




19 january 2012
20:20
itaewon~






tapi ibaratnya bunga mekar...

semoga satu hari...
tumbuh indah melata...

20120119

air mata han river~

setiap kali...
aku rasakan...
berkongsi perasaan...





aku kira, pada halus lenggokmu
menyusur aliran dingin
ada rahsia yang tersembunyi

pada bisikan bayu yang meraikan
kalian berbicara bisu
penat menyaksikan, membawa, menghibur
insan yang penuh cinta
akan dunia

dan aku kira, dia sendiri pilu
terpaksa merelakan jalanmu
sedang sebolehnya ingin membeku
tanda berkongsi kesedihan

"Han, mereka perlukan Tuhan, bukan?"

aku terkelu.





18 january 2012
20:35
han river cruise~




aku mengiakan...
benar...
aku mengiakan kalian...

20120117

winter sonata~

gusar pada cinta...
hati dan cita...
hidup?




bagaimana ingin aku percaya pada agung, cinta insan?
sedang kalian memilih untuk atheist, tidak bertuhan?





17 january 2012
17:17
namiseom~



aneh pada diri...
agung...
tapi hina...

20120116

21~

bukan hilang...
yang aku gusarkan...
tapi ditinggalkan...








bertambah lagi satu.

dimakbulkan lagi dua.

ya Allah, andai aku minta yang ketiga, adakah aku terlalu tamak?





16 january 2012
21:35
incheon~



mungkin perlu ditinggalkan...
untuk rasa...
kehilangan...

20120114

cinta jordan-uk~

keliru dengan diri...
lebih keliru...
dalam diri...








 I

bening matamu aku tatap
dalam cinta sebuah pertemuan
kau ditanya, apa tujuan hadirmu
tanpa ragu
jawapanmu kerana aku

saat kita berkongsi katil
saat celotehmu menemani tidurku
aku mengerling aneh
rupanya jauh
lebih mendekatkan kita

dan dalam dingin syitaa
kita meredah angin
mencipta memori
yang aku yakin
pasti suatu hari dirindui


II

cuma sahabat,
andai sahaja aku kehilangan
segalanya

andai sahaja jalan ujian kita
terlalu berbeza

berbekalkan kenangan

masihkah kau setia?
menjadi sahabat berkongsi rasa?





nota kaki 1: pecah kaca pecah gelas, surat cinta dah dibalas~ bittaufiQ exams, dear~! ^^

nota kaki 2: kali pertama, sebuah kembara yang bakal dimulakan dengan berbaur rasa. entah dimana hilangnya hati yang selalu menemani.

nota kaki 3: seriously, kepada semua yang mengenali. dari lubuk hati saya ingin meminta maaf. entah mengapa. saya andaikan mungkin ini kembara terakhir saya. mungkin ini cerita terakhir saya. siapa tahu, bukan?





cuma berharap Tuhan...
aku tidak...
Kau tinggalkan...

20120110

bukti II~

kadang rasa diri...
tidak menjejak mimpi...



aku begitu cinta akan bulan dan cahayanya

lantas saat penuh sinar rembulan,
aku melangut di jendela.

aku bilang aku cinta sama hujan dan titis airnya
tidak kira halus lembut atau garang menggila

lantas saat ia menyapa perjalanan,
payung itu aku lepaskan.

aku begitu tersenyum melihat mentari
memuji indah ciptaan ilahi

lantas saat tinggi matahari di atas kepala,
kupejamkan mata, dibelai cahayanya.

aku katakan aku rindu akan pelangi
saat langit putih bersih, aku tercari-cari

sekali turun titis dari awan,
aku terus berharap, tuah milikku, munculnya pelangi.






aku katakan aku cinta (dia)

sekarang nyatakan:

tidakkah kau percaya?



nota kaki 1: ini post balas kak aishah. spontan tulis lepas baca. tercabar. rasa seperti cinta saya pada 'mereka' diragui.

tapi kadang, kak. mungkin ada benarnya. =)


nota kaki 2: oh. rangkap terakhir itu seharusnya diabaikan. sekadar membalas coretan kak aishah~ ^^"



lantaran hidup itu mimpi...
dan aku masih di sini...

20120109

semilir angin~

sedingin alur...
yang mengalir indah...







kulihat angin
lalu ku tersenyum dengan senyumannya yang menyapaku

kulihat angin
lalu ku ketawa dengan bicaranya yang mencuit hati

kulihat angin
lalu ku tersipu dengan siulan nakalnya yang mengusikku

kulihat angin
lalu ku tenggelam dalam pelukan mesranya

kulihat angin
lalu ku lemas dalam membalas cintanya

dengan sepenuh cinta


kau melihatku
lalu katamu aku gila
mana mungkin aku melihat angin?

aku melihatmu
lalu kataku kau lah yang gila
dengan segala deria yang kau ada

tidakkah kau mampu melihatnya?




08 january 2012
15:38
bicara angin~







nota kaki: ah. purnama malam ni sangat subhanallaaaahhhhhh~! aaaaaaaaaaaa~! >.<




seindah bayu...
yang berbisik gundah...

20120108

wanita dan ketakutan~

kerana kita...
kisah seribu cerita...
membibit warna...




saya kira, antara ketakutan seorang wanita adalah saat tidak terjaganya hati.




kerana wanita, saat tumpulnya duri yang membentengi hati, akan terjadi dua perkara;


fitnah datang darinya,

dan fitnah datang kepadanya~




kerana kita...
kisah seribu cerita...
melakar dunia...

20120107

ya waiyhi~

kurang lebih hati...
moga lunak...
dalam diri...



  




"tidak malukah kau bermaksiat padaKu?"

astaghfirullah.
saya tiada jawapannya.




semoga hati...
dalam peganganMu...
rabbi...

20120106

alhambra~

lalu kulihat...
pepohon saksi...
sepanjang jalan...



THE ALHAMBRA BY MOONLIGHT


i have sat for hours at my windows, inhaling the sweetness of the garden and musing on the chequered fortunes of those whose history is dimly shadowed out in the elegent memorials around.

sometimes i have issued forth at midnights, when everything was quiet, and have wandered over the whole building.

who can do justice to a moonlight night in such a climate and in such a place!

the temperature of an Andalusian midnight in summer is perfectly ethereal. we seem lifted up into a purer atmosphere; there is a serenity of soul, a buoyancy of spirits, an elasticity of frame that render mere existance enjoyment.

the effect of moonlight, too, on the Alhambra, has something like enchantment.



Tales of the Alhambra
by Washington Irving






Granada, I'm falling under your spell,
And if you could speak, what a fascinating tale you would tell.
Of an age the world has long forgotten.
Of an age that weaves a silent magic in Granada today.

The dawn in the sky greets the day with a sigh for Granada,
For she can remember the splendor that once was Granada.
It still can be found in the hills all around as I wander along.
Entranced by the beauty before me,
Entranced by a land full of sunshine and flowers and song.

And when day is done and the sun starts to set in Granada,
I envy the blush of the snow-clad Sierra Nevada.
For soon it will welcome the stars while a thousand guitars,
Play a soft habanera.

Then moonlit Granada will live again the glory of yesterday,
Romantic and gay.



asyik pandang music box yang kaku terkunci. rasa nak korek je baldu merah tu, tengok apa yang tak kena dengan key. macam mana la tiba-tiba boleh stuck. aisy~

ijat, tolong belikan music box granada untuk akak! >.<




menjadi saksi...
megah islam...
sepanjang zaman...

20120105

hurun ain II~

lalu gemerlap kota...
tandus sebuah cahaya...
bisa menghina...



"sayang tahu, waktu itu akak rasa sangat tersepit. antara meninggalkan atau menerima. sedang perjalanan masih jauh. dan hati akak terlalu rapuh."

dia enggan berhenti senyum. sedang ketika itu, air mata saya murah mengalir.

saya ingin dia teruskan bila diamnya agak lama. mengambil nafas barangkali. cuma senyum damainya yang masih belum putus. tapi seakannya, lidah saya kelu untuk mencelah.

"lalu akak ambil jalan berdiam diri. selepas tenang damai sebuah istikharah, akak tegaskan pada diri. Allah sudah tuliskan."

dia memandang saya dengan mata yang bersinar memukau. dalam.

sedang mata saya berkilau dipantul cahaya pada air yang bergenang. yang kemudiannya menitis perlahan. entah mengapa tersentuh benar pada ceritanya kali ini. seakan mengerti rasanya. seakan, ini jugalah yang akan saya lalui nanti.

"kisah hati, kisah yang tercipta, bukan?"

dia tersenyum penuh makna. saya melarikan pandangan.

"aduh. kak aisha terlalu pandai menafsir. buku nota itu, bukankah hanya rahsiaku?" hati saya berbisik segan.

"memang ianya sebuah kisah tercipta, kak. cuma kelirunya, adakah terciptanya ia setelah saya menciptakan? atau sekadar menyerahkan ia tercipta? bagaimana sekiranya kisah itu tidak seperti yang saya ingin ciptakan?" saya memberanikan diri membalas. menantikan pendapat darinya.

"lalu adik sayang, kamu berharap sekaligus berserah?"

"bukankah itu juga yang akak lakukan?" dahi saya berkerut. dia ketawa gemersik.

"kerana Allah sudah tuliskan. lupakah kamu, adik sayang?"

tangannya mengusap kepala saya. saya hanya memandang bayang-bayangnya yang semakin menghilang pada cerminan jernih sungai.

"ah, kak. saya lupa pula." saya mengukir senyum damai.




lalu gersang hati...
tandus secalit mimpi...
bisa merona...

20120104

kelana~

ombak sebuah kehidupan...
pasti surut di tepian...






alam yang bertutur
umpama bayu dari langit tinggi
sutera melembut mendasar hati

alam yang bertutur
umpama saga mentari pagi
kilau menghias membangkit diri

alam yang bertutur
umpama tegar bukit meninggi
pasak mengukuh mencengkam nurani

alam yang bertutur
jiwa yang mendengar
hati yang berdebar


"selama Tuhan menjadi raja"





03 january 2012
15:12
perjalanan amman-irbid~


*****


sembang mengisi perjalanan pulang dengan asmat, ditanya tentang target kembara kali ini. saya terkedu tersenyum. pura-pura tidak faham.

"ye la. contohnya nak habiskan 30juz ke. nak bawa lecture note CNS ke. apa target intan kembara kali ini?"

gelak.

"well, specifically, tak fikir lagi pun. tapi basically ada dua. tapi intan, kalau kembara, bab study intan tinggal kat jordan. prefer fokus apa yang intan boleh dapat dari kembara tu. and quran, ye lah. memang tak boleh tinggal. quran memang yang pertama lah."

"yang kedua?"

perbualan itu tergantung. saya gelak-gelak, tak mampu nak menjawab secara berdepan. mengelak. segan pun ada untuk menjawab. entah kenapa.

tapi, target basic saya yang kedua, seluasnya saya ingin membuka hati, mata dan telinga. lebih bersedia untuk berbicara denganNya melalui alam yang tersedia.

demi bintang-bintang yang beredar dan terbenam.

demi malam apabila telah larut.

dan demi subuh apabila fajar telah menyingsing.

setiap bicaraNya saya ingin melihat, mendengar sehingga menyentuh melekat dalam hati.

biar diasak pertanyaan,

tidakkah saya memerhatikan unta bagaimana diciptakan?

dan langit, bagaimanakah ditinggikan?

dan gunung-gunung, bagaimanakah ditegakkan?

dan bumi, bagaimanakah dihamparkan?

setiap pertanyaanNya, biar tertampar di pipi.

sekurangnya, berbanding waktu lain yang digauli pelbagai urusan, waktu kembara mungkin saya lebih bersedia. specific targets, tak fikir lagi~


asmat, we'll sure be good travelmates together~
=)




lalu apa mungkin...
buih itu disalahkan?

20120103

hurun ain I~

ajaib alam ini...
bicara bisunya...
sering mengisi hati...



pernah hari itu dia datang berjumpa saya. senyum lalu duduk di sisi saya. saya memandang bahagia. wajahnya jelas memancarkan cahaya indah. saya tahu, ada sesuatu yang ingin dia sampaikan pada saya. saya menanti.

anehnya. dia diam di sisi. dengan senyuman yang masih menemani. saya resah. kebiasaannya dia bercerita dengan penuh kelembutan. tentang liku perjalanan hidupnya. yang kemudiannya saya akan rasa, saya juga melalui perjalanan yang sama.

ceritanya penuh luka. tetapi seakannya bahagia di setiap penghujung. kerana pada akhir ceritanya, dia akan kata, "kaca mata manusia, sayang, takkan pernah sama dengan kaca mata Allah. bukankah mukmin itu hebat pada setiap syukur, dan sabarnya?"

dan pada penghujung itu, saya merasakan dingin tenang yang meresapi. seakan menjadi nafas menemani perjuangan mengharungi hidup dunia. tatkala saya tersenyum, dia akan mengusap kepala saya. lembut.

tidak sabar, saya bersuara.

"kak aisha, kenapa membisu?"

dia memandang lagi dengan senyuman. matanya bercahaya laksana bintang di malam hari. saya terpana. indah. indah.

"ceritanya, lain kali ya sayang. kamu sendiri ada cerita, bukan? akak tersenyum pada rangkap itu."

saya bingung. cerita saya?

diusapnya kepala saya penuh cinta. meninggalkan ketenangan yang tidak terungkap. saya tersenyum. dan dia, seperti biasa, menghilang tanpa jejak.

dan saya terjaga. dengan senyuman masih dibibir.


pernah aku melihat
sinar pada matamu
sejernih bicara yang tidak aku fahami
itulah hatiku sendiri




saya membelek buku nota itu. kini saya faham.

mimpi yang indah.

"kak aisha, saya menantikan kehadiran akak lagi. "





silih berganti...
laksana senyuman...
dan air mata...

20120102

demo siswa~

laju menitip kata...
bukan berbicara...
melainkan bahasa...




semilir angin yang bertiup ganas
segalak rintik yang menghentak keras

dan aku masih di meja
berbalut berteleku menghadap buku
menghela nafas memandang bisu

mungkin
litup jendela itu perlu kubuka

mungkin
getir hidup itu perlu kusemuka




02 january 2012
03:14
irama mengetuk hati~





"lalu, tahun baru pun panas bertunas;
lalu, demo siswa pun ganas ditindas~"






laju membalas bahasa...
bukan berbunga...
melainkan sengketa...

20120101

brand new~

pada keduanya...
yang tiada kepastian...








boleh panggil saya intan.







aku pilih yang ketiga...
iaitu Tuhan...

^frens^

 
Copyright ^(U)mbReLLa^ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .