RSS

20111230

an ending that begins~

hujung sesuatu jalan...
adalah permulaan...
jalan yang lain, bukan?





in train france-belgium~


life has always been wonderful. until the day we look back and count. all those things we had lost along the way. and how hard it was to reach the present. life has always been wonderful back then.

 
true, isnt it?

pernah rasa seolah-olah ditarik nikmat satu per satu? perlahan-lahan. dan kita tak mampu berbuat apa-apa untuk mempertahankannya, mahupun mencegahnya daripada diambil?

pernah rasa?

pernah rasa diri kita perlahan-lahan berubah. pegangan kita semakin lama semakin goyah. hati kita semakin lama semakin lemah. kerana diujiNya sedikit dengan kesusahan, dan kita memandang orang lain yang dilihat senang tetapi sebenarnya diuji dengan kesenangan.

pernah rasa?

pernah rasa bagaimana apabila kita sebenarnya lemah, tetapi menjadi sumber kekuatan orang lain?

pernah rasa?

jumaat yang barakah. jumaat terakhir untuk tahun ini. jumaat yang menjadi saksi.

2011, seolahnya tahun yang agak pedih bagi saya. dalam manisnya terselit hempedu. tapi mungkin, kata orang, pahit itu ubat.

maka, saya ingat ingin membuat sedikit perubahan pada blog. sejajar dengan perubahan pada diri. moga-moga.

oh, ya~ let's renew the faith everytime. and let's keep walking towards better changes.

2012, semoga kamu lebih baik terhadap saya~

this is an ending that begins.

with that, i rest my year. december ends here.



إِنَّ ٱللَّهَ عِندَهُ ۥ عِلۡمُ ٱلسَّاعَةِ وَيُنَزِّلُ ٱلۡغَيۡثَ وَيَعۡلَمُ مَا فِى ٱلۡأَرۡحَامِ‌ۖ وَمَا تَدۡرِى نَفۡسٌ۬ مَّاذَا تَڪۡسِبُ غَدً۬ا‌ۖ وَمَا تَدۡرِى نَفۡسُۢ بِأَىِّ أَرۡضٍ۬ تَمُوتُ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرُۢ


sesungguhnya hanya di sisi Allah ilmu tentang hari kiamat. dan Dia yang menurunkan hujan dan Dia mengetahui apa yang ada di dalam rahim. dan tidak ada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang dikerjakannya esok653. dan tidak ada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. sungguh, Allah maha mengetahui, maha mengenal.


-luqman: 34-


653: manusia itu tidak mengetahui dengan pasti apa yang dikerjakannya esok atau apa yang akan diperolehnya. namun demikian, mereka diwajibkan berusaha.

*dush*



nota kaki: selamat study untuk another 3 finals, intan. jangan bagi alasan untuk tak score. exam tahun depan kott~ ada masa setahun untuk prepare, tahu? =.= (hambar)




teruskanlah berjalan...
tersungkur jatuh...
bukankah adat?

20111226

nota cinta~

andainya...
dapat kumenulis...
nota-nota cinta...
buat dirinya...




sunset terindah~


patuhmu pada aturan alam
akurmu pada perintah Tuhan

yang menebalkan awan
menurunkan hujan

namun sempat kau tebarkan
biasan cinta menawan

dengan penuh segan
kau berangkat pulang

dengan penuh harapan
aku menghadap Tuhan



nota kaki: the title is a song~



cintaku kepada dia...
rinduku hanya padanya...
kasihku tulus buatnya...
setiaku balas kasihnya...

20111223

best friend~

pada suatu kelainan...
aku tahu...
ia melengkapkan...



  


cerita satu~

" intan, tau tak kita tak pernah buat macam ni kat malaysia. rumah dekat, tak pernah pun overnight macam ni."

pukul 3 pagi dia memecah sunyi setelah pelbagai topik menjadi perbualan. saya terpegun pada kata-katanya.

"a'ah laaaa~ sweet nya~! rasa macam kak mia naik plane, crossed countries, datang sini for a pillow talk dengan intan~!"

kami ketawa. inikah yang dikatakan persahabatan yang tidak terpisah oleh jarak?



cerita dua~

"apa niat utama mia datang jordan? ye la, kita kan nak buat sesuatu kena pastikan ada niat. baru jadi ibadah, tak sia-sia perbuatan."

seorang kakak membuka bicara, menyelit peringatan di sebalik sebuah perjalanan jauh dari UK.

"ziarah intan~"

saya terkedu. tidak terfikir pula jawapan itu yang akan keluar dari bibirnya.

"itulah akak. dia naik flight 4, 5 jam, datang sini buat pillow talk! kat malaysia tak pernah-pernah kitorang buat macam ni. padahal rumah dekat je." saya memecah suasana yang dirasakan agak awkward.

"oh, korang kawan sekolah kan? memang kawan baik ke?"

kami terdiam. masing-masing tidak bersuara. hanya senyum nipis yang menghiasi bibir. tidak mengiyakan, tidak juga menidakkan. saya menjeling kak mia.

barangkali saya rasa, ini uniknya persahabatan kami. kami tidak pernah 'declare', tapi tindakan kami menceritakan segalanya.

dan ketika itu saya fikir, biarlah perbuatan yang berbicara, menjawab persoalan~



cerita tiga~

sejujurnya, dia tetamu pertama saya. seharian hang out bersama, bawa menghadiri lecture, ke tasik JUST, ke university yarmouk dan sepanjang syari3 jami3ah. dan buat kali pertama sepanjang saya di sini, kami ke Arabella mall pada waktu malam.

dan buat kali pertama dalam hidup saya rasa sangat segan malu serba salah sebab tertangkap red-handed lima minit sebelum pukul sembilan. oleh ketua j***

setelah diceritakan sistem qarar di sini, dia gelak dalam serba salah.

"habis la nama intan kena black list. masuk mesyuarat," usiknya.

"ampun intan~" tambahnya kemudian.

"ampun u*ya~" balas saya.

dan sungguh. rasa segan malu serba salah saya masih tak hilang~ =.=


cerita empat~

"wahai hambaKu, masuklah ke syurga yang penuh nikmat atas amal yang pernah kau kerjakan sewaktu di dunia."

"tidak ya Allah. aku takkan melangkah masuk kecuali bersama-sama sahabatku itu~"



الأخلأ يومـئذ بعضهم لبعض عدو الا المتقين
   
Pada hari itu (hari kiamat) sahabat-sahabat karib setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan takwa (iman dan amal soleh). 

-azzukhruf: 67-

 
kak mia, semoga kita mencipta cerita sebegini di akhirat nanti andai salah seorang antara kita terpilih menjadi penghuni syurgaNya. safar sa3iedah. semoga langkahmu dibumi jordan menitip langkah para anbiyaa'~

nantikan kunjungan intan ke bumi cardiff. i'll make it specially for you, insyaAllah. then we'll have another pillow talk~! ^^

oke, amy. sila jeles sekarang~ haha~ XD


 




nota kaki 1: finals approaching. atas segala kesukaran, saya ada modal untuk 'mengungkit' dengan Allah, yeay~! ^^

nota kaki 2: another motivated song, given to me~

nota kaki 3: another birthday celebration at foreign country, insyaAllah~ tak sabar nak balik~! ^^

nota kaki 4: okebai. tata. doakan kami yang menempuh final (29 dis, 2, 7, 12 jan). semoga Dia mudahkan~




dan pada satu persamaan...
aku tahu...
ia menggembirakan...

20111220

traveler's diarrhea~

kembara...
bukan perjalanan diri...
tapi perjalanan hati...




"travel broadens the mind and loosens the bowels"

quote yang menyegarkan saat mata digayuti sy*itan ketika dalam lecture pharma system lepas. bibir dah terbentuk-bentuk menahan senyum. pada saya, perkataan travel itu sendiri mempunyai seribu satu maksud.

kadang saya rasa. panjang benar mimpi ini. entah bila saya akan terjaga. dan bila digamit ingatan itu, pasti ada:

"oh, masa kecil dulu saya pernah angankan ini."

"wah, dulu ingatkan suka-suka je cakap."

"dulu selalu bila cakap, orang kata berangan. sekarang siapa sebenarnya yang berangan?"

sebab atas segala nikmatNya, saya tak pernah sangka dimakbulkan angan memegang salji di usia 18 tahun. tak pernah serius berangan akan belajar di luar negara. (dulu suka usik-usik ma abah je, kata nak belajar luar negara. tinggalkan mereka biar kembali romantik berdua. haha)

tak pernah gambarkan menjejak kaki ke negara-negara sekitar. dicemburui adik beradik lantaran menjadi adik termuda menunaikan umrah. bersama ma abah pula tu. siapa yang tidak cemburu, bukan?

pada saya, paling saya gembira apabila ma abah tak susah-susah keluarkan duit tanggung pelajaran saya selepas SPM. sekurangnya, itu usaha terlemah saya membalas jasa mereka (setakat ini).

tempoh homesick hari itu (dan masih lagi kini), berkeping-keping weinak saya habiskan. satu family saya call. dan berita yang pelbagai pasal si ciliks. bahkan, hana dan dhia berbual dengan saya dengan gaya orang dewasa. mungkin, tak selamanya saya harus memandang mereka sebagai seorang kanak-kanak.

soalan panas (saya kira), berbual dengan abang kakak, "winter break ni ke mana? amboi. melancong lagi ke?"

jawapan saya hanyalah tawa.

dipesan ma dan abah, simpanlah duit untuk masa depan. beli tanah, beli kereta, beli rumah, buat ka*w*n (erk. ini sangat luar topik.=.=!). dan lain-lain pesanan supaya tidak saya 'bazirkan' duit pada sebuah 'perjalanan'.

"alaaa, ma. sampai masanya intan akan 'bersara'~ tunggulah sehingga intan jumpa apa yang intan cari~"

"bersara? bersara dari melancong?"

ma gelak. gemersik bunyinya. (saya yang rindu sebenarnya)

dan saya turut ketawa.

atas segala kata, saya kurang gemar dengan perkataan 'melancong'. pada saya, kembara, adalah sebuah perjalanan. bukan sekadar perjalanan diri, tapi perjalanan sebuah hati.

dan yang terindah pada sebuah kembara, bukan pada sebelum ataupun ketika, tetapi sesudahnya.

dan kembara mencari Dia, pasti lebih bermakna, bukan?

lupakah kita, sebenarnya, selamanya kita adalah seorang pengembara?





*****





setia menantikan cinta dari UK. jumpa esok~
safe journey, dear you~
^_^ <3





nota kaki: oh, harap boleh ke UK next summer break~ >.< 

nota kaki 2: ada dua favourite link untuk hari ini. ini satu. ini dua~ haha~ XD





lantaran hidup sendiri...
sebenarnya sebuah kembara...
tanpa henti...

20111217

suria II~

bisik kata itu...
terbang mendayu...
bukan aku...
bukan dia...




cordoba ada dalam darahku. ada nafas kami.



music box yang hanya tinggal kenangan. dah rosak~ sobbs~ ='(


pernah malam itu saya termangu ditemani musik guadalquivir. menongkah suara arus dengan alunan kalamullah. merangkak menulis di bawah cahaya rembulan. cahayanya cukup terang. sekurangnya mampu menyinari hati suram saya ketika itu.

merenung pekat malam, saya bertanya pada sebuah jawapan. bayu malam yang menyapa, sejuk membeku pada wajah. membejat fikiran pada nokhtah sebuah persoalan. aliran sungai itu tidak saya lihat. tapi cukup jelas saya lakar, pada deria yang mendengar.

dan cuba saya gandingkan. musik cinta dari granada. saling bertukar kata dengan musik alam. saling berbalas rangkap. saling melengkap. dan pada akhirnya, sebuah ceritera yang beralur tenang. pada sebuah senyuman. yang cukup pahit untuk saya ukirkan.

lalu pada kepingan itu saya tulis,

mana mungkin hati yang mati dan kosong, menawan hati yang hidup lagi terisi, kan?

lalu dibalas,

hati ini hidup, untuk menghidupkan hati itu. dan hati ini terisi, untuk turut mengisi hati itu.

pada barisan itu, saya terkelu.

saya pulang membawa langkah. juga bersama soalan tanpa jawapan. resah sepanjang perjalanan, yang terjawab pada saat ini.

kerana apabila saya bertanya, Dia selalu menjawab~




ummi tak pernah berhenti merindui cordoba. sebab cinta ummi bermula di sana. cordoba kota kenangan ummi.



aku?





nota kaki: apa laaa~ ending macam tu~ >.<





tapi suara tanpa kata...
bahasa tanpa bicara...
aturan tanpa dipinta...

20111215

one day~

pada hikmah...
sebuah perjalanan...
yang Dia aturkan...




suatu hari.
beberapa kali.

saya melihat empat sekawan.
yang berjalan pulang.
dibaluti kot putih.
dan dengan buku ditangan.

melangkah perlahan di belakang.
memerhatikan mereka yang berjalan.
dan menyedari saya tidak bersama.
mereka.

saat itu saya kira,
saat hati saya paling dalam.






terluka.










nota kaki: post ni macam pelik. this is so not like me. okesebenarnyasayahomesickseriustaktipu. =.=

Tuhan, kuatkan...
aku pohon...
cuma kekuatan...

20111211

ulang bulan pertama~

dengan kuasamu...
mataku memandang...
sepenuh sayang
dia tercinta...



malas nak cerita sebenarnya. tapi tak apalah. a few facts~

1) hari ni mereka genap sebulan. 3 minggu boleh tahan lagi bersyukur duduk dalam kotak, lepas tu dah mula naik katil. amboi Ro.

2) the kids semua jantan. yea! abang long muka smart, abang ngah muka rock dan adik muka jambu. hauhau~ XD

3) the kids start menyusu sebaik sahaja keluar dari perut. start buka mata after a week. dan start jalan minggu ketiga. dan sekarang dah pandai lari-lari, lompat-lompat, jilat-jilat, gigit-gigit orang. amboi~

4) the kids ni suka sungguh tidur peluk-peluk. euww. jantan kot~! ^^"

5) Ro, memang seorang(?) ibu yang terbaik. serius.

6) mereka cinta saya. ya Allah, pinjamkan aku hingga ke akhirnya. pretty please? >.<

7) tengok gambar la pulak ya. ada soalan boleh roger. eheh~ =D




PRESENTING~

cinta pertama dan selama-lamanya: Rosella

abang long: Ryu
abang ngah: Rome
adik: Ray 2.0



3rd gen kids, selamat ulang bulan yang pertama.
kihkih~ XD 


Ro, Ray, Rome, Ryu~
Ryu~ paling smart kot~! ^^
Rome~ jangan kembang. kang akak disable komen lagi~

Ray~
Ray n Ryu~


Rome~


 

kalau tidur jangan wat comel macam tu boleh taaaakkkk? >.<

favourite pic. aaaaaa~ >.<


Ray 2.0. XD



muka mamai~


3 weeks in box, another week in bed! amboi.


pandang-pandang~
 


please note Ro's size. 10 kali ganda kottt~! >.<

ntah pe perasaan 'dibasuh' excretion. haha~

start playing wif mom!



bulu Ro memang tebal. maka tak pelik kalau mereka tenggelam/lemas dan tak jumpa cari breast~


jeleslah. Ro selalu peluk~


biasalah. gambar kekasih. kena penuh dalam fon~ XD




sedikit real life show. untuk peminat Ro and kids~ =)



nota kaki 1: purnama indah semalam, rupanya menjanjikan gerhana hari ini. indah yang semakin indah~

nota kaki 2: lepas ni tak tahulah bila akan update lagi. tatalah~ 




bukan bibir ini berbicara...
namun jiwa ini berbahasa...
dalam lamunan kuyakinkan...
kaulah teman kebahagiaan...

20111210

purnama merindu~

siapa sangka...
dalam lelah kita membisu...
dia mampu membacanya...






semusim berlalu
dan kau kembali melewati
membayangkan kenangan
membalut perasaan

bukankah dulu aku juga begini?
gila memetik
mencari posisi terbaik
merakam gambaran tercantik?

bukankah dulu aku juga begini?
melangut di jendela
disirami cahayamu
dan kita rancak berbicara?

dengan angin menderu
dengan awanan berlalu
menyapa purnama merindu

ya, aku rindu.
hari itu.





10 disember 2011
03:30
purnama yang sama~



*****


awan tebal, jalan basah tapi malam cerah. mendongak ke langit, si dia yang menyapa. ahh, gembira tak terkira. berlari ditemani along ke sutuh. dan sungguh, purnama itu dalam genggaman.

melayan angin, menolak awanan menyapa purnama. dan kenangan yang bertandang.

dan lagi pagi ini, purnama itu kembali menemani di sisi jendela~

apakah dengan semua tanda-tanda kebesaranNya, aku masih buta?




nota kaki 1: tertekan, tahu? shoot bulan still tak dapat gambar yang cantik. beli DSLR kang~ >.<

nota kaki 2: oh, hey. minggu yang disibukkan lagi. jom, intan. buat je atas segala kesukaran. mana tahu boleh dijadikan modal 'mengungkit' dengan Allah? Rabbi yassir wala tu3assir~

nota kaki 3: okay baru perasan. purnama merindu tu tajuk lagu. patutlah macam pernah dengar. tiada kaitan dengan lagu itu, atau unsur-unsur sebegitu, ya anak-anak~ =.=!




dan siapa sangka...
atas sama kita diam...
Dia melakarkan segala...

20111202

beyond the future~

pertanyaan itu...
sering terperangkap...
antara mahu...
dan tahu...






everytime i pay them a visit, looking at those innocent kids. Ro would come out of the box and sit right next to me. just like me, she is too, looking at them.

and looking her watching them, i couldnt help but to wonder. what is really in her mind?

as for me, she must have been very proud to give birth to three little healthy kids. cant wait to have them grown up. to have companies running over the house. eating together. rolling and scratching and messing up my room. sleeping with me on the bed.

but as for her, what is really in her mind?




*****


hidup ini memang begitu. penuh persoalan yang takkan pernah terjawab. ia rantai yang merantai. sebab kadang, jawapan yang kita temui tidak seiring dengan apa yang kita mahukan. lantas timbul persoalan lain yang akhirnya tidak berkesudahan.

antara habit saya kira, saya suka tertanya-tanya. apa 'dia' rasa menjadi 'dia'? apa 'mereka' rasa menjadi 'mereka'? apa yang sedang dia fikirkan? paling favourite saya kira, saat menungnya panjang dari biasa.

sebab saya tahu, ketika itu dia fikirkan sesuatu.

cuma antara persoalan, ada satu yang saya kurang gemar bila saya sendiri soalkan. kenapa.

kadang positifnya 'kenapa' adalah saat kita dihalukan laluan bermuhasabah diri. mencari hikmah yang pastinya samar di sebalik setiap yang berlaku.

positifnya 'kenapa' bila akhirnya kita kelu membisu. buntu. lantas penyerahan hanyalah pada Dia yang maha tahu. Dia yang mengaturkan. pasti yang baik-baik sahaja buat hambaNya.

habit ini. paling kurang sentiasa ternokhtah dengan kata. alangkah. berbezanya kita semua. dengan ketentuan dan jalan hidup. meskipun kita mengorak pada waktu, dan tempat yang sama.

dan alangkah. kita takkan mampu menembus. tersirat sesuatu yang dinamakan perasaan.

indah nokhtah itu, yang selalu membuahkan senyum. meski mungkin ketika itu saya terluka. tapi ya, senyum juga. dengan bicara tanpa suara. kerana kita takkan tahu keindahan sesuatu itu, jika dalam diri kita tiada keindahan, bukan?

beyond the future, He always has the plot well-planned~!




*****


sebenarnya, tengok Ro memerhatikan the kids, saya teringatkan ma. semestinya ma pun mengangankan yang terbaik pada anak-anak yang semakin mendewasa ini, bukan?

semoga saja saya tak kecewakannya.

uhh. homesick. malaysia jom bulan satu ni~! >.<

16:05. 04122012. irbid mall.

material GIS memang banyak. dan saya dah pun menangis tadi. terima kasih sudi temankan wahai sang suria. dan sang burung pulang petang, kamu memang menghiburkan~ =)


nota kaki: boleh laa~ =D



dan setiap jawapan...
yang terungkap...
menjadi rantai...
pertanyaan baru...

^frens^

 
Copyright ^(U)mbReLLa^ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .