RSS

20111128

nadi senja~

andai bisa langit berbicara...
pasti disapa...
kamu yang tidak memandangnya...




[letak dulu baru minta izin]
izzah, kalau nak intan buang bagitau. kalau diam tanda setuju. kihkih~ ^^
tapi kalau dah puji diri sendiri tu, tak tahu la nak kata apa. hahaha~ =p



remang ufuk jingga
kita berlari mengejar jatuhnya
biasan garang semakin kelam
menyapa wajah lembut berbicara

          terhenti langkah pada satu kekaguman
          terhenti nadi pada satu persoalan
          soalku, apakah yang cantik pada mentari?
          kau terkelu sedang aku membisu

kita saling memandang
detik itu
hatimu dipenuhi persoalan
sedang aku tersenyum kepuasan





28 november 2011
10:25
rindu hari itu~




nota kaki 1: ini homework KPI yang dapat arahan-terus tulis spontan cincai-rehat serabut exam-segan letak kat group. maka tertulis la kat sini. ^_^"

nota kaki 2: rindu izzah sebenarnya. entah masih hidup atau tidak. kihkih~ XD
izzah, semalam intan mimpi kita pergi water theme park~! <3

nota kaki 3: cukup 15 minit. GIS mid exam 4hb ni. doakan. tata~ ^^





dan andai mentari menebar jalurnya...
pasti dihias...
bumi yang tidak berwarna...

20111112

Rosella and 3rd gen kids~

masa lalu...
kenangan paling baik...
kita mungkin lupa...
tapi tidak Dia...



kecil-kecil dulu, saya selalu inginkan seorang teman. teman yang benar-benar teman. karib. rapat. sentiasa bersama. susah dan senang. kecil-kecil dulu, saya benar-benar maksudkan kecil. umur yang belum menjangkau belasan. tapi rasa sekarang pun inginkan juga.

kecil-kecil dulu, saya suka angankan, saya ada seorang teman yang saya boleh bawa ke mana-mana bila tengok cerita honey, i shrunk the kids. ohh, gila best kalau manusia boleh sekecil itu! saya akan prepare bekas kecil untuk tempat tidurnya. dan bawa dia ke mana-mana dalam beg galas saya. buat teman meluahkan perasaan. berkongsi susah senang.

bila tengok cerita aladin, saya angan-angankan saya mempunyai seekor (?) jin buat teman. ke mana-mana dia boleh bawakan sekelip mata! lindungi saya dari bahaya. dan saya boleh buat wish apa saja yang saya suka.

bila tengok cerita ET pun syok juga. ada kawan dari planet lain. tak pun cerita george of the jungle, semua binatang faham apa yang dia cakap. boleh berkomunikasi dengan binatang. ohh, best nya!

dan saya pun tidak pasti, sejak bila keinginan sebegitu mula hilang dari hidup. mungkin saya sudah mula buka mata, yang ianya agak mustahil. dan hari ini, bila terkenangkan, saya gelak sendiri. tak sangka saya pernah mengharapkan sebegitu.

cuma dalam gelak saya, saya teringatkan sesuatu. ternyata pada doa, Allah lakukan tiga perkara. pertama, terus memenuhinya. kedua, memenuhinya tetapi lambat. ketiga, tidak memenuhinya tetapi menggantikannya dengan yang lebih baik.

dan saya fikir, Allah memenuhi doa saya. cuma saya dapat setelah 14 tahun berlalu.




ROSELLA~

Ro. satu-satunya teman yang mampu buat saya mengalirkan air mata bila kehilangannya. mampu buat saya rasa serba tak kena bila sesuatu menimpanya. dan mampu buat saya bahagia bila dia sejahtera. meskipun ketika itu kami terpisah antara dua benua.

gila? mungkin. bagi kamu. tapi bagi saya, kegilaan ini satu hadiah.

serasa ingin dikongsikan apa yang berlaku saat kehilangan Ro buat kali kedua. bagaimana resah rindu saya rupanya tanda sebuah kehilangan. mungkin juga tanda sebuah kerinduan yang bersambut. dan bagaimana tenang mimpi saya rupanya tanda sebuah kepulangan.

tapi mungkin kisah itu patut dibiarkan menjadi kenangan terindah. sekurangnya saya sedar, Ro hanyalah pinjaman. biarlah kenangan itu berlegar antara kami sahaja.

Ro berada dalam keadaan yang sihat sepulangnya saya ke irbid. dia masih seperti dulu. dan dia mengenali saya meskipun agak lama terpisah tempoh hari. cuma, di awal kehadiran adik housemate baru, Ro lebih mesra dengan ifah. mungkin kerana ifah lebih banyak meluangkan masa bermain dengan Ro.

jeles. seriously.

sehingga satu tahap saya rasa Ro sangat sombong dengan saya. berhari-hari saya merajuk dengan dia. dia hanya berbuat baik dengan saya bila nak makan.

amboi betul budak itu. tapi sekarang dia seperti biasa. kali pertama dia stretch on me setelah sekian lama dia tak buat begitu buat saya sangat gembira.

dan sebenarnya, Ro sedang mengandung. her 3rd generation. dan kalau saya tidak salah perhitungan, it's her 3rd trimester. saya jangkakan kelahiran the kids pada awal disember. anak-anak winter la kali ini~ ^^

sangat terhibur tengok gelagat dia yang sedang sarat ni. gatal nak main tapi dengan perut boyot tu apa la sangat dia boleh buat. haha~ (statement jahat. XD)

pernah sekali dia nak panjat meja study saya. biasanya bukan main eksyen sekali lompat dah kat atas. kali ni dengan perut comel dia tu, stuck pula, tak lepas. saya apa lagi, gelak guling sorakkan Ro. kihkih~

kalau dulu acah tangan kat dinding, memang tinggi gila Ro boleh lompat. sekarang ni, tak acah, nak main. bila acah tangan kena letak rendah baru dia lompat. itupun baru lompat sekali dah tarik nafas panjang. lawak gila budak ni.

baru main sekejap, mula la baring tunjuk perut. konon penat nak rehat. alahai. sabar je la~

apa-apa pun, ohh. sangat tak sabar menantikan the kids~! nama dah prepared. cepat la keluar the 3rd gen kids~! ^^









*****



okay. please know that i wrote this post on 9th november and planned to publish it on 12th. but i guess, i cant bear my excitement!

ok. straight forward. Ro dah beranak~! sayangnya saya tak berada di sisi ketika dia melahirkan anak. mungkin ketika itu saya sedang bergelak ketawa menyaksikan perbahasan pantun di SEAD.

ataupun juga sedang senang mendengar petikan gitar mengiringi deklamasi sajak yang cukup indah.

ataupun juga sedang menahan air mata sebak menyaksikan teater pengorbanan seorang abang.

yang pasti, ketika saya mendapat berita itu, saya sedang menahan pedas daging masak merah sambil hangat bergosip bercerita melepaskan rindu dengan izzah. dan sempat pula merewang ke open house muhammin yang rumahnya di hujung dunia. sambil menikmati indah purnama dihiasi carik awan nipis.

"tengok kan bulan itu? apa perasaan? tak apa, saya tahu. kita pandang bulan yang sama. dan kita kongsi perasaan yang sama~"

sampai di rumah pukul 8.30 malam, Ro menyambut girang. meninggalkan anak-anaknya di dalam kotak untuk memberitahu saya. dia sudah selamat melahirkan.

"yes Ro. i'm proud of you. now, get into the box. your kids are hungry and cold too~"

dan dia masuk. berbaring manja dengan perut yang masih berisi. saya syak, masih ada seekor dua di dalam. dan kali ini Ro nampak cool. tak sepenat sewaktu kelahiran 1st gen kids dahulu.

oh, ya. so far 3rd gen kids still mewarisi warna Ro. kuat sungguh gene dia ni~ =.=!




happy belated birthday, Ro~ [101111]

and welcome to the world, kids~ [111111]

i love you guys~ =)




nota kaki 1: menunaikan janji. harap dapat meleraikan kerinduan peminat-peminat Ro~ XD

nota kaki 2: terakhir dari saya. izinkan. sehingga bertemu lagi~




dan masa kini...
ternyata hadiah paling baik...
untuk kita syukuri...
moga-moga...

20111109

vlogger~

jika denganmu salah...
ku tak mahu yang benar...
jika denganmu rebah...
biarlah ku tercalar...







sebenarnya, sangat lama tak update dengan lagu-lagu baru di malaysia. thanks to this boy yang membuatkan saya search balik lagu-lagu yang diulaskan. matluthfi, antara vlogger yang saya suka tengok.

penyampaiannya santai tapi berisi. mostly personal opinion tapi saya setuju. dan dia sangat kelakar (bagi saya). mungkin kerana pekat kedahnya, atau penggunaan bahasa melayu yang lebih dekat di hati~

vlogger lain, aiman azlan. aiman azlan lebih direct berbicara dan lebih suka menggunakan bahasa inggeris. gaya dia sangat cool dan input yang ingin disampaikan lebih jelas. kurang berkias seperti matluthfi.

and the third one, anwar hadi. mereka sangat santai, berisi dan yang penting mesej sampai. oh, ya. paling segan, mereka rupanya sebaya (?) dan satu batch. tapi apa-apa pun,  you guys should try watching~



LAGU~

back to our topic, frankly speaking, memang sangat lama saya tak dengar lagu-lagu macam ini. tengok video matluthfi ni buat saya semangat cari semula lagu-lagu itu dan teliti balik liriknya. memang saya pun kena berhenti buat kerja supaya otak saya boleh hadam apa maksud dan rasional di sebalik lirik-liriknya. XD

lagu pada saya, satu wasilah yang sangat berjaya dalam mempengaruhi seseorang. kerana pengaruhnya bukan dasar luaran, tetapi dalaman. lagu, banyak jenisnya. tinggal kita untuk memilih sebenarnya.

cuma saya perhatikan, banyaknya lagu cinta (kepada manusia) sangat membuai. ah, nama lagu cinta kan? kalau tak exaggerate, tak sah. kalau tak 'lautan api sanggup ku renangi' tak sah. kalau tak berkorban 'dilanggar keretapi, dicincang mati' tak sah. cinta, kan buta?

lagu-lagu ini, sebenarnya buat saya tersenyum dalam luka. lagunya indah. liriknya best. musiknya membuai. tetapi sasarannya apa? kelalaian?

eh, jangan salah sangka. bukan tak boleh dengar lagu-lagu sebegini. saya pun dengar kadang-kadang. tapi mungkin berpada-pada. kadang-kadang terasa agak kelakar lagu-lagu sebegini. exaggerate nya di luar logik.

lagu, banyak jenisnya. tinggal kita untuk memilih sebenarnya.

tapi lagu-lagu ini, sebenarnya meninggalkan dua kesan. sama ada membuaikan mereka yang sentiasa terbuai. ataupun memercikkan api fikiran mereka yang sentiasa menapis input dalam hidup mereka. sebab kita tahu, input hari ini memberi kesan dalam hidup. mungkin bukan hari ini, tetapi akan datang.

jadi, kita yang mana satu?




nota kaki: trademark yang memang tak boleh blah. it's one of the lyrics that made me laugh hard. please note~ c(=




jika denganmu kabur...
ku tak mahu yang jelas...
jika denganmu hanyut...
biarlah aku lemas...

20111107

ADHA: buku nafsu~

redha aku...
pada hilang sebuah akrab...
pada jauh seorang sahabat...


semalam, malam menyusur kenangan. ingat dan fikir, dan cari, punca apa yang membentuk saya hari ini. dan andai sahaja disedari, sejak bila saya begini.

semalam, sebenarnya excited lebih. bukan kerana hari ini hari raya. tapi kerana out of nowhere, saya terjumpa buku Ramlee Awang Murshid atas rak buku sahabat saya. dua biji pula tu. balik ke rumah, dah terfikir listed things-to-do yang bakal tergendala untuk cuti ini. sekurang-kurangnya selepas dua buku itu saya habis baca.


masuk bilik, masuk comforter, peluk buku dan fikir. nak mula baca atau tidur. kalau mula baca, alamatnya tidur lambatlah. sedangkan esok perlu bangun untuk solat hari raya. tapi tiba-tiba lain pula yang saya rasa. sayu. dan lain pula yang saya fikir.

dulu, saya kaki buku. seusia empat tahun saya sudah mampu membaca keratan akhbar yang kecil-kecil tulisannya. seusia enam tahun saya lebih suka membaca buku setebal 100-200 halaman. dan saya paling tidak suka membaca buku kanak-kanak. dan seusia lapan tahun saya mampu habiskan novel tebal dalam masa semalaman.

dulu, saya kaki buku. setiap minggu, ma pasti dipaksa untuk menghantar saya ke perpustakaan awam terengganu. dan saya akan meminjam lapan buah buku selepas puas lepak di perpustakaan untuk kembali 'gila' tulisan di rumah. lapan buah buku tu, bukan sekeping, tapi empat keping kad pinjaman. habis kad kakak dan abang saya rembat.

dulu, saya kaki buku. kat rumah kami ada perpustakaan mini. buku, novel, fiksyen, bukan fiksyen, buku teks, buku latihan dan segala jenisnya semua ada. buku-buku arab, inggeris, melayu semua ada. buku-buku tulisan lama pun ada. bosan-bosan, semua saya main baca. walaupun ada beberapa novel english yang 18**. sangat tak sesuai dibaca oleh saya yang ketika itu masih di sekolah rendah.

dulu, saya kaki buku. seingat saya juga, saya antara yang setia menanti perpustakaan bergerak yang selalu datang ke sekolah rendah setiap hari rabu. perpustakaan bergerak itu pun dari perpustakaan awam terengganu sebenarnya. sehinggakan pakcik yang jaga kaunter perpustakaan bergerak itu cukup kenal dengan saya.

dulu, saya kaki buku. saya ingat lagi, setiap malam pasti saya tertidur dengan buku atas muka. keesokannya pasti ma membebel sebab tidur tak tutup lampu. dan ini yang paling saya ingat saat saya memeluk buku dalam comforter. saya rindu buku 'terbaring' atas muka saya.

sebab sejak bila saya tidak tahu. saya segan untuk kata, saya kaki buku~

cuma saya terfikir, adha ini sebenarnya, satu turning point yang cukup baik. saban tahun kita sinonimkan adha dengan kisah pengorbanan nabi ibrahim (as) dan nabi ismail (as). mungkin juga kisah tabah redha si hajar. dan mungkin juga disinonimkan dengan penyembelihan binatang.

saya tertarik dengan jawapan kepada gurauan seorang sahabat apabila ditanya apakah yang dia sembelih pada raya adha ini.

dan jawabnya,

"orang di sini sembelih nafsu~"

benar. dan sangat benar. gurauan yang menjentik hati saya.

buku dan nafsu.

erti penyembelihan nafsu itu meluas. tetapi mungkin kita (baca: saya) boleh mulakan dengan ini. untuk menyembelih nafsu malas dan memilih-milih dalam membaca. sedangkan semua tahu wahyu pertama yang diturunkan, kunci segala ilmu pengetahuan.


 ٱقۡرَأۡ بِٱسۡمِ رَبِّكَ ٱلَّذِى خَلَقَ

Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk)

-alalaq: 1-



jom semua! jadikan adha ini permulaan untuk penyembelihan nafsu!





nota kaki: salam aidil adha buat semua~ =)




dengan harapan...
pertemuan di negeri akhirat...
lebih telus dan bermakna...

20111105

puncak hati~

bukankah Tuhan...
ciptakan malam...
untuk beradu...
menanti siang...





pada puncak sebuah pendakian
aku menghela nafas
deru angin meraikan
belum tentu bersifat kawan
tapi bisikannya difahami

pada puncak sebuah pendakian
aku merata pandangan
mencari setitik tujuan
biar terasah tajam
bila kelam ia berbalam

pada puncak sebuah pendakian
aku lihat awan
meneduhkan mendamaikan

aku lihat burung
terbang berkicau riang

aku lihat binaan
kukuh gah tersergam

dan

aku lihat hati
lalu aku malu sendiri

setinggi puncak sebuah pendakian
sedalam itulah hatiku tertanam

aku gusar
puncak hati itu
aku tidak ketemu





PETRA
041111, 13:20~
on the top of the world~




bukankah Tuhan...
titiskan hujan...
menanti limpah...
kemarau panjang...

20111104

ukuran sebuah hati~

pada beza sebuah taraf...
hati berdesah gundah...
andai saja...
taqwa itu terbuka...



SITUASI 1


lewat pukul 5. dalam basah hujan, saya tersenyum. kata hati, makin basah pakaian, makin damai terasa dalam pelukan rahmat Tuhan. ya, hadiah permulaan cuti Adha. maka saya perlahankan jalan. terus membasahkan. sejuk? tanpa sweater, memang ya. tapi damai lebih terasa.

pintu musolla M dibuka. bunyi rancak perbualan sekumpulan pelajar junior.

"dik, dah ada wudhu' ke? nak solat sekali?" saja menegur. alang-alang dapat berjemaah, lagi baik.

"ada, ada. tapi nak buka puasa dulu. dah azan ke kak?"

"dah. tak apa, makanlah dulu. akak tunggu."

masing-masing mensisip air cuma. tak jadi menyuap makanan. sekadar syarat mungkin, dan terus bersiap untuk solat. saya senyum. gaya macam takut dengan senior.

"siapa imam?"

"akak ni la. akak imam boleh kan?"

gelak.

"akak medik ke dentist?"

"medik."

"haa, medik lagilah. kena aula. kitorang ni budak-budak dentist je."

kening saya dah mula berkerut.

"isy. macam mana takhassus boleh jadi beza pengukur manusia pula ni?"

soalan saya tidak bersahut. tidak pasti kerana masing-masing sudah mula bersedia untuk solat, atau suara saya bercakap tidak terlalu kuat.

selepas solat taaruf lagi. atau sebenarnya ditaaruf. banyak sungguh soalan adik sorang ni. amnah namanya. memang ingat sampai mati la lepas ni.

kebetulan balik dengan adik housemate, lari-lari dalam hujan kejar gonggok merah. dramatik sungguh. berasap-asap mulut. tachycardia. tapi puas. entah. mungkin kerana rindu yang terubat. pada hujan.




SITUASI 2


sebenarnya hari itu, along ada cerita. dia jumpa seorang junior. pelajar yarmouk. bertanya tentang satu soalan yang along rasa tak dapat beri jawapan yang terbaik.

dan yang mengejutkan, junior yarmouk itu buat konklusi.

"saya ingatkan beza pelajar yarmouk dengan JUST ni, seluar. sebab saya tengok akhawat pelajar JUST ni kebanyakannya pakai macam tak senonoh. dengan seluar ketat, baju sendat, tudung kecik. tak sangka pula pelajar JUST ada yang pakai jubah."

saya terpempan pada cerita itu. dan lagi saya terfikir, bagaimana universiti boleh jadi beza pengukur manusia pula ni?




SITUASI 3

 
"intan exam hari tu, macam mana?"

"haha. alhamdulillah. macam tu la. fizah exam ke esok?" berbalas pertanyaan melihat dia memegang buku tajwid.

"a'ah. esok. tapi exam tajwid je pun. intan exam bila pulak?"

"lambat lagi. dalam masa sebulan insyaAllah. sebab kitorang baru masuk sistem baru. biasa exam macam ni la. belajar satu sistem, exam mid. belajar satu sistem, exam mid. belajar satu sistem, exam mid. lepas tu berderet exam final 3 sistem tadi. tapi 'best' sikit kot bila nak exam final first sistem yang belajar 3 bulan yang lepas. berpeluh nak kena study balik!" semangat bercerita. gelak membayangkan.

"hebatlah korang. belajar dah la susah. exam macam tu punya scary. hebatlah."

senyum saya mula mengendur.



*****




MEDIC atau DENTIST~


sejujurnya, tidak pernah terlintas sekelumit dalam hati saya beza pada dua takhassus ini. gusar saya memikirkan, ada perbezaan statuskah pada istilah medic atau dentist? terlalu hebatkah manusia-manusia yang Allah pilih berada dalam jalan bidang perubatan?

saya cuba memerah ingatan. sejak bila timbulnya perbezaan sebegini. sejak bila takhassus menaikkan taraf seseorang dan merendahkan taraf seseorang yang lain? dan sejak bila kita berbeza?




JUST atau YARMOUK~


"sejak bila pakaian menjadi lambang sebuah universiti?" jika saya ditempat along, saya akan balas dengan pertanyaan juga, soalan junior itu. sebelum memberi jawapan terbaik untuk soalan, "budak JUST pun pakai jubah ke?"

pada saya, tetap dan selamanya insyaAllah saya berpegang, tiada beza antara kita meskipun belajar di universiti yang berbeza bidangnya.

mindset manusia, ya saya faham. penilaiannya pada luaran. pada pendidikan. dan pada akhlak. tapi, bukankah itu agak tidak adil?

sejak tahun pertama saya di sini, arab atau melayu, pasti kebanyakannya meneka saya seorang pelajar yarmouk. saya tahan gelak. kadang rasa macam diperli. dengan ilmu agama yang cetek, boleh pula tak percaya bila saya kata saya pelajar perubatan.

belum lagi dilihat pada mereka yang membeza-bezakan bidang sains dan agama. pernah saya terbaca offensive sentence (bagi saya) apabila dia mengaitkan apa yang dilakukan oleh seorang pelajar (mungkin sesuatu yang tidak elok) dengan status pelajar tersebut.

"mentang-mentanglah budak JUST."
 
 *speechless*




SAINS atau AGAMA~


benar. dua perkara ini sangat jauh bezanya. tetapi sebenarnya sangat berkait rapat. dan sejujurnya, tidak pernah terlintas dalam hati saya beza antara kita yang berlainan takhassus. berlainan bidang. berlainan universiti.

dan bagi saya seharusnya begitu. tidak kira cabang mana ilmu yang kita tuntut, bukankah semuanya hanya setitis dari lautan ilmu Allah?

perbezaan antara kita, bukankah untuk diraikan? complementary? membentuk sinergi?




TAQWA~


إِنَّ أَڪۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَٮٰكُمۡ‌ۚ

Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu
 
 -alhujurat: 13-


sebaiknya, mungkin kita boleh setting kembali minda kita. kita sama-sama revive semula sepotong ayatNya yang mencakupi segala persoalan, tindakan dan kata-kata kita dalam isu ini.

mengapa kataNya, sesungguhnya? semulia-mulia? di sisi Allah?

dan jawapannya hanya satu. taqwa.

manusia, pada mata manusia pasti banyak celanya. dan manusia, jika ingin memuaskan mata manusia, pasti akhirnya gila.

ubatnya indah. muliakan diri kita pada mata Allah. kerana hanya Dia yang berhak menilai. pakaian, pendidikan, kata-kata, tulisan, universiti, tidak mencerminkan siapa kita di mata Tuhan.

bukankah banyak cerita pengajaran, 3asi yang hujung hidupnya bertaubat lantas menjadi penghuni syurga?

bukankah banyak cerita pengajaran, ahli ibadah yang hujung hidupnya api neraka?

kerana hujung cerita hidup kita, terletak pada husnulkhaatimah atau su'ulkhaatimah. sehingga saat itu, rahmat Dia sangat meluas. pintu taubat sentiasa terbuka. dan hidayah pada tanganNya.

jadi, adakah lagi perbezaan antara kita?



terjumpa. menarik~





nota kaki: membayangkan dan berharap. di puncak petra esok, semoga hujan turun dengan tiba-tiba. haha~ ^^



katanya...
andai sahaja dosa itu ada baunya...
pasti diriku dijauhi...

20111102

hey, dad~

mendung hari...
berarak awan rindu...
kehilangan...
kehilangan...




hari itu hari yang mendung. bagi saya. perjalanan ke mujamma' sheikh khalil menjadi satu perjalanan memori. mengimbau kebaikan. kasih sayang. dan kenangan seorang ayah. di perantauan.

setelah menuruni tangga, saya disapa oleh seorang pak cik yang sedang menampal sesuatu pada dinding 3imarah saya.

"assalamu3alaikum. keif haalik? nti ta3rifi abu usamah?"

saya menjawab sapaannya seadanya. pakcik itu memang saya kenal. biasa membuat kerja-kerja tukang di 3imarah ini.

"abu usamah. hua maatt~"


hening.


"innalillahi wa inna ilaihi raaji3un~" tarji3. yang diulang-ulang. dalam kelu bisu saya, pakcik itu meneruskan cerita. katanya abu usamah dan keluarga kemalangan. abu usamah telah meninggal dunia manakala ahli keluarganya masih berada di hospital.

tarji3. yang diulang-ulang.




*****




"yes sister. what's your problem?"

kami mengadu. itu dan ini. kulatlah. paiplah. bocorlah. sakhanah. pintu. tingkap. internet. air. letrik. dan segala macam yang kami ingin adu. kadang-kadang, mengada je lebih. mentol lampu, boleh je tukar sendiri tapi saja-saja. nak jugak adukan pada abu usamah.

"dont worry sister. you are here like my daughter. iza fi syai' bas ihkili." ayat biasanya yang membuat kami tersenyum panjang.

"abu usamah, we are like your daughters, mumkin ballisy dinarain lil ijar? au ballisy hazassyahar." kami tersengih-sengih.

"dont worry sister. you are like my daughter. next month you can pay me 200jd for the rent." kami gelak. sewa rumah 198jd sebenarnya. akhirnya 2jd kena pada batang hidung kami sendiri.

"abu usamah, if we are you daughters, then suhaib is like our brother, 9a7? our younger brother." kami ketawa lagi pada kata-kata kami. suhaib dah mula pandang-pandang. entah faham entah tidak. mungkin hanya kerana terdengar namanya disebut-sebut.

"yes. yes. if you have anything, you can ask him to do it. anytime sister. if he's doing bad, just let me know." sejurus abu usamah menerangkan sesuatu dalam bahasa arab kepada suhaib, dia mula menarik muncung. kami ketawa lagi.

pernah ketika kami berurusan dengan abu usamah dengan kehadiran suhaib, dia mengeluarkan kata-kata merajuk. katanya, abu usamah lebih mementingkan kami dari dia. lawak sungguh.

abu usamah kami kenal sejak tahun pertama kami di sini. beliau pemilik sakan kuning, sakan pertama kami diami. orangnya mesra, kebapaan dan baik. terlalu baik. dan kini beliau merupakan sohib 3imarah kami.

beliau selalu mengatakan, kami saudara seislam, dan di sini sedayanya beliau akan menjaga kami. seperti anak beliau sendiri.

"you are like my daughters." the one that made us feel belonging. repeatedly said. and deeply felt.

"yes abu usamah. you too, like my father~"


maka ya Allah, bukankah antara amalan yang tidak terputus setelah maut adalah doa anak yang soleh? semoga doa kami Kau terima sebagai doa seorang anak buat ayahnya~



اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ، وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ، وَوَسِّعْ مَدْخَلَهُ، وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ اْلأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ، وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَعَذَابِ النَّار



Ya Allah, ampunilah dia (dari hal yang tidak disukai), maafkanlah dia dan tempatkanlah di tempat yang mulia (Syurga), luaskan kuburannya, mandikan dia dengan air salju dan air ais. Bersihkan dia dari segala kesalahan, sebagaimana Engkau membersihkan baju yang putih dari kotoran, berilah rumah yang lebih baik dari rumahnya (di dunia), berilah keluarga (atau isteri di Syurga) yang lebih baik daripada keluarganya (di dunia), isteri (atau suami) yang lebih baik daripada isterinya (atau suaminya), dan masukkan dia ke Syurga, jagalah dia dari siksa kubur dan Neraka.



hey, dad~
i miss you.


alfaatihah~



raya sakan 2008~





*****





أَيۡنَمَا تَكُونُواْ يُدۡرِككُّمُ ٱلۡمَوۡتُ وَلَوۡ كُنتُمۡ فِى بُرُوجٍ۬ مُّشَيَّدَةٍ۬‌ۗ


Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh


-annisa: 78-





mati itu pasti, hidup insyaAllah~







dan sehebat-hebat rindu...
ada doa yang menghubungkan...
semoga kami menjadi saksi...
beratnya timbangan kebaikan...

^frens^

 
Copyright ^(U)mbReLLa^ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .